SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Thursday, June 7, 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI 2012

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2012. Keputusan rayuan ini adalah khas untuk calon yang gagal mendapat tempat di Matrikulasi.  Semakan boleh dibuat mulai 7 Jun 2012 pada jam 5 Petang.

matrikulasi 2012

Cara Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2012
Semakan boleh dibuat dengan melayari applikasi Semakan Tawaran Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Sesi 2012/2013.

Atau SMS

Taip MOEMAR No. MyKad dan hantarkan ke 15888 Contoh : MOE MAR 930101041234

Calon berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada tarikh yang dinyatakan. Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.

SELAMAT MAJU JAYA!!

SENTIASA BERSYUKUR...JIKA TIDAK DIMULUT, DIHATI SUDAH MEMADAI..

Kenapa Anda perlu bersyukur selalu? Supaya hati menjadi tenang, supaya Anda berubah jadi semakin bagus.

Apa yang berlaku apabila Anda berterima kasih? Mood Anda berubah jadi baik.

Bila Anda berterima kasih, ia seolah-olah Anda menerima sesuatu yang cukup menggembirakan Anda. Ia seolah-olah Anda telah menunggu lama untuk menerimanya.

Sikap suka berterima kasih menjadikan sesiapa saja berubah jadi periang, mood sentiasa OK kemudian bersemangat pula. Amalan ini memberi impak positif kepada produktiviti juga prestasi.

Orang yang selalu berterima kasih atas pemberian Tuhan akan selalu gembira. Dia akan ‘feel good’ sentiasa kerana dia tahu dia telah menerima sesuatu yang menggembirakan.

Oleh kerana dia gembira, minda separa sedarnya menarik lebih banyak perkara gembira yang membuatkan dia bertambah gembira.

Bila Anda mencapai sesuatu, ucapkanlah terima kasih.

Bila Anda berjaya menyiapkan sesuatu, ucapkanlah terima kasih.

Bila Anda dibantu oleh seseorang, ucapkanlah terima kasih.

Ucapkan terima kasih pada Allah kerana dengan izinNya Anda dapat melakukan apa yang Anda mahu lakukan. Pejam mata lalu ucaplah terima kasih di dalam hati. Itu sudah memadai dari tidak berterima kasih langsung.

Allah tidak suka kepada orang yang sombong terutama orang yang tidak bersyukur. Orang sebegini akan selalu ditimpakan dengan berbagai masalah.

Maka jika hidup Anda sekarang ini penuh dengan berbagai kesusahan, ketahuilah itu sebab Anda jarang berterima kasih pada pemberian Allah dalam bentuk rezeki, wang, sahabat handai serta ahli keluarga yang selama ni berada di sekeliling Anda.

Lebih banyak Anda bersyukur serta berterima kasih pada Allah Yang Maha Esa, lebih banyak perubahan baik akan berlaku dalam hidup Anda. Rezeki akan bertambah, masalah diringankan bahkan seolah-olah ditemukan jalan keluar.

Wednesday, June 6, 2012

KISAH DAN TAULADAN

Assalam...
Dengan izinNya, setelah masuk minggu ke-2 cuti persekolahan, hari ini barulah terasa untuk update blog yang telah sekian lama tidak dikunjungi. Kemaafan dipinta buat semua.  Walaupun dalam kesibukan membantu urusan perkahwinan adik lelaki bongsu , saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan anda...(sebagai peringatan buat diri sendiri)

Kisah Mayat Yang Tidak Amanah
Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.

Maka sama2lah kita ambil iktibar daripada riwayat ini. 

Adakah kita pernah mengambil barang-barang dari pejabat, samada dari sekecil-kecilnya seperti klip kertas, pemadam dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk kegunaan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita?

Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan?
Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar.
Azab neraka itu adalah benar.

Dan syurga itu adalah benar.