SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Monday, April 23, 2012

PELANCARAN MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2012

21 April - Pelancaran Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Pn. Hjh Norlia bt Abd Karim.



KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PELAJAR 2012

20 April - Bertempat di Agro Park, Rantau...85 orang pemimpin pelajar SMKPZ dengan diiringi 6 orang guru 'berkampung' selama 2hari 1 malam. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk peserta kursus sepanjang kursus tersebut. Saya sempat berkunjung ke sana untuk melunaskan tanggungjawab saya sebagai fasilitator dalam slot ice-breaking tersebut.

Sunday, April 15, 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN IPTA SESI 2012/2013

Semakan Keputusan Permohonan IPTA Sesi 2012/ 2013. Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin mengetahui tarikh keputusan semakan Permohonan UPU, berikut adalah maklumat mengenai keputusan permohonan IPTA yang anda telah mohon.

Semakan UPU – Lepasan SPM

Semakan Temuduga IPTA (untuk kursus yang ada temuduga sahaja)

11 April 2012 :

UTM, UiTM dan UPSI

12 April 2012 : UPNM

Temuduga :12 – 24 Apr 2012

Keputusan Permohonan UPU : Awal Mei 2012- (Tarikh akan dikemaskini )

Penerimaan Tawaran – Mei 2012

Rayuan Ditutup- Mei 2012

Pendaftaran Pelajar Baru

- Asasi :

27 Mei 2012

- Diploma:

3 Jun 2012

Keputusan Rayuan: Jun 2012 (Tarikh akan dikemaskini)


SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (KPLSPM) 2012

Tarikh semakan penggilan temuduga maktab perguruan KPLSPM 2012 boleh dibuat mulai 30 April 2012. Kepada calon SPM yang telah membuat permohonan KPLSPM 2012, anda boleh membuat semakan panggilan temuduga di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semakan keputusan Temuduga Dan Ujian Insak :

7 – 18 Mei 2012.

Keputusan Permohonan KPLSPM 2012 : 5 Jun 2012

Pendaftaran Pelajar Baru: 18 Jun 2012

Sumber: melvister.com

Saturday, April 14, 2012

PERMOHONAN PINJAMAN MARA 2012 BAGI PROG IJAZAH LUAR NEGARA, PROG IJAZAH DALAM NEGARA DAN PROG CEMERLANG IPMa

UPDATE : Tarikh rasmi permohonan adalah pada 16 APRIL 2012. Sila klik pada pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pinjaman MARA:

Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di laman web MARA http://www.mara.gov.my mulai 16 April 2012 – 22 April 2012.


[KENYATAAN AM MENGENAI PINJAMAN MARA]


[LAMPIRAN A] Senarai bidang-bidang yang ditaja MARA, berserta maklumat pengajian
[LAMPIRAN B] Kelayakan memohon Program Ijazah Luar Negara
[LAMPIRAN C] Kelayakan memohon Program Ijazah Dalam Negara
[LAMPIRAN D] Kelayakan memohon Program Cemerlang IPMa

BACA JUGA : STATUS BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)