SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Wednesday, June 16, 2010

AKTIVITI 14: KEJOHANAN MEMANAH MSSM 2010





Sekali lagi SMKPZ diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Sambutan, Jemputan, Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah selepas berjaya melaksanakan tugas dalam Kejohanan Golf MSSM yang lepas.
Kejohanan Memanah MSSM 2010 yang telah pun berlangsung pada 7 - 11 Jun melibatkan 14 buah negeri seluruh Malaysia dengan penyertaan seramai 350 peserta memanah. Sepanjang berlangsungnya pertandingan ini, keadaan cuaca yang tidak menentu kadang-kadang hujan turun dengan lebatnya.... tetapi tidak sedikit pun mematahkan semangat peserta memanah termasuklah pegawai-pegawai yang bertugas.
Pada hari terakhir kejohanan...iaitu pada majlis perasmian penutup..hujan telah turun dengan lebatnya menyebabkan keadaan padang dibanjiri air..namun semangat kesukanan peserta-peserta sanggup tunggu hingga majlis berakhir walapun majlis perasmian berakhir pada lewat petangnya..
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Kemanusiaan JPNS, Tuan Hj. Amir Sharifuddin.
Juara Keseluruhan ialah pasukan daripada Selangor Darul Ehsan.. Walaupun kontinjen daripada Negeri Sembilan tidak berjaya..namun kesungguhan dan komitmen daripada peserta2 amat membanggakan... Tahniah!!

No comments: