SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Saturday, June 23, 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN GIATMARA 2012

Permohonan Kemasukan GIATMARA 2012. Pengambilan program latihan kemahiran kemasukan sepenuh masa bagi tahun 2012 sudah boleh dibuat sekarang. Program latihan bagi sesi pengambilan 2012 dijadualkan akan bermula pada bulan Julai ini.
http://3.bp.blogspot.com/-dVnYw5ZGhTA/Tw2gb2C6BFI/AAAAAAAAAlU/HQ8TS8aLyOs/s1600/logo-giat-mara.png

Syarat Kemasukan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sekurang-kurangnya berumur 15 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Bumiputra
  4. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
  5. Sihat tubuh badan dan tidak cacat
  6. Berminat dengan bidang yang dipohon
  7. Boleh membaca, menulis dan mengira.
  8. Bagi Kursus Pendawai Elektrik, Teknologi Animasi dan Tool & Die Technology perlu tamat Tingkatan 5.

Bidang Latihan Kursus

Jangkamasa program latihan sepenuh masa di GIATMARA adalah antara 3 – 24 bulan. Kursus atau program yang ditawarkan dibahagikan mengikut kluster. Setiap kluster mengandungi beberapa kursus yang boleh dimohon.

Senarai Kluster

  • Komputer Dan IT
  • Percetakan
  • Fabrik
  • Mekanikal
  • Elektronik / Mekatronik
  • Senibina
  • Pengangkutan
  • Elektrikal
  • Hairdressing And Cosmetology
  • Kulinari
  • Hospitaliti
  • Pembuatan
Sila rujuk laman web GIATMARA di Maklumat Latihan untuk mengetahui lebih terperinci kursus yang terdapat dalam setiap kluster dan lokasi Pusat GIATMARA yang menawarkannya.

Kemudahan

Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah :
  • Latihan percuma
  • Elaun bulanan RM200 bagi pelatih sepenuh masa
  • Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
  • Sukan dan Rekreasi
  • Sijil Kemahiran GIATMARA
  • Sijil JPK (di mana berkenaan)
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
  • Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)

Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma melalui:

Cara Memohon

  1. Dapatkan borang seperti yang dinyatakan di atas.
  2. Lengkapkan borang dan hantar ke Pusat GIATMARA yang dipohon.
  3. Tunggu panggilan temuduga dari GIATMARA.
  4. Menjalani sesi temuduga.
  5. Surat tawaran akan dihantar kepada pemohon yang berjaya
Sumber: Eputra

Monday, June 18, 2012

SALAM ISRA' MIKRAJ


Tuesday, June 12, 2012

ANDA BERHAK HEBAT

Sebuah filem tayangan tahun 2009 arahan John Lee Hancock yang bertajuk The Blind Side, kisah benar perjalanan hidup seorang pemain American Football - Michael Jerome Oher. Merupakan seorang anak daripada keluarga berkulit hitam yang terbiar dan telah dikutip serta dipelihara oleh pasangan Leigh Anne dan Sean Touhy yang berkulit putih. Beliau telah diberi peluang untuk 'hidup semula' - belajar dan berjaya menjadi seorang pemain American Football yang digeruni . Beliau pernah berkata dalam sesi temubual, satu quote yang sangat memberi impak kepada saya berbunyi - ''Saya mungkin bukan antara yang berbakat tetapi saya telah diberikan peluang itu." 


Saya berharap kita mengambil semangat beliau dan hargailah peluang yang diberikan itu. Untuk itu, saya bersama rakan-rakan di Unit Bimbingan dan Kaunseling PZ, berusaha untuk menjemput En. Jasmi Bahrim (Kaunselor SMV ERT Rembau) yang Master dalam penggunaan kaedah NLP untuk dikongsi bersama pelajar-pelajar PZ yang terpilih....pelajar yang merasakan diri mereka tidak layak untuk sebaris dengan pelajar cemerlang, pelajar yang banyak menyusahkan guru-guru atau ibu bapa serta pelajar yang memburukkan nama sekolah dalam satu program memperkasakan sahsiah pelajar pada hari ini - 12 Jun 2012.

Anda Berhak Hebat adalah satu perkongsian ilmu yang sangat berguna bagaimana untuk menikmati kejayaan dan menjadi insan yang hebat mengikut cara yang tersendiri. Ia adalah anugerah daripada Yang Maha Pencipta. Anda mempunyai potensi diri yang mengkagumkan. Anda mempunyai sumber yang tidak anda dapat bayangkan. Anda juga mempunyai peluang yang melimpah ruah untuk mencapai apa yang dihajati. 

