Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui
pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan,
Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?
Berdasarkan�
TARIKH LAHIR seseorang dan dengan
menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui
tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda
boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti
seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat
mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik
seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.
RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai
�Paksi� untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam mencapai kebenaran
diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda boleh
membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta
memahami diri anda serta orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya
TAKDIR seseorang tidak ditentukan. Berdasarkan Firman Allah swt yang
menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri, menguatkan lagi
bahawa TAKDIR kita bukan telah ditentukan.
Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,
�Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan
sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab
kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.�
KERJAYA - Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang paling sesuai untuk anda.
PERNIAGAAN - Adakah anda seorang yang
berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk berkecimpung di
dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya,
daripada�
TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).
KESIHATAN - Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.
PERHUBUNGAN - Kesesuaian seseorang adalah KUNCI
kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti
pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan.
Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan.
Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan
mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya
penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.
KEKAYAAN - Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh
memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak
kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat
menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah
menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.
KAEDAH KIRAAN RAHSIA TARIKH LAHIR
Kaedah yang digunakan adalah hasil dari kajian yang
dilakukan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kaedah ini mengenal pasti
corak sesuatu kejadian yang berlaku dan watak seseorang. Bukan hanya
kajian keatas beratus manusia, tetapi berbilion manusia. Kaedah ini
dinamakan metafizik.
Kaedah yang digunakan ini adalah satu panduan untuk memahami
karektor, sifat positif, negatif dan potensi setiap individu bagi
membuat strategi dan perancangan peningkatan diri sendiri, keluarga dan
rakan taulan. Ianya telah dipermudahkan untuk kita gunakan dalam
kehidupan seharian atau karier atau perniagaan kita.
Bukan menilik nasib yang HARAM di sisi Islam, tetapi memahami apakah
yang terkandung di dalam ketetapan hidup supaya boleh merangka strategi
dan tindakan untuk aktiviti pembetulan, pencegahan, penambahbaikian dan
peningkatan kehidupan kita.
Bukan meramal nasib yang juga HARAM, tetapi membantu manusia merangka
satu jadual perjalanan hidup yang lebih berkesan, demi mencapai
kepuasan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Usaha mesti ada, sesuai dengan firman Allah swt, bermaksud lebih
kurang, �Allah tidak akan mengubah keadaan seseorang itu, jika dia tidak
berusaha mengubah keadaan diri sendiri�
HURAIAN KOD ASAS
Kod Asas : 1
Kekuatan:
Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan
daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa
analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang
yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan
sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan
sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.
Kelemahan:
Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima
kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari
orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun
bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
2) Berfikirlah secara terbuka.
3) Berdiplomasi apabila diperlukan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 1:
Arsene Wenger (pengurus Arsenal), Acha Septriasa (selebriti Indonesia),
Luna Maya (selebriti Indonesia), Tom Hanks (pelakun terkenal Hollywood),
Robert Redford (pelakun terkenal Hollywood), Hulk Hogan (bintang gusti
professional WWF)
Kod Asas : 2
Kekuatan:
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa
tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan
kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan
peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan
golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini
mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.
Kelemahan:
Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun
orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi
berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa
mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Percayalah kebolehan diri sendiri.
2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2:
Adi Putra (kanak-kanak pintar), Dr Fadzli Yaacob (selebriti dan usahawan
Malaysia), Thaksin Shinawarta (bekas PM, Thailand), Bill Clinton (bekas
presiden USA), Madonna (selebriti Hollywood)
Kod Asas : 3
Kekuatan:
Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english �
�all-rounder�. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang
tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan
sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua
bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya
berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah
meng�ekspresi� pandangan terhadap sesuatu perkara.
Kelemahan:
Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat
panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan
tidak tegas (tidak munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal.
Juga, seorang yang �laser�. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata,
boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan.
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3:
Anwar Ibrahim (bekas TPM) , Wayne Rooney (bintang bolasepak Manchester
United), Christiano Ronaldo (bintang bolasepak Manchester United),
Robinho (bintang bolasepak Brazil dan Manchester City), Alan Alda
(selebriti Hollywood), Bill Cosby (selebriti Hollywood)
Kod Asas : 4
Kekuatan:
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa
mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam
peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri
dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka
mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah
bangkit dari sesuatu kegagalan.
Kelemahan:
Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka
simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh
sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu
berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.
Apa yang perlu dipelajari:
1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4:
Bill Gates (individu terkaya di dunia), Alex Ferguson (pengurus
Manchester United), Margaret Thatcher (bekas Perdana Menteri Britain),
Arnold Schwarzenegger (bekas pelakun, sekarang adalah Gabenor
California, Amerika Syarikat), Tina Turner (penyanyi), Paul Hogan
(pelakun utama Crocodile Dundee)
Kod Asas : 5
Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko.
Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin.
Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa
focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang
yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan.
Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.
Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam
isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu.
Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.
Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5:
Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia), Erra Fazira (pelakun
popular), Aishwarya Rai (pelakun Bollywood), Bambang Susilo (presiden
Indonesia), Soekarno (bekas presiden Indonesia), Ronaldo ( bintang
bolasepak Brazil), Abraham Lincoln (bekas presiden USA), Britney Spears
(penyanyi di USA)
Kod Asas : 6
Kekuatan:
Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor �6? mengawal
harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi
mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor �6? akan berjaya
dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini
akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil
berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka.
Sentiasa jadi pihak pendamai.
Kelemahan:
Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak
mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan.
Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.
Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6:
Luis Felipe Scolari (pengurus Chelsea), Rafa Benitez (pengurus
Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia), Albert Einstein
(kalau tak kenal tak tau la), Jane Seymour (selebriti Hollywood), John
Denver(penyanyi lagu-lagu country, USA)
Kod Asas : 7
Kekuatan:
Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu
perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah
menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih.
Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan
kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya.
Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.
Kelemahan:
Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah
menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka �berahsia� yang
tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah
seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda
tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda
boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.
Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
2) Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7:
Dr. Irfan Khairi (pakar Internet Malaysia), Mawi (selebriti popular),
Saddam Hussein (bekas presiden Iraq), Cesc Fabregas (bintang bolasepak
Arsenal), Frank Lampard (bintang bolasepak Chelsea), John F. Kennedy
(bekas presiden USA),
Micheal Jackson (selebriti Hollywood)
Kod Asas : 8
Kekuatan:
Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang
terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan
sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah
penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.
Kelemahan:
Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar.
Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut.
Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan
ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa
tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak
tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak
membuang masa melayan perkaraperkara yang tidak bermanafaat atau tidak
berfaedah.
Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8:
Steven Gerrard (bintang bolasepak Liverpool), Osama bin Laden (pejuang
Islam), Cindy Crawford (supermodel dan selebriti Hollywood), Barbara
Streisand (selebriti Hollywood), Jane Fonda (selebriti Hollywood)
Kod Asas : 9
Kekuatan:
Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat
beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana
untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati
orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai �penghibur�,
mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan
dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam
kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan
menyesuaikan diri mengikut persekitaran
Kelemahan:
Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang
emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak
mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang
pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh
berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi
seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu
halangan dalam melaksanakan sesuatu.
Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
2) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
3) Kurangkan sifat emosional
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9:
Megawati Sukarno (bekas Presiden Indonesia), Suharto (bekas Presiden
Indonesia), Gisele Bundchen (supermodel), Shirley MacLaine (selebriti
Hollywood), Harrison Ford (selebriti Hollywood, Jimmy Carter (bekas
Presiden USA), Elvis Presley (selebriti Hollywood-kini arwah)
Tafsiran Ringkas Kod Asas:
1. SENDIRI
Bijak, memang dilahirkan sebagai pemimpin, kreatif, banyak idea baru,
berani, berdikari, positif, individualistic, perfectionist,agresif,
sentiasa nak menang, keras kepala, ego yang tinggi, terlalu terus
terang, sentiasa rasa dia betul.
2. SUARA
Jujur, pembersih, lembut, tenang, pendengar tapi tak semestinya
buat,memahami, penyabar, mudah dibuat kawan dan berkawan, diplomasi,
suka bersimpati, boleh dipercayai, mudah memaafkan, pemalu, terlampau
sensitive, cemburu, susah buat keputusan, tidak tetap pendirian.
3. AKTIF
Popular, cepat siapkan kerja tapi tak sempurna, baran, agresif, kurang
tegas, perhubungan rapuh, mudah berkawan, suka ikut fesyen, bersemangat,
mudah teruja, kreatif, egois, suka mengarah.
