Untuk makluman anak-anak pelajar...permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah pun dibuka mulai 1/9/2013 -15/10/2013 melalui aplikasi sistem dalam talian dan boleh dicapai melalui
http://public.moe.gov.my
Mulai tahun 2013, KPM telah menetapkan bahawa ibu bapa dan penjaga pelajar bertangggungjawab membuat permohonan seterusnya menghantar 2 salinan cetakan permohonan yang telah dibuat untuk pengesahan pihak sekolah seterusnya menghantar ke sekolah pilihan. Pihak sekolah akan membuat pengesahan permohonan sistem dalam talian sekiranya cetakan permohonan dihantar kepada pihak sekolah dalam tempoh yang telah ditetapkan sahaja.
Anak-anak pelajar juga dipohon agar dapat membaca prosedur permohonan dan meneliti data dan maklumat yang telah dimasukkan kerana permohonan kemasukan hanya boleh dibuat sekali sahaja dan permohonan tidak boleh diubahsuai atau dikemaskini lagi sekiranya cetakan telah dibuat. Selepas maklumat dihantar dan cetakan telah dibuat, jika kita ingin mengubahsuai dan mengemaskini data dan maklumat, perlu berhubung terus dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Kaunselor anda.