SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Thursday, October 27, 2011

Aktiviti 33 : Program Kewaja Diri Dan Bakat Kepimpinan Pelajar







Berlangsung pada 22 Oktober 2011....program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Jafne Jaapar , Kaunselor SMK Seafield, Petaling Jaya yang mengendalikan aktiviti sepanjang program. Dari jauh beliau datang..seawal 6.30 pg sudah bertolak ke Seremban... demi anak bangsa tercinta. Ini merupakan kunjungan pertama beliau ke Seremban dan juga buat pertama kalinya bekerjasama dengan pihak UBK PZ dalam mengendalikan program anjuran UBK ini.
Penghargaan terima kasih juga buat Tuan Pengetua, Pn Hjh Norlia Abd Karim (Pengetua Cemerlang), Pn Hasidah Ismail (KB kemanusiaan) yang sudi hadir memeriahkan lagi aktiviti ini.

Saturday, October 8, 2011

Aktiviti 32 : LDP - Pembinaan Blog Panitia

LDP telah dijalankan dengan jayanya dengan tajuk : Pembinaan Blog Panitia. Setiap guru menunjukkan sikap teruja mereka dalam menyediakan blog panitia masing-masing. Dengan khidmat bantu dan tunjuk ajar daripada Cik Raziah Abd Rahman (BTPNNS) dan En. Shafi'e Diron (PKG Johol), kini guru-guru PZ mempunyai blog.

Tujuan blog panitia ini diwujudkan adalah untuk membolehkan para pelajar mengakses maklumat terkini mengenai sesuatu matapelajaran. Selain itu, pelajar juga dapat memberi pandangan, input dan bahan yang berguna agar dapat membantu diri dalam proses pembelajaran.

Cik Raziah (BTPNNS) dan En Shafi'e (PKG Johol)

sedang tekun mendengar penerangan...

Cik Radziah membimbing peserta bengkel ...

guru-guru teruja untuk mewujudkan blog panitia

Pengetua turut serta dalam bengkel pembinaan blog