mengeratkan silaturrahim antara guru dan ibu bapa/penjaga
memohon kerjasama ibu bapa untuk meningkatkan prestasi anak-anak dari segi akademik dan sahsiah
1 Julai 2011 (Jumaat) - Program yang diadakan saban tahun ini, adalah sebagai usaha untuk meningkatkan pencapaian dan motivasi pelajar. Program ini juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk bertemu dengan guru-guru bagi membincangkan permasalahan anak mereka dan mengenalpasti prestasi pelajaran berdasarkan keputusan pertengahan tahun.
Alhamdulillah...sambutan ibu bapa adalah menggalakkan. Ini bermakna ibu bapa telah sedar betapa mereka juga perlu memainkan peranan dalam mendidik anak-anak ke arah kecemerlangan.
Guru Bimbingan dan Kaunseling di SMK Pendeta Zaaba. Mendapat didikan formal di UPM dan tidak formal melalui pergaulan dengan rakan-rakan dan masyarakat. Tujuan blog ini dibangunkan untuk membuka ruang berkongsi pengalaman dan membantu pelajar-pelajar serta rakan-rakan dalam pelbagai bidang yang diperlukan.
No comments:
Post a Comment