SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Wednesday, June 29, 2011

Aktiviti 28 : Lawatan Penanda Aras ke MRSM & SBP Melaka

Jutaan terima kasih kepada warga MRSM Alor Gajah dan Sekolah Sains Muzaffar Shah (MOZAC) yang telah sudi menerima kunjungan kami, warga PZ pada 29 Jun 2011 (Rabu). Lawatan ini merupakan lawatan benchmarking guru-guru dan pelajar Rancangan Khas SMK Pendeta Za'ba ke sekolah berasrama penuh. Kedatangan kami disambut dengan mesra dan meriahnya. Rombongan kami seramai 40 orang ini disertai oleh 30 orang guru dan 13 pelajar KRK dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Projek Benchmarking ini diketuai oleh Pn. Durasnita Abdullah (Penyelaras KRK)


Tujuan lawatan adalah untuk menimba ilmu dan berkonsi pengalaman dengan warga MRSM AG dan MOZAC berkaitan organisasi sekolah, sejarah sekolah, program-program pembangunan akademik, kemahiran insaniah(softskill) dan aktiviti kokurikulum sekolah serta pelbagai aspek lain. Ternyata banyak ilmu dan pengetahuan yang dapat diperoleh semasa berada di sana. Guru-guru juga dibawa melawat bilik-bilik khas seperti Bilik Pusat Sumber, Koperasi, Bilik Operasi Pengawas/ Disiplin.

Apa yang menarik perhatian saya, misi "KURIKULUM TERBEZA" yang diterapkan merupakan tonggak kejayaan MRSM AG. Merupakan MRSM dan sekolah yang pertama melaksanakan program kurikulum terbeza yang melibatkan pembelajaran kemahiran insaniah (softskill) secara formal di Malaysia dan yang ketiga di dunia. Berpaksikan kepada nilai teras : Saintifik, Independent, Kreatif, Amanah, Patriotik (SIKAP) menjadikan pelajar MRSM AG terdidik menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah cemerlang dalam sahsiah dan modal insan.

Bagi sekolah MOSAC pula, kecemerlangan sekolah terus terserlah apabila dinobatkan sebagai sekolah berprestasi tinggi. InsyaAllah segala dapatan daripada lawatan ini akan dikongsikan dengan semua warga SMK PZ . Semoga sekolah kita juga akan mencapai kejayaan yang hebat sepertimana MRSM AG dan MOSAC.



Guru-guru dan pelajar juga telah mendapat pendedahan dan idea baru untuk disesuaikan dengan persekitaran dan pelajar yang ada di SMK PZ.

Sekalung penghargaan diberikan kepada Pengetua MRSM Alor Gajah, Tn Mohd Satari bin Hashim dan Pengetua MOSAC serta warga sekolah yang sudi menerima kehadiran kami warga SMK PZ.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

bergambar kenangan sebelum "rombongan cik kiah" bertolak ke Melaka

saat-saat menantikan "cabel car"...bak kata En. Amir...sebelum sampai ke puncak MOSAC

Saturday, June 25, 2011

Aktiviti 27 : LDP - Bengkel ICT







TERIMA KASIH DAN SYABAS buat semua guru yang menyertai Bengkel ICT pada 25 Jun 2011 ( Sabtu). Syabas juga diucapkan khas kepada fasilitator En, Hashim bin Osman (GPK Akademik) dan En. Abd Karim bin Mohamad (Penyelaras ICT).

Bengkel ini diadakan bertujuan membantu guru-guru memperkayakan pengetahuan dalam bidang ICT selari dengan kehendak kementerian dalam merealisasikan pembestarian atau pembudayaan ICT dalam kalangan masyarakat sekolah. Bengkel ini juga sekurang-kurangnya memenuhi sasaran LDP yang diwajibkan kepada semua guru. Dengan sedemikian guru bukan sahaja hanya pandai dalam pengendalian Facebook tetapi juga berkemahiran dalam penyediaan hamparan kerja dan persembahan multimedia.

Diharap pada penghujung program, guru-guru dan masyarakat sekolah dapat memenuhi KPI Kementerian Pelajaran dalam memartabatkan guru dan masyarakat sekolah setanding dengan guru dan masyarakat sekolah di negara-negara maju.

Sunday, June 19, 2011

Aktiviti 26 : Kejohanan Olahraga SMK PZ Kali ke-17 (2011)..














Kejohanan Olahraga SMK Pendeta Za'ba kali ke 17 ini telah diadakan di Stadium Abd Rahman , Paroi. Perasmian penutupnya disempurnakan oleh YDP PIBG SMKPZ, Tn Hj Othman b Jaffar.

Dalam ucapan perasmian penutup, Tn Haji Othman menyatakan bahawa kejohanan sukan adalah merupakan sesuatu yang bermakna kepada pihak sekolah dan juga pelajar. Pelajar perlu menjadikan intuisi yang terkandung dalam kejohanan sukan seperti ini sebagai landasan untuk membina kekuatan diri dan melihat keupayaan yang ada pada diri sendiri. Tegas beliau lagi, pelajar perlu membuka minda untuk merancang strategi bagi meraih sesuatu kejayaan dengan memberikan fokus yang mendalam terhadap apa yang dilakukan.

Berikut ialah keputusan rasmi kejohanan olahraga tersebut:

JOHAN BERSAMA

MERAK(MERAH) DAN RAJAWALI (BIRU) - 557 MATA

NAIB JOHAN

TIADA

KETIGA

CENDERAWASIH (KUNING) – 468 MATA

PESERTA TERBAIK L18 (L1)

MOHD AKMAL ALIF B HASHIM (MERAH)

EMAS (200M,400M, 4X100M , 4X 400M)

PESERTA TERBAIK P18 (P1)

SHANSIVITA SIVAPATHI (MERAH)

EMAS (400M, 4X400M)

PERAK (200M)


PESERTA TERBAIK L15 (L2)

MOHD ASYRAF QUSHAIRI ZULMAJDI (HIJAU)

EMAS (100M, LOMPAT KIJANG,LOMPAT JAUH, 4X100M)

PERAK (400M)

PESERTA TERBAIK P15 (P2)

ADLEEN SOFEA MOHD ZURAIDI (MERAH)

EMAS ( 100M,200M, 4X100M, 4X400M)

PERAK (LOMPAT TINGGI)

JOHAN PERBARISAN

MERAK

JOHAN PASUKAN SORAK

MERAK

JOHAN TARIK TALI

LELAKI : HIJAU (KEDIDI)

PEREMPUAN : KUNING (CENDERAWASIH)

ANUGERAH KHAS:

OLAHRAGAWAN

MOHD AKMAL ALIF B HASHIM (MERAK)

OLAHRAGAWATI

SHANSIVITA SIVAPATHI (MERAK)


Sekalung tahniah buat pasukan rumah MERAK dan RAJAWALI. Begitu juga buat Olahragawan dan Olahragawati yang telah mengharumkan pasukan rumah sukan khususnya dan seterusnya menaikkan nama sekolah.


Buat guru-guru dan warga PZ....Tahniah atas komitmen yang diberikan...Esok (20 Jun - Isnin)...CUTI!!!!...Selamat Bercuti ~ heheh...


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!