SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Wednesday, August 21, 2013

SAYU HATI BACA KISAH INI


Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11tahun. Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu.

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya".

Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.

Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya....Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?

Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini...semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...

"Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"...

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahualam.

Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yg sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor
kredit: http://anakmuaallaf.blogspot.com/2013/08/sayu-hati-baca-kisah-ini.html

Friday, August 16, 2013

NABI MUHAMAD SAW PADA PANDANGAN MEREKA




*** Lamartine, Histoire de la Turquie, Paris 1854, Vol II, hal. 276-77: 276-77.  Seandainya, kehebatan matlamat, kekecilan maksud dan keputusan menakjubkan adalah 3 ciri orang genius, siapakah yang sanggup membandingkan mana-mana manusia hebat dalam sejarah modern dengan Muhammad?? Lelaki ini bukan sahaja menggerakkan tentera, undang-undang, kerajaan, rakyat dan dinasti, tetapi juga menggerakan berjuta-juta manusia, dan lebih dari itu juga, lelaki ini telah membawa agama, idea, kepercayaan dan jiwa...  Wolfgang Goethe Dia (Muhammad) adalah rasul dan bukan nya penyair, dan sebab itu lah Al-Quran perlu dilihat sebagai peraturan Tuhan, bukannya sebagai buku manusia yang dicipta untuk pelajaran atau hiburan. 

Boswerth Smith, Mohammad and Mohammedanism, 1874, p.92.   Dia (Muhammad) adalah ketua negara dan juga pemimpin agama yang bergabung menjadi satu,, dan dia adalah pemimpin agama tanpa keangkuhan dan ketua negara tanpa pasukan tentera yang siap dilatih untuk bertempur, tanpa istana, tanpa pengawal keselamatan, tanpa pendapatan (hasil) tetap.. Tetapi, jika ada seorang manusia yang layak dikatakan sebagai pemerintah yang memerintah mengikut ajaran Ilahi yang betul, maka itu adalah Muhammad kerana dia memiliki semua kuasa tanpa kelengkapan dan sokongan untuk mendapat kuasa tersebut.

Diwan Chand Sharma;   Muhammad adalah jiwa kebaikan, dan pengaruhnya telah kekal dan tidak akan dilupakan oleh sesiapa di sekililingnya.  Mahatma Gandhi di Young India;  Saya pernah tertanya-tanya, siapakan tokoh yang paling mempengaruhi manusia.. Saya lebih yakin bahwa bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya.. Tapi, ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan, kehati-hatian Muhammad, serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya, kesungguhan nya, keberanian nya, serta keyakinan nya pada TUHAN serta tugasnya.. Semua ini menyingkirkan segala halangan.. Ketika saya menutup halaman terakhir volume 2 (biografi Muhammad), saya sedih kerana sudah tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang agung..

Annie Besant, The Life and Teachings of Muhammad, Madras, 1932, p.4   Adalah tidak mustahil bagi seorang yang mempelajari kehidupan dan karakter seorang Nabi dari bangsa arab, serta mengetahui bagaimana baginda mengajar dan menjalani hidupnya, akan menyajungi kemulian Nabi yang menakjubkan ini sebagai salah seorang utusan Tuhan yang teragung.. Dan karya-karya yang saya tulis tentang-nya yang mungkin dikenali ramai orang, walaupun saya membacanya beberapa kali, rasa hormat, penghargaan dan takjub pada guru bangsa Arab yang teragung ini tetap tak pernah hilang.

James A. Michener, "Islam: Agama yang disalahfahami', Reader's Digest (Edisi Amerika), Mei 1955, p. 68-70  Pilihan saya iaitu Muhammad sebagai pemimpin dunia yang paling berpengaruh, mungkin mengejutkan ramai pihak dan mungkin dipersoalkan oleh orang lain, tetapi ia ialah satu-satunya orang dalam sejarah ini yang sangat berjaya di peringkat keagamaan dan sekular. George Bernard Shaw; Dia (Muhammad) seharusnya dikenali sebagai Penyelamat Kemanusia. Saya percaya jika seorang lelaki macam dia dianggap sebagai diktator dunia modern, dia pasti mampu menyelesaikan masalah itu dengan cara membawa keamanan dan kegembiraan.

Dr. TVN Persaud, Profesor Anatomi, Ahli Kesihatan & Penyakit Anak (Penerima penghargaan tertinggi dalam bidang anatomi di Kanada) Menurutku, Muhammad adalah seorang lelaki yang luar biasa. Dia tidak bisa membaca dan menulis. Dia buta huruf. Kita membicarakan masa 1,400 tahun yang lalu,, dimana seorang buta huruf membuat persoalan-persoalan yang menakjubkan, yang secara ilmiahnya adalah luar biasa. Saya secara peribadi tidak dapat melihat hal ini sebagai sebuah kebetulan semata-mata. Terlalu banyak kebenaran/ketepatan yang diberikan, seperti Dr Moore, saya tidak berasa ragu bahawa wahyu Tuhanlah yang membimbing Muhammad dalam membuat persoalan-persoalan itu.

The Genuine Islam, Singapore, Vol 1, No 8, 1936; Namanya Muhammad. Dia lahir di Arab pada tahun 570 masihi, dan memulakan misi dakwah agama kebenaran, Islam (berserah pada Tuhan yang satu) pada usia 40 dan meninggal dunia pada umur 63 tahun. Dalam tempoh 23 tahun kenabiannya, baginda berjaya menukar semenanjung arab dari penyembahan berhala kepada hamba Tuhan yang Satu, dari pergaduhan suku kaum kepada perpaduan nasional, dari kemabukkan arak dan pesta kepada ketenangan dan kesolehan, dari pelanggaran undang-undang kepada disiplin dalam hidup, dari kekosongan akhlak kepada tahap tertinggi (kesempurnaan) nilai akhlak manusia.. Sejarah manusia belum pernah mengenali perubahan manusia atau tempat yang sebergini, bayang kan keajaiban luar biasa ini hanya berlaku dalam masa 2 dekad.

Lamartine, Histoire de la Turqui, Paris, 1854, Vol. II, pp 276-277;  Muhammad adalah guru agama, pengubah sosial, pebimbing akhlak, pemerintah besar, kawan yang setia, peneman yang menarik, suami yang setia, ayah yang penyabar-semua dalam satu. tiada sesiapa pun lelaki dalam sejarah yang sehebat dia dalam mana-mana aspek kehidupan,, tetapi hanya pesonaliti Muhammad yang tidak mementingkan diri sahaja yang dapat mencapai kesempurnaan ini.   

History of the Saracan Empires, London, 1870, p. 54;  Muhammad tidak lebih atau tidak kurang dari manusia biasa. Tetapi dia adalah lelaki dengan misi mulia untuk menyatukan manusia dalam menyembahkan Tuhan yang satu dan mengajar mereka cara-cara untuk bersikap jujur dan tegak berdasarkan perintah Tuhan. Dia selalu menggelarkan dirinya sebagai, 'seorang hamba dan pesuruh Tuhan'   K. S. Ramakrishna Rao, an Indian Professor of Philosophy in his booklet, (Muhammad, The Prophet of Islam)  
 http://motivainspira.blogspot.com/2013/05/nabi-muhamad-saw-pada-pandangan-mereka.html