SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Thursday, March 28, 2013

SENYUM...TANPA PERLU KATA APA-APA

"Senyum seindah suria...yang membawa cahaya...senyumlah dari hati...duniamu berseri...senyum umpama impian dalam kehidupan...kau tersenyum...ku tersenyum...kemesraan menguntum...

senyum.... kepada semua...senyumanmu amatlah bermakna...senyum membahagiakan..dengan senyuman...terjalinlah...ikatan..."
Tak kiralah orang tua ke muda ke, melayu ke cina ke india ke, Islam ke bukan islam ke..dengan hanya melemparkan senyuman kita akan rasa senang bila orang yang melihat menganggukkan kepala sekali sambil membalas senyuman kita (selalunya bila bertembung pandangan, padahal tak mengenali)

Senyuman digalakkan untuk mengeratkan persaudaraan. Senyuman juga dapat mengelakkan persengketaan. Malahan senyuman juga satu sedekah yang sangat mudah. Tanpa mengeluarkan wang ringgit, atau bertungkus lumus bekerja, kita mendapat pahala hasil dari senyuman yang kita berikan.
Senyuman yang ikhlas dengan niat yang baik akan mendapat ganjaran pahala. Sedar atau tak sedar, sebenarnya senyuman juga boleh jadi penawar, penyejuk hati dan mendatangkan inspirasi. Power juga senyuman nie...sebab tu Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya melemparkan senyuman, jangan bermasam muka (nanti cepat tua tau). Senyum juga rahsia kepada awet muda...jadi selalu2lah tersenyum..untuk mengekalkan keremajaan wajah..ceewah..

Manfaat dalam senyuman

  • Senyum dapat membuat anda awet muda
Senyuman menggerakkan banyak otot . Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dijamin dengan banyak tersenyum Anda akan terlihat lebih awet muda.
  • Senyum membuat orang berfikir positif
Cuba lakukan ini : fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah kan. Jadi, ketika tersenyum,tubuh mengirim signal “hidup adalah baik”. Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah.
  • Senyum membuat anda kelihatan sukses
Orang yang tersenyum lebih berkeyakinan tinggi pada diri. Apabila kita tersenyum pada klien kita pasti mereka akan melihat kita lebih baik dan yakin dengan kita.
  • Senyum meningkatkan imunisasi
Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja secara maksima saat seseorang itu merasa rileks. Menurut penelitian, batuk dan selsema pasti akan hilang dengan senyum.
  • Senyum menurunkan tekanan darah
Tidak percaya? Cuba catat tekanan darah ketika dalam keadaan tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat kita tersenyum . Tekanan darah ketika tersenyum pasti lebih rendah.
  • Senyum menghilangkan stress
Stress akan dapat dilihat pada wajah. Dengan senyuman pasti dapat  menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stress,ambil waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih tenang.
  • Senyum mengubah perasaan
Jika anda sedang sedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan jadi berubah.
  • Senyum membuat anda lebih menarik
Orang yg banyak tersenyum memiliki daya tarik. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya nyaman dan senang. Orang yang selalu merengut, cemburut, mengerutkan kening, dan menyeringai membuat orang-orang disekeliling tidak selesa. Orang yang suka dan banyak  tersenyum mempunyai  ramai kawan.
Akhir kata....3S selalu ( SENYUM SEINDAH SURIA) 
Senyum itu tanda mesra
Senyum itu tanda sayang
Senyum itu sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu kesusahan itu tanda ketabahan
dan 
Senyum itu juga tanda keimanan pada diri

PELUANG BELAJAR DI INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL

Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) ditubuhkan pada tahun 1991 oleh MAIWP bertujuan untuk membantu membasmi kemiskinan di kalangan keluarga Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Malaysia amnya dengan cara memberikan mereka mengikuti latihan kemahiran yang tersusun supaya mereka boleh berdikari setelah tamat mengikuti kursus di IKB.
      
 Di awal penubuhannya pada tahun 1991, IKB dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin yang kemudiannya ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal (PLKB). Namun demikian melihat kepada perkembangan kursus dan tahap persijilan yang ditawarkan maka nama tersebut ditukar kepada Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) pada tahun 1995.



Penubuhan IKB adalah berdasarkan kepada objektif-objektif seperti berikut:
  • Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada golongan berpendapatan rendah yang beragama Islam di Wilayah Persekutuan.
  • Membimbing pelatih supaya boleh berdikari dan bersedia menceburi bidang perniagaan.
  • Membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir di sektor awam dan swasta.



Pihak IKB sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan yang selesa dan terkini kepada para pelatihnya. Antara kemudahan yang disediakan di IKB adalah seperti berikut:
  1. Elaun bulanan sebanyak RM350.00.
  2. Yuran pengajian dan bahan mentah percuma.
  3. Elaun tambang bas pergi dan balik dari rumah ke IKB (mereka yang tinggal di luar).
  4. Kemudahan asrama lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan.
  5. Bengkel kemahiran dan bilik kuliah yang selesa.
  6. Perpustakaan dan makmal komputer.
  7. Kemudahan riadah dan rekreasi.
  8. Dua pasang pakaian seragam disediakan.

Permohonan Institut Kemahiran Baitulmal

Pengajian IKB

Pelatih IKB akan mengikuti kelas amali dan teori sepenuh masa dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sesi pengajian dibahagikan kepada dua semester iaitu Semester Pertama dari Januari hingga Jun manakala Semester Kedua dari Julai hingga Disember.
Pelatih IKB diwajibkan mengikuti kursus selama dua tahun (4 semester) dan wajib mengikuti latihan praktikal selama tiga hingga enam bulan mengikut keperluan kursus masing-masing.

Kursus Yang Ditawarkan

  • Rekaan Fesyen dan Pembuat Pakaian Wanita/Lelaki (RFP)
  • Perkhidmatan dan Penyajian Makanan (PPM)
  • Teknologi Binaan Bangunan (TBB)
  • Seni Lukis dan Seni Reka (SSR)
  • Kejuruteraan Elektrik (KJE)

Kelayakan Umum

  • Pendapatan ketua keluarga pemohon adalah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Asnaf Fakir dan Miskin)
  • Pemohon beragama Islam tanpa mengira bangsa.
  • Pemohon hendaklah sihat mental dan fizikal.
  • Berumur antara 18 tahun sehingga 30 tahun.
  • Minimum tamat Darjah 6 untuk kursus RPF, PPM, TBB dan SSR.
  • Minimum mempunyai SPM dengan lulus Matematik untuk kursus KJE.
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita.
  • Tidak pernah mengikuti mana-mana kursus kemahiran di institut kemahiran yang lain.

INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
Lot 1363, Jalan Perkasa, Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur
Telefon : 03-92830385
Faksimili : 03-92811387
Email : ikbaitulmal@yahoo.com

Wednesday, March 27, 2013

NAK KERJA DULU LAH, CIKGU!

Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin memasuki  alam pekerjaan harus memiliki kemahiran asas, kebolehan mempelajari dan menyesuaikan diri di tempat kerja. Kemahiran asas yang diperlukan adalah seperti berikut:

i)    Penguasaan Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris
Fasih di dalam dua bahasa ini memberi kelebihan di dalam aspek komunikasi dan aspek pembelajaran.

ii)   Kebolehan Membaca Dengan Baik
Bermakna boleh membaca dan menilai bahan bacaan, memahami dan boleh membuat ringkasan isi penting, menganalisis maklumat, jadual dan carta.

iii)  Kebolehan Menulis Dengan Terang dan Jelas
Bermakna boleh mengumpul maklumat dan fakta penting, mengguna ejaan, tanda kata dan tatabahasa yang betul, menggunakan kamus, ensiklopedia dan lain-lain buku rujukan dan menulis dengan jelas supaya mudah dibaca.

iv)  Kemahiran Berkomunikasi Secara Lisan
Bermakna boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, memahami, menerima dan memberi arahan, mendapat dan menjelaskan maklumat melalui pertanyaan.

v)  Kebolehan Menimbang dan Menyelesaikan Masalah
Bermakna boleh mengenal pasti masalah, memikirkan cara baru untuk mengatasi masalah yang rumit, menilai kemungkinan penyelesaian alternative, mencapai keputusan berdasarkan maklumat yang betul dan bukan berdasarkan pendapat yang kurang tepat.

vi)  Kemahiran Perseorangan (Interpersonal Skill)
Bermakna boleh menghormati pendengar, adat resam agama dan perbezaan       orang lain, memberi dan menerima kritikan secara membina, mengambil bahagian dalam keputusan berkumpulan, mengatasi masalah secara matang.

vii)  Memahami Matematik Asas
Bermakna boleh mengira, tambah tolak, darab dan bahagi nombor, pecahan dan perpuluhan mengira jarak, berat, kawasan, isipadu dan masa, menyukat panjang, lebar dan tinggi.

viii)  Pengetahuan Teknologi Maklmat (IT)
Bermakna mengenal komputer dan kegunaannya dan celik computer.

ix)  Etika Kerja dan Sikap Positif
Bermakna mempunyai sikap yang positif terhadap diri sendiri, keinginan untuk mempelajari sesuatu, mempunyai disiplin diri, boleh diharapkan dan menepati masa, berpakaian yang sesuai, berkebolehan menerima tanggungjawab.
 
Jadi dengan adanya kemahiran tambahan ini, sedikit sebanyak boleh membantu kalian dalam menghadapi situasi alam pekerjaan dan menggapai kerjaya impian anda.
 

DALAM DILEMA...MATRIKULASI ATAU ASASI ATAU DIPLOMA?

Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Matrikulasi keutamaan adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM. Namun begitu program asasi seperti program asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester) . Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track). Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun kecuali perubatan 4-5 tahun) atau perundangan (3 tahun) atau perakaunan (4 tahun) dan selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 21-22 tahun.
Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Walau bagaimanapun, ia menawarkan tempoh pembelajaran yang panjang iaitu 3 tahun. Hanya selepas tamat atau bergraduat dari diploma, barulah pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains/teknikal atau aliran sastera. Ada banyak peluang belajar disediakan dalam kategori diploma oleh itu pelajar boleh merancang kerjaya mereka dari awal lagi. Sebagai contoh, pelajar diploma perakaunan selepas tamat pegajian boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar atau terus bekerja. Sebaliknya pelajar matrikulasi dan program asasi tidak boleh berhenti belajar kerana dari segi pengiktirafan, sijil matrikulasi dan program asasi itu hanya sah kegunaannya untuk kemasukan ke IPT. Jika mereka memilih untuk bekerja sementara waktu atau bagi tempoh yang lama, pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan program asasi sebenarnya hanya memiliki kelayakan SPM. Begitulah bezanya dari segi taraf dan peluang pekerjaan.
Tetapi perlu diingat di sini, pelajar-pelajar yang memohon matrikulasi dan program asasi sememangnya diandaikan akan terus belajar ke peringkat ijazah, dan kerana itulah pihak KPM dan IPTA yang menawarkan program-program laluan pantas ini hanya memilih pelajar cemerlang. Ini kerana dipercayai pelajar sedia cemerlang dalam SPM akan mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 semester. Juga diyakini individu sebegini sebenarnya mempunyai kesungguhan dan cita-cita diri yang jelas. Tanpa faktor ini, maka ada segolongan kecil pelajar lepasan SPM yang menyesal mengikuti program matrikulasi maupun program asasi kerana didapati lebih ‘demanding’ dan agak sukar menerima perubahan yang mesti dilakukan pelajar. Program diploma pula, walaupun turut dipohon oleh pelajar cemerlang dan pelajar sederhana, proses pembelajarannya telah direncanakan dan dipanjangkan bagi tempoh 3 tahun. Maka pelajar-pelajar diploma ada sedikit ruang ‘bernafas’ dan peluang membetulkan keadaan jika mengalami kegagalan atau kejatuhan prestasi.
Tetapi pelajar harus sedar bahawa matrikulasi, program asasi dan diploma sememangnya dirancang berdasarkan dasar dan falsafah yang berbeza. Jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah bahawa jerih payah anda dibalas dengan kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan manakala program diploma, walaupun tidak ‘menyesakkan nafas’ pelajar tetapi dari segi persaingan, akan terlewat masuk ke peringkat ijazah dan seterusnya lambat memasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan ijazah.
Contohnya anggaplah ada 2 orang pelajar, pelajar A dan Pelajar B merupakan lepasan SPM 2012 kini mencari peluang belajar di IPTA. Pelajar A ditawarkan matrikulasi di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, pelajar B ditawarkan diploma perakaunan di UiTM Shah Alam. Kedua-duanya adalah pelajar cemerlang dan kedua-duanya berpakat bakal mengikuti program ijazah perakaunan di UUM.
Di usia 18 tahun ini, kedua-duanya memulakan pengembaraan masing-masing tahun 2013 ini.
Pertengahan tahun 2013 – Pelajar A mula belajar di matrikulasi PST manakala Pelajar B mula belajar di peringkat diploma perakaunan di UiTM.
Pertengahan tahun 2014 – Pelajar A tamatkan pengajian matrikulasi dengan CGPA 3.80 dan September 2014 mula mengikuti program ijazah perakaunan di UUM di tahun pertama. Pelajar B pula memasuki tahun kedua pengajian diploma.
Pertengahan tahun 2015 – Pelajar A sedang belajar di tahun kedua ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B memulakan pembelajaran di tahun ketiga program diploma beliau.
Pertengahan tahun 2016 – Pelajar A sedang belajar di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B dah tamat diploma dengan CGPA 3.80 juga dan mulai Julai 2011 mulakan pengajian beliau di tahun pertama ijazah perakaunan di UUM. Pelajar A sekarang ini senior 3 tahun berbanding rakannya Pelajar B yang baru menjadi pelajar junior.
Pertengahan tahun 2017 – Pelajar A memulakan pembelajaran di tahun keempat dan terakhir program ijazah perakaunan di UUM. Rakannya pelajar B pula baru memasuk tahun kedua pengajian ijazah perakaunan di UUM juga.
Pertengahan tahun 2018 – Pelajar A telah tamat pengajian dengan CGPA 4.00, menunggu konvokesyen dalam bulan Ogos dan sejak Julai dah bekerja di Ernst & Young sebagai pembantu juruaudit. Pelajar B sedang melanjutkan pelajaran di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM.
Pertengahan tahun 2019 – Pelajar A masih berkerja di Ernst & Young dan kecekapannya menyebabkan beliau telah dinaikkan jawatan dan tangga gaji yang lebih lumayan. Pelajar B mula belajar di tahun keempat, tahun terakhir ijazah perakaunan di UUM.
Pertengahan tahun 2020 – Pelajar A masih bekerja di E&Y dan memasuki tahun ketiga bertugas untuk melengkapkan syarat menjadi akauntan bertauliah*. Pelajar B tamat pengajian degan CGPA 4.00 dan sedang menunggu konvokesyen di bulan Ogos 2020 Mula bekerja di Price Waterhouse sejak Julai 2020 dan bakal mencipta kerjaya sebagai akauntan bertauliah juga.
* Syarat untuk mejadi akauntan bertauliah ialah pengalaman 3 tahun bekerja minimum dalam bidang perakaunan yang diiktiraf. Juruaudit adalah salah satu darinya.
Dan begitulah seterusnya. Dengan andaian persaingan yang sihat, dan tiada masalah yang menghalang kedua-dua mereka menangguhkan pembelajaran dan mencari pekerjaan. Dari penerangan dan contoh yang diberikan dapat memberi sedikit gambaran kepada pelajar untuk membuat keputusan mana satukah laluan yang lebih sesuai kepada dirinya.
Tambahan : Jika pelajar B sambung belajar ke peringkat ijazah di UiTM, sebagai pemegang diploma UiTM, beliau layak mendapat pengecualian jam kredit, dan tempoh masa belajar boleh disingkatkan kepada 3 tahun (6 sem) atau 3 1/2 tahun (7 sem), tertakluk kepada syarat UiTM. Sebaliknya jika sambung belajar ke IPTA lain, pelajar B terpaksa mengharungi pembelajaran genap 8 sem (4 tahun).

Keputusan ditangan anda....Setiap keputusan itu bakal mempengaruhi peluang dan kejayaan anda di masa hadapan.

kredit:http://sifu2b.wordpress.com/2008/05/01/matrikulasi-atau-program-asasi-atau-diploma/

Tuesday, March 26, 2013

PELUANG BELAJAR DI INSTITUT KRAF NEGARA

Institut Kraf Negara (IKN) adalah sebuah institusi yang menawarkan pengajian dalam bidang kraf berteraskan kemahiran. Kandungan kurikulum memberi penekanan kepada aspek kemahiran (70%) dan teori (30%). Setiap pelajar dikehendaki menjalani latihan industri untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran bagi membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan industri kraf pada masa hadapan.

Antara Program yang ditawarkan
Program Diploma – Tiga (3) Tahun
Program Sijil – Dua (2) Tahun

Kursus yang ditawarkan:
  • Seni Kraf Batik
  • Seni Kraf Tenunan
  • Seni Kraf Kayu
  • Seni Kraf Logam
  • Seni Kraf Seramik
  • Seni Kraf Rotan
 
Borang Permohonan boleh diperolehi di :-
Institut Kraf Negara
No.1, KM 20 Jalan Ipoh-Rawang
Taman Rekreasi Templer
48000 Rawang
Selangor
Tel       : 03-60915322
Faks    : 03-60926072
 
Borang Permohonan juga boleh didapati di pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dengan menghubungi nombor telefon seperti di bawah :-
Tempat
No. Telefon
1. Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)
2. Selangor
3. Kedah (Alor Setar)
4. Kedah (Langkawi)
5. Perlis
6. Perak
7. Melaka
8. Negeri Sembilan (Seremban)
8. Negeri Sembilan (Kuala Pilah)
9. Johor
10. Kelantan
11. Terengganu
12. Pahang (Kuantan)
13. Pahang (Temerloh)
14. Pulau Pinang
15. Sarawak (Kuching)
15. Sarawak (Betong)
16. Sabah (Kota Kinabalu)
16. Sabah (Kota Belud)
Tel: 03-21627459
Tel: 03-55107301 / 03-55198675
Tel: 04-7144103 / 04-7141967
Tel: 04-9591913 / 04-9591844
Tel: 04-9855278
Tel: 05-7576200 / 05-7576201
Tel: 06-5591188
Tel: 06-7671388
Tel: 06-4811058
Tel: 07-2350433 / 07-2350431
Tel: 09-7126266 / 09-7126277
Tel: 09-6171033 / 09-6175081
Tel: 09-5384598 / 09-5385677
Tel: 09-2771271
Tel: 04-3104660
Tel: 082-444205 / 082-441329
Tel: 083-472034
Tel: 088-433461 / 088-423471
Tel:088-977718
 
Atau
  • Pendaftaran Dalam Talian (Online), sila klik di sini.
  • Muat turun Borang Permohonan, sila klik di sini
Perhatian kepada para pemohon. Bagi permohonan secara dalam talian atau "online" calon-calon perlu merujuk terlebih dahulu kepada prosedur permohonan.

