SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Saturday, September 21, 2013

BELAJAR DAN TERUS BELAJAR..


Belajar dari kesalahan membuatmu dewasa...dan belajar dari pengalaman orang lain 
membuatmu bijaksana

Selamat Maju Jaya buat putera puteri Pendeta Za'ba...yang akan menduduki peperiksaan PMR..SPM...dan peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan 1, 2 dan 4.  Anda Berhak Untuk Berjaya!!


PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

Untuk makluman anak-anak pelajar...permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah pun dibuka mulai 1/9/2013 -15/10/2013 melalui aplikasi sistem dalam talian dan boleh dicapai melalui http://public.moe.gov.my
Mulai tahun 2013, KPM telah menetapkan bahawa ibu bapa dan penjaga pelajar bertangggungjawab membuat permohonan seterusnya menghantar 2 salinan cetakan permohonan yang telah dibuat untuk pengesahan pihak sekolah seterusnya menghantar ke sekolah pilihan. Pihak sekolah akan membuat pengesahan permohonan sistem dalam talian sekiranya cetakan permohonan dihantar kepada pihak sekolah dalam tempoh yang telah ditetapkan sahaja.
Anak-anak pelajar juga dipohon agar dapat membaca prosedur permohonan dan meneliti data dan maklumat yang telah dimasukkan kerana permohonan kemasukan hanya boleh dibuat sekali sahaja dan permohonan tidak boleh diubahsuai atau dikemaskini lagi sekiranya cetakan telah dibuat.  Selepas maklumat dihantar dan cetakan telah dibuat, jika kita ingin mengubahsuai dan mengemaskini data dan maklumat, perlu berhubung terus dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Kaunselor anda.

Wednesday, August 21, 2013

SAYU HATI BACA KISAH INI


Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11tahun. Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu.

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya".

Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.

Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya....Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?

Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini...semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...

"Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"...

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahualam.

Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yg sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor
kredit: http://anakmuaallaf.blogspot.com/2013/08/sayu-hati-baca-kisah-ini.html