SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Saturday, August 21, 2010

Aktiviti 24 : Lawatan Inspirasi ke Kolej MARA Seremban




Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti Program Penyuburan Minda yang telah pun berlansung sejak bulan Mac lalu..Program yang berkonsepkan kelas bimbingan akademik ini telah dijalankan setiap hari Jumaat..yang mana sasarannya, pelajar ting 5 dan ting 3. Kelas bimbingan akademik ini berfokus kepada subjek matematik, sains dan bahasa inggeris bagi ting 3...manakala subjek biologi, kimia, fizik, dan matematik tambahan untuk ting 5..Fasilitatornya terdiri daripada student Kolej MARA Seremban yang sudi untuk memberi bimbingan dan seterusnya menjadi sumber inspirasi pelajar2 PZ.
Lawatan Inspirasi ~ (20 Ogos : Jumaat) disertai oleh pelajar-pelajar ting 3 sahaja, memandangkan pelajar Ting 5 sedang menjalani peperiksaan percubaan SPM. Sepanjang lawatan ini pelajar didedahkan dengan motivasi diri...tips-tips persediaan dalam menghadapi peperiksaan dan perkongsian pengalaman abang2 dan kakak2 fasilitator bagaimana menjadi pelajar cemerlang... Mereka ini merupakan pelajar persediaan MARA yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekalung Tahniah buat mereka...
Kepada pelajar Pendeta Za'ba yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM 2010....Good Luck!!..Kejayaan anda adalah kebanggaan kami.

No comments: