Assalammualaikum.....
Nabi SAW bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah.
Perubahan bau mulut orang yang
berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari
dan Muslim).
Nabi SAW bersabda, "Tiga doa
yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang
yang musafir". (HR Bukhari)
Nabi SAW bersabda, "Doa yang tidak
ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)
Nabi SAW bersabda, "Bukanlah
puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang
sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha
(sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban
dan Baihaqi)
Nabi SAW bersabda, "Apabila
seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan
jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak
bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang
berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)
Nabi SAW bersabda,, "Sesiapa
berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana
Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR
Bukhari)
Nabi SAW bersabda,
"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu
Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak
dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan:
"Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak
ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian
orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat
memasukinya." (HR Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Umamah ra, Aku
bertanya kepada Rasulullah SAW, "Tunjukkan aku satu amalan yang
membolehkan aku masuk syurga". Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu
berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”. (HR Ibn Hibban)
Nabi SAW bersabda, “Puasa adalah
perisai yang akan melindungi seseorang daripada api neraka”. (HR Ahmad)
Nabi SAW bersabda, “Tidak ada
seorang hamba yang berpuasa sehari di jalan Allah kecuali Allah akan menjauhkan
dia dengan api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (HR Bukhari
dan Muslim)
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini.
No comments:
Post a Comment