Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke IPTA berdasarkan prinsip meritokrasi. Dalam pelaksanaan dasar ini, kaedah pengiraan merit adalah berdasarkan pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. Walaupun hanya 10% markah kokurikulum diambil kira tetapi memainkan peranan besar dalam pemilihan pelajar ke IPTA.
Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum
a) Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Dalam Pembentukan Sahsiah
* Aktiviti kokurikulum di sertai bukan semata-mata untuk mendapat ganjaran markah dalam permohonan ke IPTA
* Untuk mengimbangi perkembangan individu secara menyeluruh sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek JASMANI, EMOSI, ROHANI dan INTELEK.
* Dapat memupuk keyakinan jati diri, kebolehan berinteraksi dan sosialisasi, keupayaan mengurus diri dan kumpulan,kepimpinan serta perkembangan sahsiah yang murni secara berterusan.
* Melahirkan generasi yang sihat, cergas, patriotik serta berwawasan.
* Secara jangka panjang aktiviti kokurikulum yang disertai di sekolah akan membantu pelajar menghadapi cabaran masa depan dengan berkeyakinan, bermotivasi, berketrampilan dan berpersonaliti unggul.
b) Kepentingan Untuk Kerjaya
* Aktiviti Kokurikulum yang diikuti oleh pelajar akan diambilkira untuk bersaing dalam memilih kerjaya yang baik.
* Keupayaan memimpin serta keyakinan mengurus yang diperoleh dari aktiviti kokurikulum adalah satu kelebihan untuk memenuhi peluang pekerjaan.
* Pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum akan diberi peluang dan pertimbangan dalam membina kerjaya mereka seterusnya.
PERHATIAN
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Friday, January 1, 2010
Pendidikan 1: Laluan ke IPTA
Salam....
Pelajar- pelajar yang dikasihi.... tahun 2009 telah pun melabuhkan tirainya....segala suka duka pahit manis sepanjang 2009 kita jadikan sebagai kenangan.... namun tidak bermakna kemunculan 2010 ini menjadikan titik noktah untuk kita dalam perjuangan kita mencari ilmu. Peperiksaan SPM merupakan anak tangga pertama dalam pendakian ke arah mencapai mahkota pendidikan (PhD).
Selepas ini anda perlu berhadapan dengan pelbagai cabang ilmu bergantung kepada keputusan /kelayakan masing-masing. Anda berhak untuk membuat pilihan. Segalanya terletak ditangan anda. Saya hanya mampu mendoakan kejayaan anda dalam pendidikan dan kerjaya.

Labels:
Pendidikan
Subscribe to:
Posts (Atom)