SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Wednesday, June 16, 2010

Aktiviti 16: Dinner "Dari hati ke hati"




Bertempat di Sg Ujung Club, Seremban...
Ermmmmmm...dengan makanan yang sungguh enak, dalam suasana yang santai...tema 'dari hati ke hati ini' mencapai objektifnya. Kami merasakan..dunia ini kami yang punya...bak kata allahyarham Tan Sri P.Ramlee..Hilang segala tekanan, bebanan yang kami hadapi di sekolah...Al-maklumlah bila dah jumpa kawan2, mengalahkan budak sekolah la plak...hehehhe..
Apa2 pun jutaan terima kasih buat En. David dan Pn. Mariah (Pengerusi Kelab Guru) yang merencanakan Dinner "Dari Hati ke Hati Ini"...
Perghhhh!!!memang best...Hujung Tahun ni kita buat lagi ye!!!!

AKTIVITI 15 : JEMPUTAN KE PROGRAM MENZAHIRKAN ZURIAT BERILMU


Program anjuran PIBG SMK Pendeta Za'ba dengan kerjasama syarikat AnzaDamia Enterprise.
Program ini memberi penekanan kepada seni matematik Islam yang akan disampaikan oleh Profesor Cilik Adi Putra bin Abd Ghani dengan beberapa perumusan baru dan mudah difahami. Selain itu, diadakan juga bengkel lukisan yang mengajar teknik-teknik melukis yang akan disampaikan oleh pelukis2 terkenal tanahair. Satu slot ceramah motivasi ke arajh pembentukan modal insan juga akan diselitkan.....yang akan disampaikan oleh Dr. Mohd Azmi bin Mat Shah. Didalam program ini juga, ibu bapa Adi Putra akan berkongsi pengalaman tentang pembentukan zuriat berilmu bersama ibu bapa pelajar....terdapat juga kaunter jualan produk2 makanan kesihatan daripada Adi Aura Enterprise.

Tarikh: 3 Julai 2010 (Sabtu)
Masa: 8.00 - 5.30 ptg
Tempat: Dewan Sri Pendeta, SMK Pendeta Za'ba
Bayaran: RM60.00 / peserta (Jamuan makan tengahari & cenderahati)

Ibubapa pelajar juga dijemput untuk menyertai program ini dengan kadar bayaran yang sama untuk setiap peserta. Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi guru kaunseling SMKPZ.

Objektif program:

1. Mendedahkan pelajar kepada formula2 dan kaedah2 baru matematik yang lebih mudah dan senang difahami..
2. Mendedahkan pelajar kepada teknik2 melukis yang berkesan.
3. Menerapkan konsep modal insan
4. Menerapkan kepentingan ketengan minda, badan, dan jiwa (mind, body and soul) didalam apa jua aspek kehidupan sebagai seorang manusia dan insan yang bergelar pelajar.

Aturcara Majlis:

8.00 - 8.45 pagi~~ Ketibaan para peserta & pendaftaran
8.00 - 9.00 pagi~~ Ketibaan tetamu jemputan
9.00 - 9.15 pagi~~ Bacaan doa
~Ucapan & kata2 aluan
9.15 - 11.00 pagi~~ Slot 1
~Mempelajari dan memahami Teknik2 Melukis serta Rahsia2
Keindahan Lukisan
11.00-11.10 pagi~~ Rehat
11.10-1.00 ptg~~ Slot 2
Mengenali Diri Amanah dan Tanggungjawab Setiap Insan Didalam
Melahirkan Masyarakat Berilmu dan Penerapan Konsep Modal Insan.
1.00 -1.45 ptg~~ Jamuan makan tengahari / Solat
1.45 - 2.15 ptg~~ Slot Tayangan Video
2.15 - 2.30 ptg~~ Ketibaan Penceramah Jemputan - Adi Putra
- Persembahan Muzik Cak Lempong
2.30- 5.00 ptg~~ Slot 3
Seni Matematik Islam
5.00-5.30 ptg~~ Sesi Fotografi
5.30-5.45 ptg~~ Acara penanaman pokok pinang merah oleh Adi Putra
Bersurai

AKTIVITI 14: KEJOHANAN MEMANAH MSSM 2010





Sekali lagi SMKPZ diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Sambutan, Jemputan, Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah selepas berjaya melaksanakan tugas dalam Kejohanan Golf MSSM yang lepas.
Kejohanan Memanah MSSM 2010 yang telah pun berlangsung pada 7 - 11 Jun melibatkan 14 buah negeri seluruh Malaysia dengan penyertaan seramai 350 peserta memanah. Sepanjang berlangsungnya pertandingan ini, keadaan cuaca yang tidak menentu kadang-kadang hujan turun dengan lebatnya.... tetapi tidak sedikit pun mematahkan semangat peserta memanah termasuklah pegawai-pegawai yang bertugas.
Pada hari terakhir kejohanan...iaitu pada majlis perasmian penutup..hujan telah turun dengan lebatnya menyebabkan keadaan padang dibanjiri air..namun semangat kesukanan peserta-peserta sanggup tunggu hingga majlis berakhir walapun majlis perasmian berakhir pada lewat petangnya..
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Kemanusiaan JPNS, Tuan Hj. Amir Sharifuddin.
Juara Keseluruhan ialah pasukan daripada Selangor Darul Ehsan.. Walaupun kontinjen daripada Negeri Sembilan tidak berjaya..namun kesungguhan dan komitmen daripada peserta2 amat membanggakan... Tahniah!!