
Alhamdulillah...akhirnya buletin UBK telah disiapkan dengan sempurna. Klik di sini untuk dilihat,
Harap maaf...terdapat beberapa bahagian dalam buletin yang anda lihat tidak sama dengan buletin asal kerana masalah penyesuaian font di laman scribd
Profil Minat Kerjaya TAJMA merupakan satu set alat ukur psikologi yang dibina untuk mengukur 6 pola minat kerjaya iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Keusahawanan (Enterprising) dan Konvensional. Tiada had masa yang ditetapkan untuk mengambil alat ukur minat kerjaya ini, purata masa yang digunakan untuk mengambil alat ukur ini ialah di antara 10 hingga 15 minit sahaja.
Semua soalan yang dikemukakan mestilah dijawab dengan jujur dan ikhlas memandangkan tiada jawapan yang “BETUL atau “SALAH". Sebaiknya memberikan jawapan yang pertama kali terlintas dalam fikiran. Terdapat empat kategori dalam soalan profil minat kerjaya ini iaitu; Kesukaan, Kecekapan, Pekerjaan dan Penilaian Kendiri.
Semakan juga boleh dibuat di portal Selangkah Ke UiTM.
Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan ini memang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun. Status pengambilan ke Institut Pendidikan Guru pada tahun ini menjadi tanda tanya pada awalnya.
Bidang pengajian yang ditawarkan adalah berdasarkan sekolah seperti berikut;
http://eputra.com/permohonan-kursus-perguruan-lepas-spm-kplspm-ambilan-jun-2012/
Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Julai 2012.
Program Intensif Persediaan (PIP), pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Pra Diploma, Diploma, Foundation & Higher National Diploma (F&HND)
Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Diploma dan Ijazah
Pelbagai bidang pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah dan Profesional
Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Sijil Kejuruteraan dan Teknologi
Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Diploma Kejuruteraan dan Teknologi
Syarat kelayakan untuk memohon adalah bergantung kepada institut dan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk Syarat Kelayakan Memohon.
Kategori pemohon adalah berdasarkan kepada kelayakan pemohon seperti berikut :‑
Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑
Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM, IKM dan KM (PKS-UMK) yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun sara hidup akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.
Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online.
Pengambilan pelajar Lepasan SPM untuk program Sijil & Diploma untuk IKM dan KKTM bagi sesi pengajian Julai 2012 perlu dibuat melalui UPU. Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2012 / 2013.
Permohonan kemasukan secara atas talian ke Institut Pendidikan MARA IPMA Sesi Julai 2012 ditutup pada 20 April 2012.
Tel: 03-2175 4000 Faks: 03-2175 4001
e-mel: enquiries@unikl.edu.my
Laman web : www.unikl.edu.my dan www.admission.unikl.edu.my
Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa rakyat Malaysia yang layak untuk memohon Anugerah Biasiswa Bank Negara untuk sesi akademik 2012/2013 bagi mengikuti pengajian dalam beberapa bidang yang terpilih bagi peringkat pengajian pra-universiti, ijazah pertama dan pasca siswazah.
Permohonan untuk Anugerah Biasiswa Bank Negara ini dipecah kepada tiga kategori iaitu;
Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti luar negara akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Lulus dan memenuhi salah satu kriteria di bawah:
DAN
Tarikh Tutup
Pelajar yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti samada di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh BNM layak untuk memohon.
Mereka yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran (PhD) di universiti-universiti samada di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh BNM layak untuk memohon.