SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Saturday, November 21, 2009

Malam Ikatan Mesra KRK 2009




Bertempat di Restoran Han Pi Yuen Royale Bintang, satu majlis makan malam KRK telah diadakan dengan meriahnya malam tadi. Antara tetamu jemputan yang hadir ialah En. Ramli bin Othman ( Ketua Unit Sektor Pengurusan Sekolah JPNS) dan isteri, Pn. Hjh Nooraini bt Mohd Darus (Pengetua Cemerlang SMKPZ) dan suami.

Majlis yang berlangsung selama dua jam lebih itu cukup bermakna bagi pelajar-pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) khususnya sebagai penghargaan atas kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. Kami guru-guru turut rasa berbangga kerana majlis ini sebahagian besarnya dikendalikan oleh pelajar-pelajar sendiri dengan dibimbing oleh guru penyelaras KRK Pn. Dusrasnita bt Abdullah.

Program Pasca PMR 2009




Program Pasca PMR berakhir semalam dengan majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh En. Hashim bin Osman (PK Pentadbiran). Program yang berlangsung selama lima minggu ini mendapat kerjasama yang cukup baik dalam kalangan pelajar mahupun guru-guru tingkatan 3 khususnya. Segala aktiviti yang dirancang oleh setiap panitia dapat dijalankan dengan jayanya. Penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan Program Pasca PMR 2009.

Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah 'info-hunt', kuiz, pertandingan memasak, indoor games, pertandingan mengemas bilik-bilik khas dan bengkel, NST Workshop dan lain-lain lagi. Selain itu, sebahagian pelajar Tingkatan 3 juga mengadakan lawatan kerjaya ke East West College sebagai pendedahan awal berkenaan kursus kulinari dan perhotelan.

Pihak UBK SMKPZ juga mengadakan kerjasama dengan Kolej Komuniti Jelebu untuk memberi pendedahan kepada pelajar Tingkatan 3 tentang pembinaan Blog. Blog ini adalah hasil daripada pengetahuan yang diperoleh daripada bengkel tersebut.

Monday, November 16, 2009

Program Sayangi Diri



Program ini diadakan untuk memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar tentang batas-batas pergaulan yang bukan muhrim dan nasihat-nasihat berguna dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.

Aktiviti dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Pengasingan ini dilakukan untuk memudahkan penceramah menyentuh hal-hal sensitiviti yang tidak sepatutnya didengari oleh satu-satu kumpulan jantina.

Pada akhir aktiviti diharapkan para pelajar faham tentang peranan dan batas-batas yang perlu mereka jaga dalam pergaulan seharian. Pn. Hjh Noraini bt Mohd Darus dan Ust Rosmah dijemput sebagai penceramah dalam kumpulan perempuan manakala kumpulan lelaki ceramah disampaikan oleh Ust Sophian. Penyelaras aktiviti ialah Pn. Sharifah Norashikin Syed Loed.

Librarian (PSS) Annual Dinner 2009





Satu majlis jamuan tahunan bagi pengawas- pengawas PSS telah diadakan jam 8.00 malam tadi bertempat di Seremban International Golf Club (SIGC). Majlis ini bertujuan meraikan Pengawas-pengawas PSS Tingkatan 5 yang akan menamatkan pengajian mereka tahun ini disamping sambutan tahunan PSS yang dibuat setiap tahun.

Antara tetamu jemputan yang hadir ialah pihak pengurusan sekolah iaitu Pengetua (Pn. Hjh Noraini Mohd Darus) dan suami, PK Akademik (En. Hashim Osman), PK HEM (En. Amir Fuad b Mohammad Dom), Guru Kaunseling (Pn. Sharifah Norashikin), Guru Perpustakaan (Pn. Rihana dan En. Zulhairi ). Majlis ini dikendalikan oleh Pn. Airuzmie Ibrahim (Guru Perpustakaan dan Media) bersama dengan JK Tertinggi PSS 2010.

