SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Wednesday, March 10, 2010

Aktiviti 12: Kursus Kepimpinan Ketua/Penolong Kelas Tahun 2010









Sekalung tahniah dan terima kasih buat guru-guru pelatih kaunseling yang telah berjaya mengendalikan Kursus Kepimpinan Ketua/Penolong Kelas bagi tahun 2010 yang telah diadakan pada 9 Mac (Selasa) di Dewan Sri Pendeta. Lebih kurang 82 pelajar yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang meliputi ceramah kepimpinan dan latihan dalam kumpulan. Semua pelajar memberi kerjasama yang baik dalam menjalankan aktiviti kumpulan.
Ceramah kepimpinan disampaikan oleh Cik Nor Syuhada (GK Pelatih UPM). En. Hashim bin Osman, Penolong Kanan Akademik telah menyempurnakan perasmian penutup program tersebut. Adik Syahira Yasmin bt Shariman dan Adik Mil Zirwan Nashriq bin Mohamad Nor telah dinobatkan sebagai peserta terbaik lelaki dan perempuan. Manakala kumpulan terbaik jatuh kepada kumpulan 3.

Monday, March 8, 2010

Aktiviti 11: Program Penyuburan Minda PMR/SPM 2010





Tahniah buat pelajar T3 dan T5 yang telah mendaftar nama untuk menyertai program ini. Walaupun tidak semua pelajar terlibat..tetapi sambutan dalam kalangan pelajar tersebut adalah menggalakkan. Mereka begitu teruja untuk mendapatkan bimbingan akademik daripada kakak dan abang Kolej Mara Seremban.
Program ini merupakan kesinambungan daripada program yang pernah dijalankan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dengan usahasama Kolej Mara Seremban. Aktiviti yang dijalankan berbentuk sistem 'tutor' yang akan dilaksanakan oleh pelajar KMS tersebut disamping memberi suntikan semangat buat pelajar-pelajar PZ. Aktiviti yang bermula daripada awal Mac dan berkemungkinan berakhir pada bulan Ogos. Subjek yang terlibat ialah Fizik,Kimia,Biologi dan Matematik Tambahan untuk pelajar SPM manakala pelajar PMR berfokus kepada subjek B.Inggeris, Matemati dan Sains.
Sebagai pembuka program...disamping mewujudkan ukhwah antara pelajar PZ dan KMS telah diadakan Xplorace pada 5 Mac 2010. Semua pelajar PMR/SPM berasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Semoga semua pelajar dapat memberi komitmen dan kerjasama terhadap program ini.

Saturday, March 6, 2010

Aktiviti 10: Seminar Kecemerlangan SPM Program Pendidikan Sepanjang Hayat MSU-Utusan Peringkat Daerah 2010






Alhamdulillah...selesai sudah Seminar Kecemerlangan SPM Program Pendidikan Sepanjang Hayat MSU-Utusan Peringkat Daerah Seremban Tahun 2010 yang telah diadakan pada 6 Mac 2010. Program ini telah dirasmikan oleh Tn Haji Musa bin Abdullah Pegawai Pelajaran Daerah Seremban. Turut serta En. Rosli bin Yusuf Naib Pengerusi Komunikasi dan Korporat MSU, En. Wahid bin Hashim Pengurus dan Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Pn. Hjh Nooraini bt Mohd Darus Pengetua SMKPZ dan Tn Hj Osman bin Jaafar YDP PIBG SMKPZ.
Lebih kurang 400 pelajar SPM dari sekolah sekitar Seremban yang telah menyertai program ini. Diantaranya SMK Panchor, SMK Sri Ampangan, SMK Dato Md Redza, SMK Sri Pagi, SMK Tmn Tuanku Jaafar, SMK Senawang dan SMK Pendeta Za'ba. Penghargaan terima kasih buat warga PZ yang telah melaksanakan program ini dengan jayanya. Tidak lupa juga buat MSU dan Utusan Malaysia yang telah membiayai program ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti 'carrier hunt', pameran kerjaya, ceramah kerjaya dan seminar matematik telah menarik minat pelajar.