'We Are Start From Zero - From NOBODY to SOMEBODY ' Janganlah kita dibayangi dengan kejayaan atau kegagalan masa lalu hingga meranapkan impian dan harapan mendatang. Namun, bagi mereka yang cemerlang sebelumnya, haruslah mengekalkan momentum kejayaan, bawa semangat kejayaan bersama anda dalam lapangan yang baru ini.  Mereka yang pernah menempuh kegagalan, beranikan diri dan bangkit untuk merubah, pilihan di hadapan anda. GAGAL atau BERJAYA. Pilihlah yang terbaik. 
Pilihan adalah 1 Nikmat
Tidak ada pelajar Bodoh
Tidak ada pelajar Pandai
yang ada hanya pelajar MALAS dan 
pelajar yang RAJIN sahaja...




Monday, June 11, 2012

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PENGGAL KEDUA

Selamat kembali ke sekolah. Semua guru dan pelajar kelihatan ceria setelah bercuti selama dua minggu. Harap 'mood cuti' tidak mempengaruhi aktiviti sekolah. Semoga pelajar-pelajar sentiasa bersemangat untuk belajar dan melibatkan diri dengan aktiviti - aktiviti sekolah.

SELAMAT BELAJAR!!


CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG


1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.

Thursday, June 7, 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU 2012

Semakan keputusan rayuan UPU 2012 boleh disemak mulai Jun 2012. Biasanya tarikh semakan rayuan ke upu akan diumumkan pada minggu kedua bulan jun 2012 ini. Untuk pengetahuan anda, tarikh rasmi upu telah pun diumumkan dilaman web rasmi kemasukan ke IPTA. Calon yang berjaya mendapat tempat untuk rayuan UPU ini adalah bertujuan untuk mengisi kekosongan yang sedia ada.

Makluman Terkini Dari Portal UPU
Dasar pemilihan kes rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.

Keputusan rayuan akan diumumkan pada MINGGU KEDUA JUN 2012. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh 4 minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu di IPTA/Politeknik Premier, maka rayuan tersebut dianggap gagal.

Semakan keputusan upu 2012

Cara Semak Keputusan Rayuan UPU 2012

Taip UPU RESULT (No.KP) dan hantar ke 15888

Atau boleh disemak secara online melalui Laman Rasmi Kemasukan UPU

TIPS TEMUDUGA SPA

Tips Terkini Temuduga SPA Sektor Kerajaan. Bagi yang akan menghadiri temuduga SPA, ini adalah tips yang dapat dikongsikan kepada anda semua supaya bersedia sebelum menjalani temuduga.

temuduga spa06 Tips Temuduga : Panduan Ringkas Untuk Kelihatan Profesional

Kelihatan professional, kemas dan boleh dipercayai amatlah penting semasa sesi temuduga. Dengan perlakuan yang disarankan di bawah anda dapat menimbulkan tarikan penemuduga terhadap anda.
Sekiranya penemuduga mula selesa dan percaya atas kata-kata anda,anda sudah pun melangkah sebelah kaki untuk jawatan yang dipohon. 

Berikut adalah tips temuduga & panduan ringkas untuk kelihatan professional di mata panel penemuduga :
1. Sentiasa yakin dengan diri sendiri dan setiap langkah untuk memasuki bilik temuduga diselang-selikan dengan bacaan selawat.
2. Bayangkan anda seperti bertemu rakan pejabat atau kenalan sahaja untuk menghilangkan rasa gemuruh dan gementar.
3. Jaga bahasa anda apabila berkomunikasi.Ucapkan selamat pagi ataupun berilah salam setelah anda melangkah masuk ke bilik temuduga. Ingat, kemesraan penting kerana anda hanya dapat tunjukkan dan tonjolkan keperibadian anda dalam tempoh 30 minit sahaja.
4. Tunggu penemuduga menghulurkan tangan dahulu. Kemudian barulah berjabat tangan.
5. Sentiasa tegakkan badan dan tunggu dahulu jemputan dari penemuduga barulah anda mengambil tempat duduk.Ucapkan terima kasih.
6. Setelah duduk, elakkan daripada meletakkan siku atau barangan di atas meja.
7. Duduk dalam keadaan tenang dan jangan mengoyangkan kaki.
8. Setelah penemuduga itu memulakan kata barulah anda bersuara. Setiap soalan yang ditanya sebolehnya dijawab dahulu didalam hati. Cara ini dapat mengelakkan anda dari menjawab sesuatu soalan dengan tergopoh-gapah.
9. Jawapan yang diberikan pula hendaklah tepat dan pendek. Sentiasa menjawab soalan yang diajukan ditambah dengan contoh kelebihan dan pengalaman anda dalam sesuatu bidang.
11. Kenal pasti siapa ketua panel penemuduga berikan jawapan dan segala tumpuan kepada beliau.
12. Jangan sesekali meninggikan suara. Cukuplah sekadar bertindak tegas untuk menunjukkan keperibadian anda.
13. Ucapkan terima kasih dan jgn lupa akhirkan kata-kata dengan harapan anda agar dapat menjadi sebahagian dari jabatan/syarikat itu sekiranya diterima.

