SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Saturday, July 16, 2011

Permata Bonda 1 - Mentor Mentee...


mengisi borang biodata



Farah Syahidah & Fariza

Muhammad Nadzmi & Hani Nazrin

Farah

Akhirnya....dapat juga bonda mengumpulkan anak2 bonda setelah sekian lama bonda mencari masa yang sesuai untuk kita bertemu. Alhamdulillah...di pagi jumaat yang hening dapat kita bersua...bertemu mesra...mendekatkan yang jauh..mengeratkan lagi ukhwah antara kita. Ukhwah bererti kemesraan, kasih sayang dan saling bantu-membantu. Ini yang akan bonda cuba terapkan dalam setiap perjumpaan antara kita. InsyaAllah....

“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”.
(Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Sejajar dengan objektif Program Anak Wawasan - Mentor Mentee ini, diharapkan ia dapat membantu anak-anak Bonda untuk lebih cemerlang dalam bidang akademik...InsyaAllah!

Monday, July 11, 2011

Aktiviti 30 : Seminar Kecemerlangan SPM 2011 Parlimen Seremban

Bertempat di SMK Seri Pagi, Seremban...seminar yang dianjurkan oleh Yayasan Pelajaran MARA dengan kerjasama Parlimen Kuala Pilah, PPD Seremban dan GAGASAN Pendidikan Melayu Malaysia seramai lebih kurang 200 orang pelajar Tingkatan 5 telah berkumpul di sini. Sekolah yang terlibat ialah SMK Seri Ampangan, SMK Taman Tuanku Jaafar, SMK Senawang, SMK Panchor, SMK Seri Pagi selaku tuan rumah dan sekolahku yang terchenta...SMK Pendeta Za'ba.
Seminar Kecemerlangan ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik belajar berkesan ke arah mempersiapkan diri mereka mencipta kecemerlangan dalam SPM kelak. Disamping itu, dapat menginsafkan pelajar akan tanggungjawab mereka dalam mencipta kecemerlangan ilmu ke arah membina sebuah keluarga yang cemerlang. Slot ini telah disampaikan oleh Pn. Rafeah bt Abd Rahman (PPD Seremban).
Untuk slot kedua yang dkendalikan oleh En. Wan Zi bin Wan Zinal (Kaunselor SMK Desa Cempaka, Nilai) lebih kepada Motivasi Diri .... Bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran pelajar betapa pentingnya ilmu untuk menangani cabaran globalisasi dan yakin kepada potensi diri dan melihat setiap halangan itu sebagai cabaran yang harus ditempuh.

Saya mengharapkan peserta dari PZ...dapat sesuatu yang berguna untuk diaplikasikan dalam pembelajaran mereka dan seterusnya mencipta kecemerlangan untuk diri sendiri khususnya dan sekolah amnya....

Friday, July 1, 2011

Aktiviti 29 : Program Temu Mesra Ibu bapa, Pelajar dan Guru

menunggu giliran untuk bertemu dengan guru kelas

membincangkan prestasi akademik anak-anak

mengeratkan silaturrahim antara guru dan ibu bapa/penjaga

memohon kerjasama ibu bapa untuk meningkatkan prestasi anak-anak dari segi akademik dan sahsiah

1 Julai 2011 (Jumaat) - Program yang diadakan saban tahun ini, adalah sebagai usaha untuk meningkatkan pencapaian dan motivasi pelajar. Program ini juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk bertemu dengan guru-guru bagi membincangkan permasalahan anak mereka dan mengenalpasti prestasi pelajaran berdasarkan keputusan pertengahan tahun.

Alhamdulillah...sambutan ibu bapa adalah menggalakkan. Ini bermakna ibu bapa telah sedar betapa mereka juga perlu memainkan peranan dalam mendidik anak-anak ke arah kecemerlangan.