SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Monday, November 22, 2010

Selamat Menduduki Periksaan....SPM/STPM

Saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM/STPM kepada semua calon yang terlibat. Semuga peperiksaan yang dihadapi pada tahun ini dapat menyerlahkan hasil dari bakat sebenar yang telah diasuh sekian lama oleh para ibu bapa dan guru kepada anak didik masing-masing.

Harapan saya semuga kejayaan yang diperoleh nanti adalah perangsang yang terus memberi semangat kepada para ibu bapa dan guru untuk meneruskan agenda pendidikan yang belum berakhir...

Beberapa Pesanan Sebelum Anda Mengulangkaji Pelajaran

1. Mengerjakan sembahyang hajat dua rakaat sebelum mengulangkaji agar Allah memberikan pertolonganNya kepada anda.
2. Membaca al-Quran sebelum memulakan ulangkaji, kerana ia akan menjauhkan syaitan daripada anda dan wajah anda akan dipenuhi dengan cahaya al-Quran.
3. Mulakan dengan berdoa.
4. Buatlah perancangan terlebih dahulu, seperti anda menentukan apakah subjek-subjek yang akan diulangkaji, tajuk-tajuk dan masa bagi setiap subjek dengan membuat jadual yang lengkap.
5. Mulakan dengan subjek-subjek yang mudah terlebih dahulu, kemudian barulah berpindah kepada subjek-subjek yang sukar.
6. Jangan tangguhlah kerja hari ini kepada esok hari. Anda hendaklah sentiasa mengulangkaji subjek yang anda pelajari pada hari yang sama.
7. Peruntukkan waktu yang mencukupi untuk berehat. Tetapkan satu hari setiap minggu bagi anda berehat dan berhibur.
8. Pilihkan tempat yang tenang dan jauh daripada sebarang gangguan serta ambil beratlah tentang masalah pencahayaan yang mencukupi, begitu juga dengan masalah kesihatan.
9. Cuba sedaya upaya untuk mengosongkan fikiran anda daripada sebarang permasalahan atau kesibukan sebelum mengulangkaji pelajaran.
10. Ambil beratlah tentang cara duduk yang betul iaitu belakang anda hendaklah lurus.
11. Segeralah pergi menunaikan sembahyang sebaik sahaja anda mendengar azan, kerana Allah swt tidak akan memberkati pekerjaan yang melalaikan daripada sembahyang.
12. Selangkan di antara satu subjek dengan subjek lain yang anda ulangkaji dengan satu kadar masa yang mencukupi untuk berehat.

Bagaimana Anda Bersedia Menghadapi Peperiksaan

Dr ‘Ata Barakat berkata:

Agar bersedia untuk menghadapi peperiksaan, anda perlu melakukan dua perkara yang penting:

Pertama: Penguasaan yang baik

Ini berlaku melalui empat perkara berikut:

1. Anda terus mengulangkaji subjek yang anda pelajari sepanjang tahun sebaik sahaja selepas anda mempelajarinya. Janganlah anda tangguhkan sedikitpun meskipun sedikit.
2. Ulangkaji pelajaran terdahulu sebelum memulakan pelajaran baru.
3. Melakukan ulangkaji mingguan dengan membaca semula secara pantas pelajaran-pelajaran yang sudah diulangkaji pada minggu tersebut.
4. Membuat ulangkaji pada masa cuti dan juga secara bulanan.

Kedua: Ulangkaji yang intensif sebelum peperiksaan

Ia juga boleh dilakukan melalui empat langkah berikut:

1. Menyusun segala maklumat di dalam fikiran anda dengan susunan yang baik dan sistematik.
2. Memilih waktu yang sesuai untuk mengulangkaji, iaitu setiap subjek mempunyai waktu yang khusus. Jika anda merasa jemu, anda boleh mula menyelesaikan soalan-soalan matematik.
3. Membuat jadual waktu yang baik dan tersusun agar setiap subjek mempunyai jangkamasa waktu yang sesuai dan tidak mengganggu waktu yang diperuntukkan untuk subjek yang lain.
4. Menjawab banyak soalan dan menyelesaikan banyak permasalahan terutamanya soalan-soalan yang sukar.

KEJAYAAN ANDA ADALAH KEBANGGAAN KAMI.....

No comments: