Adakah anda percaya dengan fakta ini atau sebaliknya?
1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan 
satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan 
kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan
 yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda 
akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi 
periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam
 shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. 
Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini 
bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5,
 Palmolive, Paul Mitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body 
shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol’s Herbal Essence 
adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara 
tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan 
jawapan dari mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi 
kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang 
boleh mengeluarkan busa yang banyak”. Dalam pada itu, Pasta Colgate 
& Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama 
untuk penghasilan busa.
4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, 
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari 
selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. 
Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya 
telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu 
berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee 
segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah 
dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni 
dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya 
membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee 
segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. 
Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang 
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem 
badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang 
mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak 
memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan 
mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah 
diistilahkan sebagai ‘makan untuk mendapat barah’.
5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan 
kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. 
Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah 
straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan
 apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas 
menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang 
dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat 
sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.
Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.Jagalah kesihatan anda.
SumberKONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Tahukah Engkau 4 Bahagian Nikmat?
3 days ago



 
1 comment:
cikgu..thx for the info.. :)
insyaALLAH akan diamalkan
Post a Comment