SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Tuesday, December 8, 2009

Bersama cikgu ikin

Salam semua...
Lebih 2 minggu saya tak update blog ni. Al-maklumlah sempena cuti persekolahan ni saya pun turut 'bercuti'. Hari ini merupakan 'hari kemerdekaan' buat pelajar-pelajar SPM Sains Tulen. Berakhirnya kertas kimia pada pukul 3.30 ptg tadi, bermulalah detik kemerdekaan buat mereka. Yang pastinya, mereka keluar dengan perasaan legaaaa, kerana ada beberapa soalan telah pun mereka jawab dalam trial exam tempoh hari. Alhamdulillah... Semoga kejayaan pasti bersama mereka.
Bagi pelajar-pelajar lain, harap bersabar.... sudah pasti detik-detik yang ditunggu itu akan kunjung tiba. Jadi gunakan masa yang ada ini untuk terus mengulangkaji subjek-subjek yang bakal anda tempuhi.
Ingat! Kejayaan anda adalah kebanggaan kami.

No comments: