SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Saturday, March 26, 2011

Catatan 8 : Tinggal Kenangan...buat Pn Hjh Nooraini Mohd Darus


Ura-ura mengatakan pengetua akan berpindah...telah pun menjadi kenyataan. Aduh!!..lepas sorang..sorang lagi warga PZ yang bertukar pada tahun ini. Demi tugas dan tuntutan kerja yang lebih memerlukan khidmat bakti Pengetua Cemerlang ini, beliau akur dengan kehendak JPNS, walaupun berat hati untuk meninggalkan SMK PZ yang terchenta...betul tak Pn. Hjh??? huhu...

Sebagai salah seorang staf bawahan beliau, berita tentang perpindahan tersebut amat menyedihkan...huhu...Walaupun yang pergi akan berganti....tapi, segala sifat keibuan yang ada pada beliau tidak mungkin ada pada orang lain. Bak kata Cikgu Malik.."boss yg disenangi...disegani... dan dihomati..... Sekejap bos..sekejap kakak....kadang2 cam member lak... Semoga Allah memberkati hidup boss sekeluarga. Terima kasih atas segala leteran, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang berkhidmat di PZ. PAKAI BAJU BERSIH. BOSS TERIMA KASIIIIIIH!!!! "

Walaubagaimanapun HM.. perpindahan ini bukan perpindahan yang dihambat...bukan perpindahan yang dirancang...dan bukan perpindahan yang tidak disukai...tetapi perpindahan yang sentiasa diingati seiring dengan kejayaan HM memacu PZ ke arah kecemerlangan.... Hari Pengumuman Keputusan SPM 2010 membuktikan HM bukan orang yang sambil lewa... Pelajar-pelajar PZ berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Dalam tempoh 6 tahun ini... tahun ini adalah tahun yang terbaik dalam keputusan SPM dengan peningkatan sebanyak 20% secara keseluruhan. Peningkatan ini bukannya datang dengan sendiri..tetapi HM lah orang yang bertanggungjawab membawa guru-guru dan pelajar-pelajar mencapai keputusan tersebut. Tahniah HM!!! dan tak lupa juga rakan-rakan dan pelajar-pelajar Pendeta Za'ba yang menjadikan PZ makin diminati.

Akhirnya HM...walaupun ke mana kita pergi... kalau kita intan...kita tetap akan berkilat, biarpun berada dalam air yang keruh. Ayuh HM!!..sama-samalah kita membawa generasi kita ke arah kehidupan yang lebih cemerlang..gemilang.. dan terbilang... InsyaAllah!!!!


HM...SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU......dari kami warga PZ!

Catatan 7 : Aktiviti-aktiviti UBK PZ

Setelah sekian lama saya tidak 'up date' blog ni...Alhamdulillah...dengan izinNYA akhirnya sy dapat menulis sesuatu diruangan ini. Dalam tempoh tersebut, banyak agenda sekolah yang telah dapat dilaksanakan...syukur kerana Allah telah mempermudahkan segala urusan...

Walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi, sy tetap menganggapnya sebagai satu cabaran dalam melunaskan tanggungjawab sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling. Nah!!...dengan izinNYA..kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan setugas, anak-anak pelajar yang dikasihi serta tidak lupa juga pengorbanan keluarga tercinta...segalanya berjalan lancar. Syukran Jazilan!

* Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar (4 - 6 Mac 2011)





Tahniah!! semua pemimpin pelajar menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tidak berbelah bagi. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan meniinggalkan kesan yang cukup mendalam dan sukar untuk dilupakan terutamanya.....

hehehehe.... 'mandi time'...

...ada yang berkata...cikgu, kalau boleh tak nak balikkkk!!!! cikgu, tahun depan kita datang lagi ye!!!....

sy berharap mereka dapat sesuatu yang berguna untuk diaplikasikan dalam menjalankan tugas disekolah..


* Program 'Hati ke Hati' (7 Mac 2011)
- peringkat daerah Seremban..dengan kerjasama MAPAN dan PPD Seremban

haishhh!!!...bila dilihat tajuknya, macam-macam yang difikirkan...bagaimana bentuk program tersebut. Rupa-rupanya..apa yang hendak disampaikan dalam program ini adalah sesuatu yang cukup bermakna. Sasarannya adalah pelajar berisiko + pelajar sederhana risikonya - lebih kurang 200 pelajar daripada sekolah yang berhampiran.

..dan yang lebih penting luahan hati pelajar-pelajar tersebut yang digarap dalam bentuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Bagi sy...slot ini telah tercapa objektifnya dan selari dengan tajuk program tersebut.


selain itu, pameran turut diadakan untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar sasaran.

....LDK - 20 kumpulan yang bantu oleh 20 orang fasilitator.

Majlis Penutup program ini telah disempurnakan oleh Pn. Maznah bt Abu Bakar (Timbalan PPD Seremban).


Apa yang sy harapkan..luahan 'hati ke hati' ini memberi satu sinar kepada pelajar-pelajar tersebut untuk membuat perubahan pada diri mereka masing-masing.. Semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk menjadi insan yang berguna kepada agama , bangsa dan negara...InsyaAllah!!