PERHATIAN
Tuesday, February 28, 2012
CARA MEMILIH SAHABAT MENGIKUT IMAM GHAZALI
Monday, February 20, 2012
15 KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith ) 1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) 1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur. 3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak , tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain. 5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya. 8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. 14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Ustaz Khalid Haji Mohd Isa.
http://tulahan.blogspot.com/2012/02/15-kesilapan-ibubapa-dalam-mendidik.html
Friday, February 10, 2012
GEMBIRAKAN MEREKA UNTUK KEGEMBIRAAN KITA
Mulakan daripada dasar dan permulaan dulu. Anda mulakan terlebih dulu di dalam institusi keluarga. Di rumah contohnya, sentiasalah membuatkan ibu, ayah dan adik-adik Anda merasa senang dengan kehadiran Anda. Gembirakan mereka, ringankan beban dan kesusahan mereka. InsyaAllah, semoga dengan kepayahan dan keikhlasan Anda dalam membantu mereka, akan sentiasa mendapat pandangan dan tempat di sisi ALLAH SWT.
Kita hidup ni bukan semata-mata untuk mengejar kejayaan peribadi, namun apa yang jauh lebih penting adalah sejauh mana besar dan banyaknya sumbangan kita kepada mereka.
Seberapa besarnya hasil yang kita bawa kepada masyarakat, sehebat mana usaha kita untuk manusia sekeliling… ha, kesemua itulah yang seharusnya menjadi nilaian pada mata kita.
Anda akan mampu untuk menjadi seorang manusia yang boleh dilabel sebagai manusia Berjaya, sekiranya anda Berjaya mencapai target dan aim yang Anda sendiri tetapkan. Tetapi malangnya ramai di kalangan kita pada hari ini yang kerap kali meletakkan matlamat yang silap dalam hidup mereka.
“Saya mahu menjadi seorang yang kaya di dalam 10 tahun lagi, “ …. “ Aku nak pastikan bahawa aku berjaya menjadi seorang lawyer yang disegani di negara kita, “ .. Ya, saya setuju dengan kenyataan-kenyataan bersemangat daripada semua rakan-rakan kita itu. Namun, adakah sudah cukup untuk Anda meletakkan dan menggariskan matlamat dalam hidup seperti itu sahaja?
Berilah, sumbanglah, sentiasalah melebihkan orang-orang di sekeliling kita… walaupun untuk sekecil-kecil perkara. Carilah harta dengan penuh iltizam dan bersungguh-sungguh, niatkan dalam hati, mudah-mudahan lebihan kesenangan yang diperoleh nanti dapat dikongsi sama oleh semua keluarga, anak –anak dan isteri. Belajarlah bersungguh-sungguh, capailah impian yang besar-besar, moga-moga kejayaan itu mampu membangkitkan rasa puas dan kegembiraan yang tidak mampu diucap oleh ibu bapa Anda.
kredit to: sangmentari.wordpress.com
PINJAMAN PELAJARAN MARA 2012 - DIPLOMA DAN IJAZAH
Permohonan pinjaman pelajaran MARA bagi tahun 2012 bagi peringkat diploma dan ijazah kini dibuka. Permohonan pinjaman pelajaran MARA hanya dibuka kepada pelajar IPTS yang tersenarai dibawah MARA. Permohonan MARA ini boleh dibuat secara online.
Permohonan Secara Online
- Permohonan boleh dibuat di EduLoan. (jika pautan gagal diakses,cuba sebentar lagi)
- Pemohon perlu mendaftar di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru.
- Sila rujuk bahagian Garis Panduan Permohonan sebelum mengisi borang.
- Borang permohonan perlu dicetak dan dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan ke alamat emel anda.
Syarat Permohonan Pinjaman MARA
- Mestilah bumiputra atau melayu sahaja
- Berumur dalam 18 hingga 25 tahun
- Mengikuti pengajian di IPTS yang tersenarai dibawah MARA
- Pendapatan gaji ibubapa kurang dari RM 4000 dan kebawah
Maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi MARA.
PINJAMAN KURSUS PERUBATAN DI AUCMS
Permohonan bagi pinjaman kursus perubatan bagi lepasan SPM, STPM dan setaraf. Pelajar lepasan SPM dan STPM dipelawa memohon kursus perubatan hari ini dipelawa memohon pinjaman dana Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS).
Pelajar lepasan SPM yang berminat perlu memperoleh sekurang-kurangnya B+ dalam semua subjek Sains manakala lepasan STPM atau Matrikulasi hanya perlu melepasi tiga pointer.
Bagi kelulusan SPM yang layak boleh memohon kursus setahun pra-perubatan AUCMS manakala lepasan STPM, Matrikulasi atau yang setaraf dengannya boleh terus mengikuti ijazah perubatan dengan pinjaman dana AUCMS atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Pelajar yang lulus dengan cemerlang pula boleh memilih untuk melanjutkan ijazah perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (MD UKM di AUCMS) atau program-program berkembar dengan University College Cork di Ireland, National University Ireland di Galway dan Universitas Sumatera Utara.
Keterangan lanjut boleh melayari laman web AUCMS www.allianzeunicollege.edu.my
Saturday, February 4, 2012
JANGAN TINGGALKAN LAPTOP DI ATAS KATIL, BANTAL
Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.
http://bulanpurnama89.blogspot.com/2012/02/jangan-tinggalkan-laptop-di-atas-katil.html