SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Wednesday, April 27, 2011

Catatan 10 : Salam Perpisahan Buat Sahabat....

Betapa sedih hati ini, pabila menerima berita perpindahan dua sahabatku yang rapat... Zamnah dan Kak Ani. Apakan daya... perpindahan mereka bukan perpindahan kecewa.... tapi perpindahan yang dipinta untuk perkembangan kerjaya . Walaupun berat hati ini menerima berita tersebut, demi masa depan mereka, aq akur jua. Entahlah... aq dapat berasakan semacam sesuatu yang berharga telah hilang dari ku... Kak Ani, Zam.. selepas ini, tiada seorang lagi teman untuk ku berkongsi cerita, tiada seorang lagi teman untuk ku bergurau senda, tiada lagi seorang teman untuk ku berkongsi citarasa...dan sudah pastinya... tiada seorang lagi teman untuk ku berposing sentiasa...


**Kak Ani..maaf pic kita berdua Xde lah...

Untuk Kak Ani dan Zamnah.... hanya lagu ini dapat menceritakan betapa kita pernah sejiwa dalam banyak perkara....



Sekalung tahniah buat dua sahabatku....namun jangan lupa sahabat mu ini masih di sini....

Thursday, April 14, 2011

Catatan 9 : Jangan Bersedih...

Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat
Jangan bersedih, setiap sesuatu telah ada qada dan qadarnya
Jangan bersedih, kerana kelapangan pasti datang
Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah
Jangan bersedih, memaafkan orang yang menyakiti itu lebih baik
Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yang ada pada diri kita
Jangan bersedih, dunia ini tidak layak ditangisi
Jangan bersedih, banyak cara untuk mengusir kesedihan
Jangan bersedih, anggaplah celaan orang itu sebagai angin yang lalu
Jangan bersedih , hinaan tidak selamanya buruk
Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik
Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada orang lain
Jangan bersedih, keranan banyak lagi jalan untuk meringankan musibah
Jangan bersedih, masih ramai orang yang menyayangi anda
Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain
Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kemarin dan esok
Jangan bersedih, kesedihan boleh merosakkan badan dan akal fikiran
Jangan bersedih, kerana hidup ini bukan untuk bersedih
Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah
Jangan bersedih, segala yang ada di dunia ini tidaklah berharga
Jangan bersedih, nikmatilah apa yang anda miliki sekarang
Jangan bersedih, boleh jadi cubaan ini adalah anugerah
Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain
Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat
Jangan bersedih, kehidupan ini lebih singkat dari yang kita jangkakan
Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira
Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih
Jangan bersedih, kerana…segalanya akan berakhir..insya-Allah

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ

Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Ali Imran : Ayat 139

Apabila dilanda musibah, Allah mengajar manusia ;

“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :’Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji’uun.’” (al-Baqarah 2:156)

Mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram.

“Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (al-Ra’ad 13:28)

Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (al- Baqarah 2: 286)

InsyaAllah. Wallahua’lam