4. RANCANG / ILMU
Kemahiran yang tinggi, bijak, tidak mudah putus asa, sukar simpan wang,
perhubungan mudah putus, bersangka buruk pada orang, bangga, rajin,
keras kepala (degil),kedekut, setia, suka kerja rutin, logical, tak
berani ambil
risiko.
5. MENCARI (ARAH)
Kuat kerja (workaholic), pemimpin, keras kepala, berpangkat tinggi,
adventurous, bercita rasa tinggi/mewah, bijaksana, berfikiran jauh,
berani ambil risiko, suka/minat berniaga, boros, suka bertangguh,
berkira.
6. WANG
Gila duit, citarasa mewah, berdikari, mahu menguasai, tidak mementingkan
diri, suka duduk di rumah, bijak, jujur, berperikemanusiaan, penyayang,
tamak.
7. KAWAN / PENGIKUT
Suka bertelagah, cerewet, popular, tarik penyokong, percaya kepada
mistik, moody, pemalu, suka mengasingkan diri, analitikal, suka
berfikir, kekuatan kerohanian.
8. TANGGUNGJAWAB & TEKANAN
Bertanggungjawab, pendiam tapi ramai kawan, boleh dipercayai, suka
kebebasan dan kuasa, keras kepala, ada sifat kepimpinan, suka terurus
dan kemas, suka membantu dan baik hati, gila wang, ego, mudah tertekan,
kekuatan deria rasa ke-6.
9. KEJAYAAN
Pandai PR, bergaya kemas, tarik simpati orang tua, bijak, kesunyian,
sensitif, ikhlas, berbakat, ada sifat kepimpinan, penyayang.
HURAIAN KOD JUTAWAN
Kod Jutawan mempunyai nombor 3, 6 atau 9
Kod Jutawan : 3
Huraian : Anda adalah seorang JUTAWAN ysng dermawan.
Di sepanjang hidup, anda banyak memberikan sedekah dan ‘contribution’
kepada mereka-mereka yang memerlukan. Anda adalah seperti Bill Gates,
orang paling kaya di dunia yang banyak memberikan bantuan kepada
mereka-mereka yang memerlukan.
Kod Jutawan : 6
Huraian : Anda adalah JUTAWAN yang penuh dengan duit.
Sepanjang hidup, anda banyak mendapat wang. Usaha-usaha yang anda buat
adalah untuk memiliki wang yang banyak. Semasa anda mati, anda memiliki
banyak wang.
Kod Jutawan : 9
Huraian : Anda seorang JUTAWAN ysng suka mengumpul
harta, seperti tanah, rumah, kereta dan lain-lain lagi. Semasa anda
meninggal dunia, semangnya anda memiliki banyak harta.
Kod-Kod Lain :
Selain Kod Asas & Kod Jutawan, daripada piramid nombor juga kita boleh mengenali diri kita melaui :
- Kekuatan, Kelemahan dan Potensi Diri
- Kerjaya yang sesuai
- Perniagaan yang sesuai
- Dan bermacam-macam lagi (ketepatan adalah 75%-95%)
Untuk mengetahui RAHSIA TARIKH LAHIR anda dengan lebih terperinci, sila lawati�www.skpd2010.com.my

Rahsia-Rahsia Lain Tarikh Lahir:
1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun
dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir
tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang
yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap
serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal
percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala
keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan
persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi
sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri
membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul
denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci
jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar
dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak
terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia
bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada
yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan
yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia
akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan
bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam
bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk
di mengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka
bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan
diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata
keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang
tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat
dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor
penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah
ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita
tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah
seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya
dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang
menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang
lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar
pasangan.
6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia
disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang
yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia
tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang &
jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu
dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa
lapang. Semasa bercinta dia sangat berhatihati dan suka sekali merayu
dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat
lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman
kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana
yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan
seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui
perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan
cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai
citacitanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah
tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam
menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia
mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia
sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap
setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka
berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan
wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam Kehidupan sehari-hari dia
adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang
bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta,
dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh
ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam
menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian
bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara
yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal
percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang
mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh
kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana
kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat
teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi
dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan
kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu
dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.
KENALI SAYA MELALUI TARIKH LAHIR
Sila Klik pada Gambar untuk Visual yg Lebih Jelas. Ketepatan adalah kurang lebih 95%
http://richdude.ads4blog.net/rahsia-tarikh-lahir/