SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Thursday, November 12, 2009

Ceramah dan Pameran Kerjaya Kejururawatan


Hari ini satu program kerjaya diadakan di dewan Sri Pendeta melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat iaitu Program Kerjaya di bidang Kejururawatan.

Bidang itu kini telah mencapai status yang tinggi seiring dengan ilmu perubatan moden. Untuk menceburi profesion ini pelajar memerlukan ciri-ciri penyayang, penyabar, peramah, berdisiplin dan boleh bekerja sama dengan ahli pasukan kesihatan.

Pihak SMKPZ amat berterima kasih kepada semua pelatih jururawat tahun 3 dari Kolej Kejururawatan Seremban yang terlibat dalam program ini. Setidak-tidaknya pelajar-pelajar PZ terdedah dengan peluang dalam kerjaya ini yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Kelayakan Memohon sekurang-kurangnya mempunyai kredit dalam 6 mata pelajaran termasuk BM, BI, Mate dan Sains. Semasa latihan merekan diberi elaun-elaun iaitu elaun bulanan (RM621.21), elaun buku tahunan (RM250), elaun alat perkakas (RM25), elaun kertas projek (RM90), elaun jahitan (RM45 sepasang). Pakaian seragam dan kasut adalah percuma. Asrama disediakan. Tempoh latihan selama 3 tahun. Anda diberi Jaminan Kerja selepas tamat latihan. Tangga gaji permulaan RM1493.44. Walaubagaimanapun anda perlu berkhidmat dengan kerajaan bagi tempoh 4 tahun.

Pelatih juga ditempatkan di beberapa buah hospital, wad, klinik dan lain-lain untuk memperoleh pengalaman klinikal.

No comments: