Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi.
Definisi Khusnul Khatimah = kematian yang baik
Renungan kepada yang masih hidup, sebuah kisah benar yang diceritakan semula.
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00
pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara
saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar
berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah.
Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam
perjalanan ke Bandar Sandakan.
Remaja ini bernama Muhammad
Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi
Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu.
Kami berusaha membawa balik ke
rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan
dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya.
Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.
Sebaik sahaja kain kapan di buka
saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit
pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis
yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul
khatimah).
Antaranya dahi berpeluh. Saya
cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah
juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di
mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut
kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas
baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.
Ramai jemaah selepas solat asar
juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang
tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya
tertekan dadanya.
Sekali lagi darah merah cair
keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan
disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang,
sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah
menjadi beku dan mati.
Namun kebesaran Allah s.w.t dan
janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan,
masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.
Saya terpanggil menulis dan
berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang
semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita,
anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan
mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.
Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.
Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya
dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak.
Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau
bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.
Malahan sebahagian wang
pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk
dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu
kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke
Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad)
dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau
kosong tiada jemaah.
Ketika selepas sembahyang Subuh
hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah
berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan
mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula.
Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
PERSOALANNYA, diri kita,
keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat
dari seksa alam akhirat? Sama-sama kita renungkan.
** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di Masjid Sri Petaling.
Jasad yang mati tetapi masih hidup di sisi Rabbnya.
-ditulis oleh Abu Jihah-
http://hijabulcrewz.blogspot.com/2011/10/kisah-benar-pemuda-meninggal-dalam.html
No comments:
Post a Comment