PERHATIAN
Monday, March 26, 2012
BULETIN UBK 1/2012
Alhamdulillah...akhirnya buletin UBK telah disiapkan dengan sempurna. Klik di sini untuk dilihat,
Harap maaf...terdapat beberapa bahagian dalam buletin yang anda lihat tidak sama dengan buletin asal kerana masalah penyesuaian font di laman scribd
Saturday, March 24, 2012
UJI MINAT KERJAYA ANDA...
Profil Minat Kerjaya TAJMA merupakan satu set alat ukur psikologi yang dibina untuk mengukur 6 pola minat kerjaya iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Keusahawanan (Enterprising) dan Konvensional. Tiada had masa yang ditetapkan untuk mengambil alat ukur minat kerjaya ini, purata masa yang digunakan untuk mengambil alat ukur ini ialah di antara 10 hingga 15 minit sahaja.
Semua soalan yang dikemukakan mestilah dijawab dengan jujur dan ikhlas memandangkan tiada jawapan yang “BETUL atau “SALAH". Sebaiknya memberikan jawapan yang pertama kali terlintas dalam fikiran. Terdapat empat kategori dalam soalan profil minat kerjaya ini iaitu; Kesukaan, Kecekapan, Pekerjaan dan Penilaian Kendiri.
Semakan juga boleh dibuat di portal Selangkah Ke UiTM.
Monday, March 19, 2012
PERMOHONAN KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (KPLSPM)
Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan ini memang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun. Status pengambilan ke Institut Pendidikan Guru pada tahun ini menjadi tanda tanya pada awalnya.
Syarat Asas
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat
- Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN
- Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Satu mata pelajaran yang lain serta;
- Lulus Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
Program Pengajian
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
- Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
- Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 18 bulan atau 3 semestar di institusi yang ditetapkan.
- Calon mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang ditawarkan adalah berdasarkan sekolah seperti berikut;
Sekolah Kebangsaan (SK)
- Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
- Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
- Bahasa Cina Pendidikan Rendah
- Bahasa Arab Pendidikan Rendah
- Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah
- Bahasa Iban Penddikan Rendah
- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
- Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
- Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
- Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
- Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
- Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
- Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
- Matematik Pendidikan Rendah
- Sains Pendidikan Rendah
- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
- Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
- Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
- Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
- Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
- Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
Sekolah Jensi Kebangsaan Tamil (SJKT)
- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
- Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
- Matematik Pendidikan Rendah
- Sains Pendidikan Rendah
- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
- Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
- Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
- Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
- Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
- Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
Cara Memohon
- Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2012. (hanya dibuka mulai 22 Mac 2012)
- Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai 22 Mac 2012.
- Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
- Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 ini akan ditutup pada 5 April 2012.
Maklumat
- Maklumat lebih lanjut akan diberikan selepas 22 Mac 2012.
- Sila rujuk laman web Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan Jun 2010 dan Jun 2011 sebagai panduan.
- Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
- BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/ 1242/ 1245 - URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu,
Sabah
Telefon : 088 236804 - URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching,
Sarawak
Telefon : 082 258045
http://eputra.com/permohonan-kursus-perguruan-lepas-spm-kplspm-ambilan-jun-2012/
- BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Friday, March 16, 2012
PERMOHONAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA)
Permohonan ke KPM, KKTM, IKM, GMI, UniKL, KPTM, KM Sesi Julai 2012
Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Julai 2012.
Senarai Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
- Kolej Profesional MARA (KPM)
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
- Institut Kemahiran MARA (IKM)
- German Malaysian Institute (GMI)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
- Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
- Kolej MARA (KM)
Program Pengajian
KOLEJ PROFESIONAL MARA
-
Program Intensif Persediaan (PIP), pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Pra Diploma, Diploma, Foundation & Higher National Diploma (F&HND)
UNIVERSITI KUALA LUMPUR
-
Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Diploma dan Ijazah
KOLEJ POLY-TECH MARA
-
Pelbagai bidang pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah dan Profesional
INSTITUT KEMAHIRAN MARA
-
Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Sijil Kejuruteraan dan Teknologi
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
-
Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Diploma Kejuruteraan dan Teknologi
GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE
- Pelbagai bidang pengajian peringkat Diploma
KOLEJ MARA
- Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PKS-UMK)
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon adalah bergantung kepada institut dan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk Syarat Kelayakan Memohon.
Kategori pemohon adalah berdasarkan kepada kelayakan pemohon seperti berikut :‑
- Pemohon yang menggunakan keputusan SPM/SPMV / Setaraf dengannya.
- Pemohon lepasan SPM dan Sijil mengikut bidang yang dipohon.
- Pemohon lepasan SPM dan STPM.
- Pemohon lepasan SPM dan Diploma/Higher National Diploma / Setaraf
Kriteria Pemilihan
Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑
- Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
- Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
- Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
- Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.
Tajaan Pengajian
Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM, IKM dan KM (PKS-UMK) yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun sara hidup akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.
Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online.
Pengambilan pelajar Lepasan SPM untuk program Sijil & Diploma untuk IKM dan KKTM bagi sesi pengajian Julai 2012 perlu dibuat melalui UPU. Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2012 / 2013.
Tarikh Tutup
Permohonan kemasukan secara atas talian ke Institut Pendidikan MARA IPMA Sesi Julai 2012 ditutup pada 20 April 2012.
Maklumat
- Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja.
- Sila rujuk iklan Permohonan IPMa dan laman web Unit Pusat Institusi MARA untuk maklumat lanjut.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Institut Pendidikan yang berkenaan atau layari laman web mereka seperti berikut :
- Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)
Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
Tingkat 12,
Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
Tel: 03-2613 4075 / 4076 / 4077 / 9010 / 9011
e-mel : upim@mara.gov.my
Laman web : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/ - Universiti Kuala Lumpur Bahagian Hal Ehwal Akademik 1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel: 03-2175 4000 Faks: 03-2175 4001
e-mel: enquiries@unikl.edu.my
Laman web : www.unikl.edu.my dan www.admission.unikl.edu.my
- Kolej Poly-Tech MARA
Bahagian Pemasaran Korporat Kolej Poly-Tech MARA
Jalan 6/91,
Taman Shamelin Perkasa, Cheras,
56100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9285 6033 / 9281 0762 Faks: 03-9281 2545
e-mel: marketing@kptm.edu.my
Laman web : www.kptm.edu.my - Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA
Tingkat 20 & 21,
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
Tel: 03-2613 4605 / 4612 Faks: 03-2691 4510
e-mel: upimikm@mara.gov.my
Laman web : http://www.ikm.edu.my/ - German-Malaysian Institute
Jalan Ilmiah,
Taman Universiti,
43000 Kajang, Selangor
Talian Umum: 03-8921 9191 / 9322 / 9288 Faks: 03-8921 9003
e-mel: enquirygmi@gmail.com
- Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)
Tuesday, March 13, 2012
BIASISWA BANK NEGARA MALALYSIA SESI 2012/2013
Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa rakyat Malaysia yang layak untuk memohon Anugerah Biasiswa Bank Negara untuk sesi akademik 2012/2013 bagi mengikuti pengajian dalam beberapa bidang yang terpilih bagi peringkat pengajian pra-universiti, ijazah pertama dan pasca siswazah.
Kategori Permohonan Biasiswa BNM
Permohonan untuk Anugerah Biasiswa Bank Negara ini dipecah kepada tiga kategori iaitu;
- Biasiswa Pra-Universiti
- Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian)
- Pasca Siswazah (Sarjana / Kedoktoran (PhD))
Biasiswa Pra-Universiti
Bidang Pengajian
- Ekonomi, Perakaunan, Sains Aktuari, Perbankan dan Kewangan, Kewangan Kejuruteraan, Undang-Undang, Syariah dan Matematik
Peringkat Pengajian
- Cambridge A-Level, American Foundation Program, Australian Matriculation, International Baccalaureate Diploma Programme
Kelayakan Minimum
- Lulus peperiksaan SPM 2011 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8A (A dan A+ sahaja)
- Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2012
Kelayakan Tambahan
- Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
- Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
- Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
Permohonan
- Secara atas talian di Portal Permohonan Biasiswa Bank Negara.
Tarikh Tutup
- 29 Mac 2012
- Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti luar negara akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian)
Bidang Pengajian
- Ekonomi, Perakaunan, Sains Aktuari, Perbankan dan Kewangan, Kewangan Kejuruteraan, Undang-Undang, Syariah dan Matematik
Lokasi Pengajian
- Universiti-universiti Dalam dan Luar Negara
Kelayakan Minimum
Lulus dan memenuhi salah satu kriteria di bawah:
- STPM / A-Level – Mendapat sekurang-kurangnya 2 A dan 1 B ; ATAU
- Diploma / Matrikulasi – Mendapat Purata Agregat Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) sekurang-kurangnya 3.50 ; ATAU
- South Australian Matriculation – Mendapat sekurang-kurangnya ATAR 85% ; ATAU
- American Foundation Program – Mendapat sekurang-kurangnya 1200 bagi SAT1 ; ATAU
- Bagi calon-calon yang sedang menuntut di universiti yang diiktiraf BNM dalam pengajian peringkat Ijazah Pertama – Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dalam peperiksaan yang terbaru.
DAN
- Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2012
- Telah ditawarkan untuk mengikuti kursus Ijazah Pertama (Kepujian) dalam tahun 2012 di universiti yang diiktiraf mengikut senarai BNM
Kelayakan Tambahan
- Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
- Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
- Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
Permohonan
- Secara atas talian di Portal Permohonan Biasiswa Bank Negara.
Tarikh Tutup
- 20 Mac 2012
- Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
Pelajar yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti samada di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh BNM layak untuk memohon.
Biasiswa Pasca Siswazah (Sarjana / Kedoktoran (PhD))
Bidang Pengajian
- Economics, Econometrics, Monetary Economics, International Economics, Banking and Finance, International Finance, Quantitative Finance, Law, Banking and Finance Law, International Law, Shariah, Risk Management dan Forensic Accounting
Lokasi Pengajian
- Universiti Dalam dan Luar Negara
Kelayakan Minimum
- Mendapat keputusan Kelas Pertama Ijazah Pertama (Kepujian) / Ijazah Sarjana atau yang setaraf daripada universiti yang diiktiraf di dalam atau luar negara
- Mengambil kursus yang memberi nilai tambah kepada fungsi dan peranan Bank Negara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 30 tahun bagi Ijazah Sarjana dan 35 tahun bagi Ijazah Kedoktoran pada 1 Julai 2012
- Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Telah ditawarkan tempat untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana atau Kedoktoran dalam tahun 2012 di universiti yang diiktiraf mengikut senarai BNM
Permohonan
- Secara atas talian di Portal Permohonan Biasiswa Bank Negara.
Tarikh Tutup
- 20 Mac 2012
- Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
Mereka yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran (PhD) di universiti-universiti samada di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh BNM layak untuk memohon.
Maklumat
- Maklumat di atas adalah panduan ringkas sahaja.
- Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi talian bantuan permohonan biasiswa BNM di 03 2691 5963 atau emel scholar@bnm.gov.my
- BNM juga boleh dihubungi melalui talian 03 2698 8044 atau 1300 88 5465 atau SMS ke 15888 BNM Pertanyaan Anda atau email bnmtelelink@bnm.gov.my
- Di samping itu rujuk juga Facebook dan Twitter rasmi Bank Negara Malaysia