Sumber: SPA8 Online

Sebagai panduan anda, pihak SPA juga telah membuat panduan khas tips temuduga. Untuk membaca lebih banyak tips, sila layari TIPS TEMUDUGA SPA8

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI 2012

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2012. Keputusan rayuan ini adalah khas untuk calon yang gagal mendapat tempat di Matrikulasi.  Semakan boleh dibuat mulai 7 Jun 2012 pada jam 5 Petang.

matrikulasi 2012

Cara Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2012
Semakan boleh dibuat dengan melayari applikasi Semakan Tawaran Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Sesi 2012/2013.

Atau SMS

Taip MOEMAR No. MyKad dan hantarkan ke 15888 Contoh : MOE MAR 930101041234

Calon berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada tarikh yang dinyatakan. Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.

SELAMAT MAJU JAYA!!

SENTIASA BERSYUKUR...JIKA TIDAK DIMULUT, DIHATI SUDAH MEMADAI..

Kenapa Anda perlu bersyukur selalu? Supaya hati menjadi tenang, supaya Anda berubah jadi semakin bagus.

Apa yang berlaku apabila Anda berterima kasih? Mood Anda berubah jadi baik.

Bila Anda berterima kasih, ia seolah-olah Anda menerima sesuatu yang cukup menggembirakan Anda. Ia seolah-olah Anda telah menunggu lama untuk menerimanya.

Sikap suka berterima kasih menjadikan sesiapa saja berubah jadi periang, mood sentiasa OK kemudian bersemangat pula. Amalan ini memberi impak positif kepada produktiviti juga prestasi.

Orang yang selalu berterima kasih atas pemberian Tuhan akan selalu gembira. Dia akan ‘feel good’ sentiasa kerana dia tahu dia telah menerima sesuatu yang menggembirakan.

Oleh kerana dia gembira, minda separa sedarnya menarik lebih banyak perkara gembira yang membuatkan dia bertambah gembira.

Bila Anda mencapai sesuatu, ucapkanlah terima kasih.

Bila Anda berjaya menyiapkan sesuatu, ucapkanlah terima kasih.

Bila Anda dibantu oleh seseorang, ucapkanlah terima kasih.

Ucapkan terima kasih pada Allah kerana dengan izinNya Anda dapat melakukan apa yang Anda mahu lakukan. Pejam mata lalu ucaplah terima kasih di dalam hati. Itu sudah memadai dari tidak berterima kasih langsung.

Allah tidak suka kepada orang yang sombong terutama orang yang tidak bersyukur. Orang sebegini akan selalu ditimpakan dengan berbagai masalah.

Maka jika hidup Anda sekarang ini penuh dengan berbagai kesusahan, ketahuilah itu sebab Anda jarang berterima kasih pada pemberian Allah dalam bentuk rezeki, wang, sahabat handai serta ahli keluarga yang selama ni berada di sekeliling Anda.

Lebih banyak Anda bersyukur serta berterima kasih pada Allah Yang Maha Esa, lebih banyak perubahan baik akan berlaku dalam hidup Anda. Rezeki akan bertambah, masalah diringankan bahkan seolah-olah ditemukan jalan keluar.

Wednesday, June 6, 2012

KISAH DAN TAULADAN

Assalam...
Dengan izinNya, setelah masuk minggu ke-2 cuti persekolahan, hari ini barulah terasa untuk update blog yang telah sekian lama tidak dikunjungi. Kemaafan dipinta buat semua.  Walaupun dalam kesibukan membantu urusan perkahwinan adik lelaki bongsu , saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan anda...(sebagai peringatan buat diri sendiri)

Kisah Mayat Yang Tidak Amanah
Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.

Maka sama2lah kita ambil iktibar daripada riwayat ini. 

Adakah kita pernah mengambil barang-barang dari pejabat, samada dari sekecil-kecilnya seperti klip kertas, pemadam dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk kegunaan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita?

Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan?
Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar.
Azab neraka itu adalah benar.

Dan syurga itu adalah benar.