SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Saturday, April 13, 2013

GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI 1 AGENDA

Tidak lama lagi 16 Mei akan menjelma. Akan berkumandanglah lagu Guru Malaysia di angkasa negara. Ucapan akan bertukar, ingatan kembali mengisi memoir tentang penat lelah seorang guru meluangkan masa untuk menjadikan kita seorang manusia yang berjaya.

Tema Hari Guru Tahun 2013... 1 ASPIRASI 1 AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1 AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara. 
Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti


Biarlah di ceruk mana guru itu ditugaskan, namun tanggungjawab seorang guru tetap akan dilaksanakan. Digalas biar terpaksa mengharung benak Sungai Sarawak, bertembung bujang senang mahupun acap kali bersua jejak gajah dan pak belang di hutan. Itulah bakti guru yang kadangkala diperlekehkan.

No comments: