SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Saturday, August 21, 2010

Aktiviti 24 : Lawatan Inspirasi ke Kolej MARA Seremban




Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti Program Penyuburan Minda yang telah pun berlansung sejak bulan Mac lalu..Program yang berkonsepkan kelas bimbingan akademik ini telah dijalankan setiap hari Jumaat..yang mana sasarannya, pelajar ting 5 dan ting 3. Kelas bimbingan akademik ini berfokus kepada subjek matematik, sains dan bahasa inggeris bagi ting 3...manakala subjek biologi, kimia, fizik, dan matematik tambahan untuk ting 5..Fasilitatornya terdiri daripada student Kolej MARA Seremban yang sudi untuk memberi bimbingan dan seterusnya menjadi sumber inspirasi pelajar2 PZ.
Lawatan Inspirasi ~ (20 Ogos : Jumaat) disertai oleh pelajar-pelajar ting 3 sahaja, memandangkan pelajar Ting 5 sedang menjalani peperiksaan percubaan SPM. Sepanjang lawatan ini pelajar didedahkan dengan motivasi diri...tips-tips persediaan dalam menghadapi peperiksaan dan perkongsian pengalaman abang2 dan kakak2 fasilitator bagaimana menjadi pelajar cemerlang... Mereka ini merupakan pelajar persediaan MARA yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekalung Tahniah buat mereka...
Kepada pelajar Pendeta Za'ba yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM 2010....Good Luck!!..Kejayaan anda adalah kebanggaan kami.

Monday, August 9, 2010

Aktiviti 23: Lawatan ke SBPI Gombak









6 Ogos 2010 ~ Seramai 122 orang pelajar KRK Tingkatan 1 dan 2 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak...dengan diiringi 7 orang guru. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar KRK SMK PZ bagaimana situasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah berasrama disamping dapat berkenal mesra dan mengeratkan silaturahim...
Kami disambut dengan mesranya oleh PRS dan guru-gurunya. Segala-galanya telah diatur dan dirancang oleh PRS SBPI Gombak agar aktiviti bersama pelajar KRK SMK PZ berjalan lancar. Syabas dan tahniah buat PRS!! Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih keopada warga SBPI Gombak yang sudi menerima kunjungan kami. Semoga apa yang diperolehi sepanjang lawatan ke SBPI ini..akan dimanfaatkan oleh anak-anak pelajar KRK...dengan harapan ada keinginan untuk melanjutkan pelajaran disana selepas PMR!!

Catatan 3 : LDP - Kerja Sebagai Satu Ibadah



Latihan Dalam Perkhidmatan - 5 Ogos 2010
Masa: 2.45 ptg - 5.00 ptg
Personalia: Pn. Hjh Rahimah (YPEIM)
Tajuk : Kerja Sebagai Satu Ibadah