SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Monday, September 27, 2010

Kisah Tauladan 7 : COUPLE ISLAMIC vs COUPLE TAK ISLAMIC

By : terataiputih

Sekadar senda gurau tapi ada nilai yang perlu diteliti dan direnungi.. ni soklan dari dalam hati dan akal penulis serta dijawab sendiri oleh hati dan akal penulis berdasarkan pengalaman dan pembacaan sebelum ini.. mungkin ada yang terkena dekat batang hidung sapa2.. penulis mintak maaf.. mana yang baik jadikan teladan.. mana yang kurang sesuai jadikan pengajaran.. persoalan penulis pada couple Islamic dan couple tak Islamic sama je.. Soklannyer : Boleh tak korang terangkan, apa beza jenis couple korang; couple Islamic dan couple tak Islamic? Maner satu lebih baik?

Couple Islamic jawab.. Kte org bukan mcm dyeorg, dyeorg dah taw y antara pompuan dan lelaki xleh pegang tangan, xleh sentuh2.. kami Islamic, kami taw suma tu x bole.. so kami xwat pun macam couple x Islamic. Kami keluar makan ke studi ke x pernah tersentuh pun.. kami jaga batasan kami..

Couple tak Islamic plak jawab.. ala sama je laa, dah nama pun couple, x sentuh ke sentuh.. lebih kurang kteorg jgk.. lagi teruk adalah, konon bawak image Islamic.. hampeh dan haprak lagi dari kteorg ada laa.. at least kte org x tunjuk yang kita org ni alim.. so nak wat dosa pun xda laa bersalah sangat.. kompius btul laa.. Islamic tunjuk laa cara Islamic.. xyah couple terus..

Couple Islamic tambah lagi.. eh, jangan samakan kte org dengan korg k. kte org nk bckap pun ada batas.. korang duk panggil sayang laa abang laa.. ingat kompem ke sayang or abang korang tu pasangan korg sampai akhirat nnt? Kte org dah istikharah.. dah yakin pilihan ni yg terbaik.. x macam korang.. Ada pulak yang berpapa bermama.. eei.. korang ingat pilihan korang ni btul2 terbaek ke untuk anak2 korang? Insaf laa.. pilih ibu atau bapa yang boleh didik anak2 korg nnt.. kalu tak.. menyesal, membesar jadi cam korang ni laa.. x tinggi ilmu agama.. x taw undang2 dan ajaran Islam.

Couple tak Islamic menjawab.. adeh.. patut kteorg gelak ke kteorg kutuk ni.. x payah nak sebut laa pasal solat istikharah ke solat apa ke.. apa korg ada buat solat taubat? Kater taw sangat undang2 Islam, ajaran Islam.. taubat laa wei.. kteorg memang jahil.. rendah ilmu agama.. tapi kteorg taw laa kasih-sayang tu macam mana.. at least anak kteorg nnt xda laa jadik mcm korang ni.. berlagak je lebih.. ustaz ustazah laa konon.. still rendah laa martabat korg kalu buat apa yang kteorg buat.. apa setakat ganti nama ana-enti tu ada beza laa abang-sayang? Blah la wei.. jangan malukan imej Islam yg korg bawak.. lagi burukkan pemandangan ada laa.. berkopiah, berjubah.. pakai tudung labuh tapi keluar dating.. urgh.. xleh terima langsung..

Couple Islamic.. sekurang-kurangnya kteorg tutup aurat sempurna.. ikut sunnah Rasulullah.. xda laa pakai apa y korg pakai ni.. memang jelas salah.. yang pompuan, tudung kene tutup paras dada.. baju xleh pakai ketat2.. yang lelaki, seluar tutp lutut.. baju pakai yang xda lambang2 x senonoh.. logo ntah pape.. tengok kteorg, sejuk mata memandang.. berkopiah, berjubah.. kalu keluar pun, lepas dah solat.. incase time dah keluar baru azan, kteorg pegi solat kat masjid2.. korg selagi time solat xabes, selagi tu korg x ingt nak balik.. mayb esampai lupa nk solat.. solat tiang agama.. x solat runtuh laa tiang agama..

Couple tak Islamic balas balik.. maner korg taw kteorg x solat? Kteorg taw laa maner y wajib kne buat.. seingat kteorg laa kn, ustazah zaman sekolah dulu ada ckp, solat mencegah perbuatan keji dan mungkar.. memang kteorg jahil, solat tak khusyuk.. sbb tu kteorg x sehebat korg yg belajar agama ni.. tapi kalu dah korg pun couple macam kteorg.. tak ke solat korg sama cam kteorg jgk? Solat ceroi.. sbb tu x tercegah perbuatan mungkar ni.. mengata dulang paku serpih.. mengata kteorg, korg lagi lebih.. pasal pakaian tu hak individu ok.. terserah laa.. x salah pun kalu kteorg pakai t-shirt ke blouse ke.. tak kater pun wajib pakai jubah dengan kopiah kan?

Couple Islamic makin panas.. apa-apa pun korg memang lagi teruk dari kteorg.. tengok je laa.. kalu sms ke mesej ke ym ke.. ad korg ingat-ingatkn antara korg.. jgn duk asyik tanya dah mandi belum.. dah makan belum.. tengah buat ap laa.. macam2.. cuba tengok kteorg.. mesej nk ingtkn pasal waktu solat.. pasal muhasabah diri.. pasal qiamullail.. pasal motivasi, nasihat2 dan ingatan.. dalam sehari mesti kteorg ingatkn partner kteorg psl kehidupan, kematian, pasal Allah..

Couple tak Islamic dengan sinisnya.. so? Dah bagus la kiranya tu? Tak dapat diterima dek akal laa.. so? Bila saling ingat-mengingati pasal solat pasal qiamullail, nasihat-menasihati pasal kehidupan.. apa korg buat sebab partner korg laa? Bukan sbb memang Allah yang suruh? Korg lebih tahu hakikat korg.. eleh.. bangun tidur terus tengok mesej partner.. dah solat subuh? Semalam qiam tak? Apa.. korg ingt bila korg wat camtu, elok sangat la? Bangun sbb mesej dr pakwe, solat sbb ingatan dr pakwe.. erk.. meluat btul la.. sama je la korg ni.. tak lebih, tak kurang dr kteorg.. makin dahsyat ada laa..

P/S : walau apa pun pandangan korg.. walau apa pun pendapat korg nak pertahankan status masing2.. ingat lah bahawa ONLY NIKAH CONNECTING PEOPLE.. there is NO COUPLE IN ISLAM.. xkesah laa title couple Islamic ke couple tak Islamic ke.. suma tu mengarut.. Allah dah berfirman; JANGANLAH KAMU MENDEKATI ZINA. Maknenye, bukan berbuat zina tapi larangan membuat apa jua perkara yang bakal membawa kepada zina.. ingatlah ANTARA LELAKI DAN WANITA PASTI WUJUD YANG KETIGA IAITU SYAITAN.

Syaitan laknatullah ni dah bersumpah akan menyesatkan anak2 Adam hingga ke hari kiamat.. dan jangan lupa MATI ITU PASTI.. Cuma masanya belum diketahui. So, kalu raser nak bertaubat, DO IT NOW.. sbb maybe not less in five minutes after this, you are no longer breathing.. penulis mintak maaf byk2 kalu kater2 dan ayat2 penulis kasar atau terasa melampau. Penulis bukan insan sempurna, penulis jugak banyak khilaf dan dosa.. moga Allah ampunkan dosa2 kita semua..

~~ Sesungguhnya ya Allah, kami tidak layak untuk syurga-MU, tetapi kami tidak pula sanggup menanggung siksa neraka-MU.. dari itu, kurniakanlah ampunan kepada kami, ampunkan dosa2 kami.. sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa2 besar.. redhailah kami ya Allah, bimbinglah kami ya Allah.. tunjukilah kami jalan-MU.. berilah kami hidayah-MU ~~

"LET'S COVER UP,COUPLE NOT"

Lontaran 11 : Doa dan Wirid Untuk Pelajar - Menjelang Peperiksaan

1. SURAH AL FATEHAH – Doa pembuka kepada segala urusan

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

2. SURAH AL ‘ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu


(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

3. SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan dan melegakan hati


(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy Jumat)


4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
Dibaca 11 kali dikala hendak ke kelas.


(Nasihat dari Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan
Allahyarham Syed Abdullah Assogoff)

5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati

doaterang hati2

“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambaMu dan pesuruhMu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat Baginda semuanya.”

(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

6. SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati

doabukahati

“Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.
Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.”

(Nasihat oleh Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)

doaallahredahusahakita

Telah bersabda Rasulullah: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

8. DOA MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL

doamudahfahamhafal

“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

9. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA



“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”

10. DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK

doadapatilham


“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”

11. DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN

doatambahilmupengetahuan

“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).

12. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH

wiriddapatilmudgnhikmah

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah”

13. WIRID UNTUK PELAJAR
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.

wiridtukpelajar

“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”

(Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy)

14. DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH

wiridtukdapathikmah

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”.

(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

15. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block)
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan

wirid ketika gelapfikiran


“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”

Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.

16. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI

wiridtukjadibijakpandai

Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat

“Wahai Tuhan Yang Maha Pandai”

Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.


17. WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN

wiridtuklihatygdirahsiakan


“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.

Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek.

last doa

Monday, September 20, 2010

Lontaran 10 : Jadual Peperiksaan UPSR 2010 dan Tips untuk ibubapa

Berikut adalah jadual peperiksaan UPSR 2010 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Selasa (21/9/2010)

1. 8.15 am – 9.05 am : Bahasa Melayu Pemahaman (Objektif aneka pilihan)

2. 9.45am - 11.00 am : Bahasa Melayu Penulisan (Subjektif)

3. 11.45 am – 12.25 pm : Matematik Kertas 2 (Subjektif)


Rabu (22/9/2010)

1. 8.15 am – 9.15 am : Matematik Kertas 1 (Objektif aneka pilihan)


Khamis (23/9/2010)

1. 8.15 am – 9.30 am : Sains (Soalan aneka pilihan dan Subjektif)

2. 10.15 am – 11.05 am : Bahasa Inggeris Kertas 1 (Objektif aneka pilihan)

3. 11.45 am – 1.00 pm : Bahasa Inggeris Kertas 2 (Subjektif)

4. 2.15 pm – 3.45 pm : Ujian Aptitud Tahun Enam (Objektif aneka pilihan)


Peringatan untuk calon peperiksaan :

1. Calon hendaklah berada di tempat duduk dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.

2. Calon hendaklah meletakkan Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan atau Borang Perakuan Calon Peperiksaan UPSR atau Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada Pengetua/Guru Besar. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.

3. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

4. Calon dikehendaki menggunakan pensel 2B atau BB sahaja.

5. Calon hanya boleh menggunakan getah pemadan jenis lembut sahaja.


Bila peperiksaan besar sebegini selalunya ibubapa lebih panik daripada anak-anak. Jangan panik tetapi cuba usaha sesuatu bagi membantu anak jadi lebih tenang antaranya. Berikut tips persediaan ibubapa untuk anak-anak yang menduduki peperiksaan UPSR.

1. Solat hajat kerana doa ibubapa lebih afdal berbanding doa iman, bilal dan guru-guru.

2. Baca Yassin setelah solat subuh dan hadiahkan untuk anak kita yang akan menghadapi peperiksaan.

3. Puasa sunat untuk mengiringi anak yang sedang menjawab peperiksaan.

4. Banyakan sedekah walau sedikit mana sekali pun.

5. Pastikan anak-anak tidur awal sebelum jam 11.00 pm.

Selamat menduduki peperiksaan UPSR untuk semua calon dan semoga berjaya mendapat 5A dengan izin Allah.


Kredit -
http://denaihati.com

Tuesday, September 14, 2010

Kisah Tauladan 6 : Kita terlalu bermewah dibulan puasa....

Sekadar renungan… peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

“Mana emak? ”
“Mak pergi menoreh,” jawabnya.
“Mana bapak?”
“Bapak pergi kerja…”
“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.
“Awak ada berapa orang adik-beradik? ”
“Sepuluh.”
“Adik ni yang ke berapa?”
“Saya yang kelapan.”
“Mana abang-abang kamu pergi?”
“Tolong emak menoreh.”
“Adik puasa hari ini?”
“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”
“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.
“Bapak kerja apa?”
“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”. Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..”

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

“Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”
Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”
“Cuma RM3.00 sehari.”
“Ayahnya bekerja macam mana”
“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Written by izo...

Monday, September 6, 2010

Kisah Tauladan 5: Sepohon Epal Daunnya Lebat

apple-tree

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.

“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…

Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.

“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.

” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.”

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu.”

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,” jawab lelaki tua itu.”

Jika begitu, istirehatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

Written by Izo

Sunday, September 5, 2010

Kisah Tauladan 4: Letak Jawatan CEO Untuk Berniaga!

Kuew Teow Goreng

Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku. Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku adalah guru.

Alhamdulillah.. aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan… dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.

Selepas bertungkus-lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air.. sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.

Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke Penolong Pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut. Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia.

Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah… aku dilantik sebagai Pengarah Urusan.

Aku bekerja siang dan malam… bertungkus lumus… dunia aku hanyalah di pejabat. Sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.

Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini akhirnya berbaloi…. aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah… Syukur Alhamdulillah.

Dalam usia 46 tahun sebagai CEO…. aku mula terasa kehilangan sesuatu!

Kebahagiaan keluarga….

Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus… yang sulung dah tak macam orang… rambut warna merah… bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi.

Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana… Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak meeting…. main golf pun bincang pasal kerja…. dinner pun meeting lagi!… sampai tiada masa untuk bersolat!

Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif aku… sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik…. kekadang buat … kekadang terlupa… masyaAllah! Setiap hari ada saja temujanji bersama client aku dari Jepun.

Aku mungkin kaya…tetapi jiwa aku kosong…kadang kala jiwa aku tertekan!

Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat…. aku menangis… aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali.

Selang seminggu aku bernekad…! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO.

Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis…. tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO… tetapi menangis kerana gembira… mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!

Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Teow Goreng..!

Aku diketawakan oleh mereka….tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew teow goreng!

Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang… bersebelahan dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.

Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari ketiga dapat RM220.00 sehari…. Alhamdulillah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00 sehari.

Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras… dari 2 gerai aku membuka 3.. dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60,000.00 SEBULAN. Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Teow sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama.

Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang ‘hilang’. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku cuma memantau… atau lebih kurang jadi ‘chairman’…. dan anak-anak aku sebagai Directornya…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sekali-sekali aku melihat jam di tangan. Oh, baru pukul 2.30.. lambat lagi nak balik. Cepat la sikit pukul 5.00… bolehla aku berangan lagi… Beginilah kehidupan aku seorang kerani kerajaan…

Hehehe… :D

Moral Cerita:
- Angan-angan kosong tak mungkin kesampaian jika tidak disertakan dengan usaha.
- Berniagalah kamu kerana 9/10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan.
- Jangan kuat berangan sewaktu bekerja…nanti bos marah.
- Sesibuk mana pun anda…jangan anda abaikan keluarga tercinta.

Written by Izo