PERHATIAN
Saturday, April 17, 2010
Aktiviti13 : Program Keibubapaan KRK/KAA 2010
Alhamdulillah... program yang bertemakan kasih sayang Rabbani ini telah berjaya dilaksanakan. Para ibu bapa cukup teruja dengan kaedah penyampaian penceramah dalam menerapkan nilai kasih sayang mengikut sunnah Rasulullah SAW. Anak-anak pelajar KRK/KAA tetap setia untuk menunggu apa yang bakal dibicarakan oleh penceramah jemputan yang tidak asing lagi dalam kalangan guru-guru kaunseling NS iaitu En. Mohd Asri bin Husin (Kaunselor SMK Sri Jempol). Dengan 'trademark'...biarlah kita dizalimi..jangan kita menzalimi orang lain...masih terngiang2 lagi diingatan...menjadikan para ibu bapa dan anak-anak pelajar begitu tekun mendengar celoteh si penceramah. Setiap aktiviti yang dijalankan mendapat respon yang baik dalam kalangan peserta. Tahniah!
Selepas slot ceramah keibubapaan... para ibu bapa berpeluang untuk bertemu dengan guru-guru KRK/KAA dalam membincangkan prestasi anak-anak mereka. Diharapkan pertemuan serampang 3 mata antara ibu bapa, guru dan pelajar khususnya supaya peka terhadap keputusan peperiksaan yang dijalankan. Mudah2an temu mesra ini secara tidak langsung dapat menyuntik semangat serta motivasi diri yang kental terhadap para pelajar. Insyaallah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment