***
Lamartine, Histoire de la Turquie, Paris 1854, Vol II, hal. 276-77: 276-77. Seandainya, kehebatan matlamat, kekecilan
maksud dan keputusan menakjubkan adalah 3 ciri orang genius, siapakah yang
sanggup membandingkan mana-mana manusia hebat dalam sejarah modern dengan
Muhammad?? Lelaki ini bukan sahaja menggerakkan tentera, undang-undang,
kerajaan, rakyat dan dinasti, tetapi juga menggerakan berjuta-juta manusia, dan
lebih dari itu juga, lelaki ini telah membawa agama, idea, kepercayaan dan
jiwa... Wolfgang Goethe Dia (Muhammad) adalah rasul dan bukan nya
penyair, dan sebab itu lah Al-Quran perlu dilihat sebagai peraturan Tuhan,
bukannya sebagai buku manusia yang dicipta untuk pelajaran atau hiburan.
Boswerth
Smith, Mohammad and Mohammedanism, 1874, p.92.
Dia (Muhammad) adalah ketua
negara dan juga pemimpin agama yang bergabung menjadi satu,, dan dia adalah
pemimpin agama tanpa keangkuhan dan ketua negara tanpa pasukan tentera yang
siap dilatih untuk bertempur, tanpa istana, tanpa pengawal keselamatan, tanpa
pendapatan (hasil) tetap.. Tetapi, jika ada seorang manusia yang layak dikatakan
sebagai pemerintah yang memerintah mengikut ajaran Ilahi yang betul, maka itu
adalah Muhammad kerana dia memiliki semua kuasa tanpa kelengkapan dan sokongan
untuk mendapat kuasa tersebut.
Diwan
Chand Sharma; Muhammad adalah jiwa kebaikan, dan pengaruhnya
telah kekal dan tidak akan dilupakan oleh sesiapa di sekililingnya. Mahatma Gandhi di Young India; Saya pernah tertanya-tanya, siapakan tokoh
yang paling mempengaruhi manusia.. Saya lebih yakin bahwa bukan pedanglah yang
memberikan kebesaran pada Islam pada masanya.. Tapi, ia datang dari
kesederhanaan, kebersahajaan, kehati-hatian Muhammad, serta pengabdian luar
biasa kepada teman dan pengikutnya, kesungguhan nya, keberanian nya, serta
keyakinan nya pada TUHAN serta tugasnya.. Semua ini menyingkirkan segala
halangan.. Ketika saya menutup halaman terakhir volume 2 (biografi Muhammad),
saya sedih kerana sudah tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang
agung..
Annie
Besant, The Life and Teachings of Muhammad, Madras, 1932, p.4
Adalah tidak mustahil bagi seorang yang mempelajari kehidupan dan karakter
seorang Nabi dari bangsa arab, serta mengetahui bagaimana baginda mengajar dan
menjalani hidupnya, akan menyajungi kemulian Nabi yang menakjubkan ini sebagai
salah seorang utusan Tuhan yang teragung.. Dan karya-karya yang saya tulis
tentang-nya yang mungkin dikenali ramai orang, walaupun saya membacanya
beberapa kali, rasa hormat, penghargaan dan takjub pada guru bangsa Arab yang
teragung ini tetap tak pernah hilang.
James A.
Michener, "Islam: Agama yang disalahfahami', Reader's Digest (Edisi
Amerika), Mei 1955, p. 68-70 Pilihan saya iaitu Muhammad sebagai pemimpin
dunia yang paling berpengaruh, mungkin mengejutkan ramai pihak dan mungkin
dipersoalkan oleh orang lain, tetapi ia ialah satu-satunya orang dalam sejarah
ini yang sangat berjaya di peringkat keagamaan dan sekular. George Bernard Shaw;
Dia (Muhammad) seharusnya dikenali sebagai Penyelamat Kemanusia. Saya percaya jika
seorang lelaki macam dia dianggap sebagai diktator dunia modern, dia pasti
mampu menyelesaikan masalah itu dengan cara membawa keamanan dan kegembiraan.
Dr. TVN
Persaud, Profesor Anatomi, Ahli Kesihatan & Penyakit Anak (Penerima
penghargaan tertinggi dalam bidang anatomi di Kanada) Menurutku, Muhammad
adalah seorang lelaki yang luar biasa. Dia tidak bisa membaca dan menulis. Dia
buta huruf. Kita membicarakan masa 1,400 tahun yang lalu,, dimana seorang buta
huruf membuat persoalan-persoalan yang menakjubkan, yang secara ilmiahnya
adalah luar biasa. Saya secara peribadi tidak dapat melihat hal ini sebagai
sebuah kebetulan semata-mata. Terlalu banyak kebenaran/ketepatan yang
diberikan, seperti Dr Moore, saya tidak berasa ragu bahawa wahyu Tuhanlah yang
membimbing Muhammad dalam membuat persoalan-persoalan itu.
The
Genuine Islam, Singapore, Vol 1, No 8, 1936; Namanya Muhammad. Dia lahir di
Arab pada tahun 570 masihi, dan memulakan misi dakwah agama kebenaran, Islam
(berserah pada Tuhan yang satu) pada usia 40 dan meninggal dunia pada umur 63
tahun. Dalam tempoh 23 tahun kenabiannya, baginda berjaya menukar semenanjung
arab dari penyembahan berhala kepada hamba Tuhan yang Satu, dari pergaduhan
suku kaum kepada perpaduan nasional, dari kemabukkan arak dan pesta kepada
ketenangan dan kesolehan, dari pelanggaran undang-undang kepada disiplin dalam
hidup, dari kekosongan akhlak kepada tahap tertinggi (kesempurnaan) nilai
akhlak manusia.. Sejarah manusia belum pernah mengenali perubahan manusia atau
tempat yang sebergini, bayang kan keajaiban luar biasa ini hanya berlaku dalam
masa 2 dekad.
Lamartine,
Histoire de la Turqui, Paris, 1854, Vol. II, pp 276-277; Muhammad adalah guru agama, pengubah sosial,
pebimbing akhlak, pemerintah besar, kawan yang setia, peneman yang menarik,
suami yang setia, ayah yang penyabar-semua dalam satu. tiada sesiapa pun lelaki
dalam sejarah yang sehebat dia dalam mana-mana aspek kehidupan,, tetapi hanya
pesonaliti Muhammad yang tidak mementingkan diri sahaja yang dapat mencapai
kesempurnaan ini.
History of
the Saracan Empires, London, 1870, p. 54; Muhammad tidak lebih atau tidak kurang dari
manusia biasa. Tetapi dia adalah lelaki dengan misi mulia untuk menyatukan
manusia dalam menyembahkan Tuhan yang satu dan mengajar mereka cara-cara untuk
bersikap jujur dan tegak berdasarkan perintah Tuhan. Dia selalu menggelarkan
dirinya sebagai, 'seorang hamba dan pesuruh Tuhan' K. S. Ramakrishna
Rao, an Indian Professor of Philosophy in his booklet, (Muhammad, The Prophet
of Islam)
http://motivainspira.blogspot.com/2013/05/nabi-muhamad-saw-pada-pandangan-mereka.html