SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Friday, March 16, 2012

PERMOHONAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA)

Permohonan ke KPM, KKTM, IKM, GMI, UniKL, KPTM, KM Sesi Julai 2012

Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Julai 2012.

Senarai Institusi Pendidikan MARA (IPMa)

Unit Pusat Institusi MARA

  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • German Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
  • Kolej MARA (KM)

Program Pengajian

KOLEJ PROFESIONAL MARA

  • Program Intensif Persediaan (PIP), pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Pra Diploma, Diploma, Foundation & Higher National Diploma (F&HND)

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Diploma dan Ijazah

KOLEJ POLY-TECH MARA

  • Pelbagai bidang pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah dan Profesional

INSTITUT KEMAHIRAN MARA

  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Sijil Kejuruteraan dan Teknologi

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA

  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Diploma Kejuruteraan dan Teknologi

GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE

  • Pelbagai bidang pengajian peringkat Diploma

KOLEJ MARA

  • Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PKS-UMK)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon adalah bergantung kepada institut dan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk Syarat Kelayakan Memohon.

Kategori pemohon adalah berdasarkan kepada kelayakan pemohon seperti berikut :‑

  • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM/SPMV / Setaraf dengannya.
  • Pemohon lepasan SPM dan Sijil mengikut bidang yang dipohon.
  • Pemohon lepasan SPM dan STPM.
  • Pemohon lepasan SPM dan Diploma/Higher National Diploma / Setaraf

Kriteria Pemilihan

Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑

  • Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
  • Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
  • Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
  • Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.

Tajaan Pengajian

Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM, IKM dan KM (PKS-UMK) yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun sara hidup akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.

Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online.

Pengambilan pelajar Lepasan SPM untuk program Sijil & Diploma untuk IKM dan KKTM bagi sesi pengajian Julai 2012 perlu dibuat melalui UPU. Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2012 / 2013.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan secara atas talian ke Institut Pendidikan MARA IPMA Sesi Julai 2012 ditutup pada 20 April 2012.

Maklumat

  • Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja.
  • Sila rujuk iklan Permohonan IPMa dan laman web Unit Pusat Institusi MARA untuk maklumat lanjut.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Institut Pendidikan yang berkenaan atau layari laman web mereka seperti berikut :
    • Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)
      Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
      Tingkat 12,
      Ibu Pejabat MARA,
      Jalan Raja Laut,
      50609 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2613 4075 / 4076 / 4077 / 9010 / 9011
      e-mel : upim@mara.gov.my
      Laman web : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
    • Universiti Kuala Lumpur Bahagian Hal Ehwal Akademik 1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

      Tel: 03-2175 4000 Faks: 03-2175 4001

      e-mel: enquiries@unikl.edu.my

      Laman web : www.unikl.edu.my dan www.admission.unikl.edu.my

    • Kolej Poly-Tech MARA
      Bahagian Pemasaran Korporat Kolej Poly-Tech MARA
      Jalan 6/91,
      Taman Shamelin Perkasa, Cheras,
      56100 Kuala Lumpur
      Tel: 03-9285 6033 / 9281 0762 Faks: 03-9281 2545
      e-mel: marketing@kptm.edu.my
      Laman web : www.kptm.edu.my
    • Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA
      Tingkat 20 & 21,
      Ibu Pejabat MARA
      Jalan Raja Laut,
      50609 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2613 4605 / 4612 Faks: 03-2691 4510
      e-mel: upimikm@mara.gov.my
      Laman web : http://www.ikm.edu.my/
    • German-Malaysian Institute
      Jalan Ilmiah,
      Taman Universiti,
      43000 Kajang, Selangor
      Talian Umum: 03-8921 9191 / 9322 / 9288 Faks: 03-8921 9003
      e-mel: enquirygmi@gmail.com

Tuesday, March 13, 2012

BIASISWA BANK NEGARA MALALYSIA SESI 2012/2013

Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa rakyat Malaysia yang layak untuk memohon Anugerah Biasiswa Bank Negara untuk sesi akademik 2012/2013 bagi mengikuti pengajian dalam beberapa bidang yang terpilih bagi peringkat pengajian pra-universiti, ijazah pertama dan pasca siswazah.

Bank Negara Malaysia

Kategori Permohonan Biasiswa BNM

Permohonan untuk Anugerah Biasiswa Bank Negara ini dipecah kepada tiga kategori iaitu;

  1. Biasiswa Pra-Universiti
  2. Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian)
  3. Pasca Siswazah (Sarjana / Kedoktoran (PhD))

Biasiswa Pra-Universiti

Bidang Pengajian

  • Ekonomi, Perakaunan, Sains Aktuari, Perbankan dan Kewangan, Kewangan Kejuruteraan, Undang-Undang, Syariah dan Matematik
Peringkat Pengajian
  • Cambridge A-Level, American Foundation Program, Australian Matriculation, International Baccalaureate Diploma Programme

Kelayakan Minimum

  • Lulus peperiksaan SPM 2011 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8A (A dan A+ sahaja)
  • Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2012

Kelayakan Tambahan

  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
  • Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
  • Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

Permohonan

Tarikh Tutup

  • 29 Mac 2012
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti luar negara akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian)

Bidang Pengajian

  • Ekonomi, Perakaunan, Sains Aktuari, Perbankan dan Kewangan, Kewangan Kejuruteraan, Undang-Undang, Syariah dan Matematik

Lokasi Pengajian

  • Universiti-universiti Dalam dan Luar Negara

Kelayakan Minimum

Lulus dan memenuhi salah satu kriteria di bawah:

  • STPM / A-Level – Mendapat sekurang-kurangnya 2 A dan 1 B ; ATAU
  • Diploma / Matrikulasi – Mendapat Purata Agregat Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) sekurang-kurangnya 3.50 ; ATAU
  • South Australian Matriculation – Mendapat sekurang-kurangnya ATAR 85% ; ATAU
  • American Foundation Program – Mendapat sekurang-kurangnya 1200 bagi SAT1 ; ATAU
  • Bagi calon-calon yang sedang menuntut di universiti yang diiktiraf BNM dalam pengajian peringkat Ijazah Pertama – Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dalam peperiksaan yang terbaru.

DAN

  • Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2012
  • Telah ditawarkan untuk mengikuti kursus Ijazah Pertama (Kepujian) dalam tahun 2012 di universiti yang diiktiraf mengikut senarai BNM

Kelayakan Tambahan

  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
  • Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
  • Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

Permohonan

Tarikh Tutup

  • 20 Mac 2012
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Pelajar yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti samada di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh BNM layak untuk memohon.

Biasiswa Pasca Siswazah (Sarjana / Kedoktoran (PhD))

Bidang Pengajian

    • Economics, Econometrics, Monetary Economics, International Economics, Banking and Finance, International Finance, Quantitative Finance, Law, Banking and Finance Law, International Law, Shariah, Risk Management dan Forensic Accounting

Lokasi Pengajian

  • Universiti Dalam dan Luar Negara

Kelayakan Minimum

  • Mendapat keputusan Kelas Pertama Ijazah Pertama (Kepujian) / Ijazah Sarjana atau yang setaraf daripada universiti yang diiktiraf di dalam atau luar negara
  • Mengambil kursus yang memberi nilai tambah kepada fungsi dan peranan Bank Negara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun bagi Ijazah Sarjana dan 35 tahun bagi Ijazah Kedoktoran pada 1 Julai 2012
  • Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Telah ditawarkan tempat untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana atau Kedoktoran dalam tahun 2012 di universiti yang diiktiraf mengikut senarai BNM

Permohonan

Tarikh Tutup

  • 20 Mac 2012
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Mereka yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran (PhD) di universiti-universiti samada di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh BNM layak untuk memohon.

Maklumat

  • Maklumat di atas adalah panduan ringkas sahaja.
  • Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi talian bantuan permohonan biasiswa BNM di 03 2691 5963 atau emel scholar@bnm.gov.my
  • BNM juga boleh dihubungi melalui talian 03 2698 8044 atau 1300 88 5465 atau SMS ke 15888 BNM Pertanyaan Anda atau email bnmtelelink@bnm.gov.my
  • Di samping itu rujuk juga Facebook dan Twitter rasmi Bank Negara Malaysia

Tuesday, February 28, 2012

CARA MEMILIH SAHABAT MENGIKUT IMAM GHAZALI



Kata Imam Ghazali:
Di dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang itu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat. Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu,maka hendaklah engkau engkau pastikan ada 5 sifat ada pada orang tersebut:

1. Orang yang berakal
Tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh,kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati dan paling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. Kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Bersahabat dengan orang yang kurang berakal juga tidak dapat membina atau menambah baik kepada kita tetapi kita tetap wajib berbaik-baik dengan mereka.

2. Orang yang baik akhlaknya.
Maka janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia dirangsang oleh nafsu syahwatnya.

Begitulah juga dengan orang yang suka mengumpat potpet-potpet sana sini seperti mami jarum, orang yang percakapannya tidak baik dan orang yang selalu mengajak kepada keburukan dan perkara yang melalaikan.

3. Orang yang soleh
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yang tidak takut akan Allah itu tidak mengesali dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Bahkan pendiriannya tidak tetap selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Maka jauhi dari bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara yang fasik dan maksiat itu akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya engkau merasa ringan hal maksiat dan akhirnya terturut melakukan maksiat.

4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak dunia,kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Tabiat itu cepat sekali mempengaruhi tabiat yang lain dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat,sekiranya kita tidak menyedarinya. Maka suka bersahabat dengan orang yang tamak pada dunia akan menambahkan tamakmu terhadap dunia. Bersederhanalah. Kesenangan dunia hendaklah dicari tanpa meninggalkan amalan untuk bekalan akhirat.

5. Orang yang benar
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang pendusta,barangkali dia akan menipu engkau. Berbohong adalah tabiat buruk yang dicela agama dan tidak disukai oleh siapa juga.

Dengan memilih sahabat yang baik diharapkan kita akan juga menjadi baik.Jika sahabat orang yang sering melakukan dosa, dikhuatiri kita akan turut berdosa kerana membiarkan mereka membuat dosa atau meredai perbuatan mereka atau membiarkan kemungkaran tanpa menegahnya. Jika kita mendengar orang mengumpat, kita tidak menegahnya, apalagi kalau kita tumpang tokok, bermakna kita memperolehi dosa percuma!