Untuk rujukan calon, sila klik Prosedur Permohonan ( pdf, 4.37MB)

Calon diingatkan untuk merujuk dan meneliti kesemua panduan dan prosedur yang disediakan sebelum membuat permohonan untuk mengelakkan sebarang kesilapan.

RESULT SPM SAYA CUKUP-CUKUP MAKAN...KE MANA SAYA NAK PERGI, CIKGU?

Assalamualaikum...

Anak-anak SPM 2012 yang tidak mempunyai banyak kredit dan ada yang hanya lulus dalam Bahasa Melayu sahaja....usah berduka, kecewa dan putus asa. Peluang untuk kalian untuk melanjutkan pelajaran tetap ada. 

Yang penting kalian mesti ubah strategi hidup. Kalau dulu, kalian mengamalkan gaya hidup orang yang menempuh kegagalan...apakata melalui detik dan saat ini, ubah gaya hidup kepada membina kecemerlangan dalam kehidupan peribadi anda.

Sila layari laman web berikut untuk peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) - rujuk website 2b 

1) KOLEJ KOMUNITI

2) Kemasukan ke IKM/KKTM Sesi Julai 2013 telah DIBUKA di Laman Web ekemahiran seperti dibawah
a. http://apponline.mara.gov.my/spupim/ - Untuk Lepasan SPM & IKM - 01 Mac hingga 05 April 2013
b. http://upu.mohe.gov.my - Untuk Lepasan SPM sahaja (Perlu membeli Nombor Pin di BSN) - 07 Januari hingga 15 April 2013 (Institusi Latihan Kemahiran Awam - sila baca panduan permohononan terlebih dahulu)
Semakan Keputusan Permohonan boleh dibuat secara online melalui Laman Web ekemahiran mulai 01 Jun 2013 ini.
 

 

CABARAN SELEPAS SPM...

Assalamualaikum...

Keputusan peperiksaan SPM 2012 telah pun diumumkan seminggu yang lalu. Ramai calon yang mendapat gred yang terbaik.  Kejayaan yang diperoleh telah membuktikan keazaman dan kesungguhan diri untuk mengubah nasib dan masa depan.  Masa untuk bergembira selepas mendapat keputusan SPM akan berlalu dalam tempoh dua tiga hari sahaja kerana pelajar akan berhadapan dengan cabaran lain yang lebih besar dan penting untuk menentukan haluan hidup. 

Ingatlah....kecemerlangan dalam SPM tidak memberi jaminan kepada pelajar untuk cemerlang di institusi pengajian tinggi (IPT) kerana suasana pembelajaran jauh berbeza berbanding di sekolah. Bagi pelajar yang mendapat tempat di IPT, mereka berhadapan dengan suasana baru pembelajaran yang sama sekali berbeza daripada sekolah. Di sini mereka sendiri menentukan masa, cara hendak belajar dan menguruskan pembelajaran. Sekiranya pelajar berjaya menyesuaikan diri dalam semester pertama, harapan untuk cemerlang adalah lebih tinggi kerana suasana pembelajaran adalah sama bagi setiap semester. Jika tidak dapat menyesuaikan diri, pelajar perlu segera mendapatkan panduan daripada kaunselor supaya tidak menghadapi kesukaran semasa sesi-sesi pengajian yang seterusnya nanti.

Kepada semua anak-anak lepasan SPM 2012...diucapkan Selamat Maju Jaya. Semoga kalian tabah menghadapi setiap cabaran yang mendatang kerana melalui cabaran ini baharulah kalian dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri. InsyaAllah!


Pelajar yang benar-benar cemerlang bukan diukur kepada berapa banyak bilangan A yang diperoleh..tetapi dilihat kepada bagaimana pelajar itu bersyukur dengan nikmat yang diperoleh...berjasa kepada kedua orang tuanya, guru-gurunya, dan berkongsi ilmu bagaimana untuk cemerlang bersama-sama rakan-rakannya.