SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Tuesday, October 26, 2010

Lontaran 14 : Mengawal Emosi Dan Minda

Kebanyakan orang berfikir bahwa semua yang berlaku dalam minda kita dan tahap emosional kita adalah sesuatu yang tidak dapat dikawal bahkan terlalu susah untuk dikawal.
Sebenarnya, Anda sendiri yang membiarkan emosi menguasai Anda berhadapan dengan situasi meruncing. Anda tak tahu bagaimana mengawal emosi diri sendiri.

Oleh sebab itu, Anda mudah marah, naik hangin tetiba, kecewa, mudah tersentuh, rasa rendah diri dan mudah jauh hati, patah hati (atau bengkok hati?alamak..) bahkan mudah menyalahkan takdir bila sesuatu permasalahan yang maha berat menimpa Anda secara tiba-tiba.

Sebenarnya, Anda mampu mengawal emosi. Saya percaya Anda mampu menjadi orang yang bijak mengawal emosi.

Cemana? Dengan mula melatih diri mengawal arus minda. Arus minda boleh dikawal dengan bertenang, kawal pernafasan dan kawal tindakan .

Anda mampu mengawal semua apa yang ada di dalam pemikiran Anda, tanggapan Anda dan mampu membiarkan emosi energetik meresap ke dalam diri Anda hingga Anda melakukan sesuatu yang penuh drastik, fantastik dan luar biasa hebat.

Rasa tertekan takde sebenornye, ia terjadi kerana Anda mencipta rasa tertekan tu dan membiarkan ia menguasai emosi Anda dan membisikkan pada hati Anda bahawa Anda yang Anda adalah seorang yang tertekan.

Lebih banyak fikiran Anda “layan” rasa tertekan, lebih teruk ia akan jadi. Law Of Attraction memainkan peranannya serta merta.

Ia menarik lebih banyak situasi yang membuatkan Anda tertekan, tertekan lagi dan lagi tanpa henti. Nak ke camtu?

Kesan dari itu, anda langsung tak bermaya, lembik aja. Selain itu, Anda juga menganggap diri Anda sebagai seorang yang penuh tekanan bukannya orang yang boleh handle rasa tertekan.

Saya ada cara tersendiri bagaimana mahu belajar mengawal emosi dan bagaimana handle tekanan. Baca baik-baik, saya akan kongsikan di sini.

Terlebih dahulu, Anda perlu latih diri untuk jadi seorang yang tenang pada setiap masa, be in control. Luangkan 10 minit dalam sehari untuk melatih minda Anda bertenang melalui meditasi. Zikir, adalah cara paling baik.

Kata lain bagi meditasi ialah tafakur, duduk diam dan menutup mata lalu merehatkan badan untuk bertenang. Ia tidak bercanggah dengan mana-mana agama dan sesuai untuk semua bangsa mahupun semua golongan usia.

Senang saja, cari tempat yang tenang tanpa gangguan, duduk bersila atau menyandar, tutup mata, niatkan dalam hati Anda mahu bertenang, katakan pada diri Anda yang Anda mahu relaks, jadi semakin relaks, relaks dan terus relaks.

Beritahu minda yang Anda mahu berada dalam keadaan santai. Cuba bertenang, setenang yang mungkin, sesantai yang mungkin. Bernafas slow-slow dan jangan buat apa-apa.

Bila Anda sudah selalu mengamalkan meditasi dan selalu berlatih menenangkan diri di tempat sunyi, emosi Anda jadi lebih terkawal. Anda tidak mudah rasa tertekan dan tidak mudah menyalahkan takdir atas masalah yang menimpa.

Seperti yang saya katakan dulu, minda menjadi kuat jika kita selalu berada dalam keadaan tenang, relaks, be in control dan selalu mengamalkan zikir mahupun meditasi. Kebijaksanaan akan hilang jika kita berada dalam kelam kabut, tertekan dan marah.

Bila bertenang setiap masa, takkan mudah bagi emosi buruk menguasai diri Anda. Anda juga secara automatik takkan mahu mendengar kata-kata nista, caci maki, kata-kata kesat dan yang seumpama umpatan.

Mengikut Law Of Attraction, kita adalah apa yang kita fikirkan.

Untuk menjadikan diri Anda seorang yang terkawal emosinya, katakan pada diri rasa tertekan tu takde kena mengena dengan Anda dan ia hanyabersifat sementara saja. Cuba katakan..”

“Hek eleh.. mana pula bila tertekan terus lemah longlai, terus tak bersemangat. Tak de kaitan langsung. Alaaa.. mengada-ngada aje tu”

Selalulah berfikir perkara-perkara yang mendamaikan, yang indah, yang menggembirakan termasuk juga yang membahagiakan. Fikirkan apa yang selalu membuat Anda gembira. Eh, kenapa pulak?

Sebab, apa yang Anda fikir itulah yang akan jadi. Ia mungkin sekarang, lepas ni, mungkin esok atau dua hari akan datang.

Jadi berfikirlah tentang segala apa yang menggembirakan agar fikiran Anda menarik situasi-situasi yang menggembirakan, orang-orang yang boleh membuat Anda gembira dan benda-benda yang membuat anda girang setiap masa.

Jangan fikir rasa tertekan, walaupun sedikit,elak diri Anda dari pemikiran negatif. Be in control.

Bila Anda dalam keadaan tertekan, tukar segera fikiran tu. Terapkan emosi gembira dan energetik.

Cari seseorang untuk bercerita, buat sesuatu ataupun lihat keluar untuk mengambil udara segar. Dengan itu, emosi Anda menjadi lebih terkawal dari asyik memikir masalah dan menjadi lebih positif.

Latih diri Anda untuk mengawal emosi dengan menenangkan diri hari ini juga.

Relaks.

Lastly, Be cool.

See? kan lebih senang camtu?

artikel dari www.imotivasi.com

Sunday, October 17, 2010

Dokumen berkaitan Kemasukan ke SMT/V 2011

Bagi pemohon yang tidak dapat membuat permohonan secara online, sila muat turun Borang berkaitan Kemasukan ke SMT/V 2011 di bawah:

1) Borang Kemasukan dan

2) Borang Rayuan Kemasukan ke SMT/V 2011

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke SMT/SMV yang dipilih.



Lain-lain dokumen sebagai panduan:

1) Kursus-kursus yang ditawarkan di SMT/V 2011

2) Panduan Kemasukan

3) Senarai Sekolah

Lontaran 13 : "ADAB MENUNTUT ILMU"

Kebanyakan orang sekarang menuntut ilmu ibarat mendapatkan sebiji burger, ‘rakus’ dan kurang kesabaran. Berbeza dengan orang dulu-dulu dalam usaha mendapatkan ilmu, mereka rela bersusah payah, berjalan beribu batu, tapi kini tak perlu berjalan, macam-macam cara ada seperti emel, telefon, kenderaan dan lain-lain lagi. Seperti ulama hadits di zaman awal dulu, mereka mengembara jauh, hanya semata-mata untuk mendapatkan satu hadits. Tapi, jika kita bandingkan dengan manusia di dewasa ini, mereka membayar ratusan ringgit kepada seseorang pengajar, maka mereka mengharapkan sesuatu yang banyak dalam masa yang singkat, tapi tiada kesedaran yang tinggi. Itulah yang saya kata macam burger, dalam burger tu macam-macam ada.
Ketahuilah, walaupun anda membayar seseorang untuk mendapatkan ilmu, memanglah dari dasar ke-pengguna-an, anda ada hak untuk mendapatkan sesuatu, nak komen itu dan ini, namun dari segi NILAI ILMU dan ADAB, anda juga perlu tahu dan amalkan. Adab bagaimana? Mudah sahaja:
1. Jika pengajar atau mereka yang anda minta bantuan lambat memberikan jawapan atau sesuatu ‘ilmu’, anda perlu bersabar. Jangan berkata belakang, mengumpat atau mengeluh, jika tidak, mungkin ilmu yang mereka berikan tak berguna untuk anda.
2. Ikhlas di dalam menuntut ilmu
3. Tidak menghebahkan cacat-cela dan kekurangan guru/pengajar tadi. Simpan elok-elok keburukan mereka, dan berdoalah kepada Allah agar kekurangan mereka itu diganti dengan kebaikan. Ketahuilah, mereka pun manusia biasa!
4. Hormatilah ilmu walaupun ia secebis ayat yang mudah. Hmm, tapi jika anda perhatikan sekarang, begitu banyak ilmu yang mudah kita dapat, tapi satu pun tak memberi hasil kepada kita, kenapa? Itulah jawapannya, tidak ‘menghormati’ ilmu..
5. Manfaatkan ilmu yang ada sebaik-baiknya. Jangan disalahgunakan.
6. Semasa menuntut ilmu seperti di seminar, berikan perhatian kepada pengajar. Ini adalah satu adab.
7. Jika anda menuntut ilmu dan kemudian anda merasakan anda lebih tahu, lantas anda merendah-rendahkan orang itu, ketahuilah, secara tidak langsung anda merendah-rendahkan ilmu yang dimilikinya. Anda telah menghina ilmu. Tahukah anda? Ilmu yang manusia ketahui adalah milik dan dari Allah? Tidakkah berat kesalahannya jika kita menghina ilmu yang bernilai itu??
8. Balik dari seminar, jangan campak nota-nota, modul dan pemberian ’si guru’. Letaklah di tempat-tempat yang tinggi, atau sekurangnya di tempat yang sesuai. Simpan dan guna elok-elok. Hormatilah imu, hormatilah ilmu..
9. Bersabar di dalam mempraktikkan ilmu dan di dalam tempoh untuk mendapatkan hasil
10. Bersabar dengan ‘guru’ anda atau dengan mereka yang anda minta bantuan. Jika cara atau ‘tindakan’ mereka tidak bagus atau kurang disukai oleh diri anda, bersabarlah..
Walaupun apa yang saya katakan di atas amat mudah pada akal manusia, tetapi itulah, yang mudah inilah yang manusia tak peduli. Ya lah, ego, aku punya sukalah.. Tetapi, ketahuilah, ilmu yang baik akan memberikan kesan buruk dan tidak memberikan manfaat pun kepada anda jika anda tidak menjaga baik-baik dan tidak menghormatinya.
* Masa saya belajar dulu , saya tengok selepas final exam, ramai student membuang nota-nota dan buku ke dalam tong sampah. Ya lah, exam dah habis kan. Buang je lah, buat apa nak simpan-simpan. Aduhai, malangnya nasib ilmu. Hmm, adakah itu salah satu sebab mereka terus menganggur, susah mendapat kerja?? Satu balasan? Wallahu ‘alam, hanya Allah Yang Lebih Tahu.
Apakah kesan jika tiada ADAB?
Satu soalan yang baik.
Apa yang saya perhatikan, mereka yang ‘melaburkan’ ratusan ringgit untuk ke seminar perniagaan internet, susah atau ‘tidak dapat’ memulakan perniagaan mereka, atau tidak berjaya ( gagal? ) malah ada yang semakin kabur (blank)!! Mengapa ini terjadi?? Mudah sahaja tuan puan, mereka tidak ada adab di dalam menuntut ilmu. Mereka pergi ke seminar hanya semata-mata inginkan ilmu untuk hasil yang cepat, rakus, di dalam seminar tidak memberikan tumpuan, mencari cacat-cela pengajar dan menghebohkan kepada orang lain kekurangan ‘guru’ itu, tidak menghormati ilmu yang asas / mudah (kononnya dah expert lah) dan…. mengeluh, seminar tu “hype” jer lebih.
Akhirnya… Kerana tiada penghormatan kepada ilmu dan kepada ‘guru’ tadi, impian untuk menjadi usahawan internet terbengkalai, fikiran semakin kabur, tidak nampak jalan dan akhirnya terpengaruh dengan mereka yang dengki kepada si guru tadi untuk menyebarkan kekurangan si guru tersebut. Nah, bertambah-tambah keburukan si anak murid tadi gara-gara TIADA ADAB!
Beradablah, beradablah.. Walaupun anda membayar si guru tadi, adab tetap nombor 1. Mesti diutamakan. Inilah yang saya perhatikan mengapa yang pergi ke seminar, atau bertanya apa-apa dengan seseorang, mereka ‘tak berjaya’ kerana tiada adab di dalam menuntut ilmu. Ketahuilah, ilmu itu amat tinggi nilainya walau satu panduan dalam satu ayat. Anda tetap perlu menghormati ilmu itu dan juga mereka yang memberikan anda ilmu. Hormatilah mereka.. InsyaAllah, kejayaan akan datang menyusul.
“Oh manusia zaman sekarang, di mana budi pekerti-mu? Di manakah nilai jati-diri ketimuranmu? Di manakah dikau letak nilai kerohanian agamamu?? Ber-adablah dengan sesiapa sahaja yang memberikan ilmu kepadamu, jika kamu ingin berjaya!”.
Kesimpulannya,
BER-ADABLAH DI DALAM MENUNTUT ILMU. Sesungguhnya ilmu itu adalah milik Yang Maha Esa. Dapatkanlah ilmu dengan cara yang baik dan beradab.
Wallahu ‘alam.

Lontaran 12 : SBP + MRSM vs Encik Palanisamy

En. Palanisamy adalah pemandu bas sekolah berbangsa India di sebuah pekan kecil di pinggir laut Selat Melaka. Beliau mempunyai seorang isteri, suri rumahtangga sepenuh masa. Beliau ada 2 orang anak lelaki. seorang bernama Ganthan, seorang lagi bernama Rajan. Beza umur anaknya 1 tahun.

Keluarganya tinggal di pinggir kampung baru, sebuah rumah papan. Sebahagian papan dinding belakang macam dah nak lekang. Bumbung zinknya separuh dah berkarat. Tiada aerial astro atau aerial tulang ikan, cuma aerial televisyen jenis murah di bumbung. Laman rumahnya bersih dan ada pokok-pokok bunga yang cantik. Isterinya tentu rajin menjaga kebersihan dan rapi. Sekarang En. Palanisamy tinggal berdua sahaja dengan isterinya, sebab kedua anak lelakinya dah tiada..

Dah tiada? ke mana?


Kisahnya begini.. En. Palanisamy dulunya tidak bersekolah tinggi. Keluarganya tidak mampu untuk menyekolahkannya dengan pendapatan sedikit di estet, suatu masa dahulu. Dia sedar, dulu dia tiada peluang. Dia harap anaknya tidak lagi seperti dia.

En. Palanisamy amat mementingkan disiplin anak-anaknya sejak kecil. Anaknya tidak dibiarkan keluar merayau dengan rakan sekampung. Dia suka menunjukkan anak-anaknya contoh-contoh orang berjaya apabila dia membawa anaknya ke pekan. Dia amat sering berkunjung ke sekolah di mana anaknya belajar - dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Dia bertanya pada guru kelas, juga pentadbir sekolah tentang perkembangan akademik dan sahsiah anaknya. Dia juga selalu aktif dengan program sekolah dengan jawatan AJK PIBG.

Semasa di sekolah rendah, anaknya bersekolah di SJK (Tamil). Kedua anaknya dapat 6A, termasuk Bahasa Tamil. Dia sedar anaknya tidak akan dapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains MARA. Dia juga tahu tiada peluang anaknya untuk ke Kelas Rancangan Khas (KRK). Tak apa, dia masukkan anaknya ke sekolah kaca puri (feeder school) yang biasa.

Sekolah menengah yang dimasuki adalah sekolah yang amat rendah prestasi. Baru menjadi sekolah paling corot dalam negeri dalam PMR ketika itu. Bezanya adalah persekitaran sosial. Majoriti murid ketika itu 60:30:10. Murid Cina adalah majoriti, dikuti Melayu dan India. Kisah sekolah padat dengan kisah murid nakal yang suka bergaduh antara kaum dan vandalisme. Memang takut kalau nak masukkan anak ke situ. Malah terdapat ibubapa menukarkan anak mereka ke sekolah lain berhampiran.

Tetapi En. Palanisamy kenal guru-guru. Dia sering ke situ. Dia tahu guru-guru yang mengajar bukan tidak berpendidikan atau berkelayakan. Mereka dari menara gading, malah beberapa orang yang memiliki ijazah sarjana. Baginya, guru-guru memang bekerja, iaitu mengajar. Masalahnya cuma murid-murid.. mereka tidak bekerja.. mereka tidak suka belajar. Berapa ramai murid Cina yang tidak tahu bertutur dan menulis hingga tingkatan lima.. walau pelbagai program sekolah dilaksanakan.

En. Palanisamy ini amat mendisiplinkan anak-anaknya. Memang anak-anaknya terbukti baik tingkahlaku dan berbudi bahasa. Ganthan menjawat pengawas pusat sumber, adiknya Rajan pengawas sekolah. Mereka tidak rapat di sekolah, sebaliknya rapat dengan rakan-rakan yang rajin di kelas masing-masing. Mereka berkawan dengan semua orang, tetapi rapat hanya dengan yang mahu belajar. Itu memang pesan En. Palanisamy pada anak-anaknya. Bapa mereka selalu beri sokongan untuk mereka aktif dalam sukan dan kokurikulum. Ganthan ada penyertaan di peringkat kebangsaan, dan Rajan pernah wakil Malaysia dalam satu anjuran pihak swasta.

En. Palanisamy beragama Hindu. Dia bukan seorang sami yang 'alim', tetapi dia dan isterinya mengajarkan anak-anaknya asas beragama. Kehidupan yang bahagia datang dari hati yang bersih. Kemuliaan itu datangnya peribadi yang luhur. Kejayaan datang dari usaha yang gigih.

Sewaktu PMR, kedua anaknya mendapat 8A selang setahun. Sewaktu pendaftaran SPM, Ganthan berani mengambil 13 matapelajaran. Didorong ledakan sejarah Amelina dengan 17A-nya, Ganthan mencuba dengan 13. Ya, dia dapat 13A. Meletup sekolah dengan berita itu. Adiknya Rajan setahun kemudian mencuba 13 juga, tetapi dapat 11A dengan 2B. Kisah itu tidak berakhir di situ. Sekarang ada pula pelajar-pelajar baru dari sekolah jiran bertukar ke situ.

Dalam ucapan khas di sekolah kepada semua murid, Ganthan mengejutkan ramai orang dengan ucapan terima kasih tidak terhingga pada semua guru. Katanya, dia tidak pernah masuk kelas tiusyen di luar sekolah sepanjang 5 tahun. Bapanya tidak mampu.. bapanya berpesan, "tumpukan pelajaran pada pengajaran guru, kamu akan berjaya.. seperti mana kamu tumpu pada apa yang bapa didik kamu selama ini. Hormati mereka sepertimana kamu menghormati bapa dan ibu kamu".

Kini Ganthan di India, mengambil kursus ijazah perubatan dengan biasiswa. Rajan pula baru menamatkan matrikulasinya dengan jayanya. Moga mereka terus cemerlang dan berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.

Kisah ini adalah kisah benar.
- - - - - - - - - - - -----------

Oh ya.. mengapa saya cerita tentang ini? supaya kita sedar.. di mana kita berada, kita tetap boleh berjaya. Selagi kita berusaha bersungguh-sungguh, kita sedang di landasan yang betul. Mana yang lebih menarik? Dapat 8A di MRSM dan SBP yang hebat - atau - dapat 8A di sekolah biasa yang tanpa nama ?

fikir-fikirkanlah!!