Untuk memeriahkan suasana, game juga diadakan disamping ucapan, penyampaian hadiah dan jamuan makan.

Saturday, November 14, 2009

Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar Hari Ke-2





Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar pada hari ke-2 ini sangat meriah. Setiap peserta kursus memberikan komitmen yang baik dan menunjukkan semangat setiakawan antara satu sama lain terutama dalam menjalankan aktiviti outdoor.

Antara pengisian aktiviti pada hari ini ialah ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh PK HEM En. Amir Fuad bin Mohamad Dom, Pengucapan Awam oleh En. Mohd Fahridzakki Abdul Rahman (Guru Kaunseling) dan Sistem Pengurusan Badan Pengawas kendalian Pn. Hasidah Ismail (Guru Disiplin / Pengawas). Setiap aktiviti gerak kerja kumpulan pula mendapat bimbingan daripada Pn. Sharifah Norashikin, En. Mohd Hamdan, En.Zulhairi, En. Hazuan dan Cik Sharifah Azlin sebagai fasilitator.

Pada jam 4 petang, diadakan Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Pn. Hjh Nooraini bt Mohd Darus. Sekalung tahniah buat Adik Mohd Azimuddin (Ting 2B) dan Adik Fatimah Al-Aisyah ( Ting 1C) yang telah dinobatkan sebagai peserta terbaik.

Friday, November 13, 2009

Program Pasca PMR - Demonstrasi Gubahan Bunga



Aktiviti ini merupakan salah satu daripada Program Pasca PMR yang merupakan program tahunan bagi pelajar-pelajar yang telah menduduki peperiksaan awam PMR . Tujuan aktiviti ini dilaksanakan untuk memberi kemahiran kepada guru-guru dan pelajar tentang cara-cara mengubah bunga dengan betul. Aktiviti ini dikendalikan oleh panitia kemahiran hidup dibawah pengurusan Ketua Panitia Pn. Fauziah. Pn. Norazlina daripada Telawi Florist telah dijemput sebagai fasilitator bagi menunjukkan cara gubahan bunga.

Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar SMKPZ 2009


Seramai 60 orang pemimpin pelajar (Ting 1 - Ting 4) telah mengikuti aktiviti untuk hari pertama kursus. Mereka didedahkan dengan aktiviti "ice-breaking" dan "mind setting" yang dikendalikan oleh unit bimbingan dan kaunseling bersama dengan badan pemimpin pelajar. En. Fahridzakki b Abdul Rahman (GK PZ) selaku peneraju utama aktiviti tersebut dengan dibantu oleh beberapa guru yang lain.

Aktiviti yang berlangsung selama 3 jam bermula dari pukul 2.30ptg berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan menimbulkan minat pelajar untuk meneruskan aktiviti esoknya.

Thursday, November 12, 2009

Ceramah dan Pameran Kerjaya Kejururawatan


Hari ini satu program kerjaya diadakan di dewan Sri Pendeta melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat iaitu Program Kerjaya di bidang Kejururawatan.

Bidang itu kini telah mencapai status yang tinggi seiring dengan ilmu perubatan moden. Untuk menceburi profesion ini pelajar memerlukan ciri-ciri penyayang, penyabar, peramah, berdisiplin dan boleh bekerja sama dengan ahli pasukan kesihatan.

Pihak SMKPZ amat berterima kasih kepada semua pelatih jururawat tahun 3 dari Kolej Kejururawatan Seremban yang terlibat dalam program ini. Setidak-tidaknya pelajar-pelajar PZ terdedah dengan peluang dalam kerjaya ini yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Kelayakan Memohon sekurang-kurangnya mempunyai kredit dalam 6 mata pelajaran termasuk BM, BI, Mate dan Sains. Semasa latihan merekan diberi elaun-elaun iaitu elaun bulanan (RM621.21), elaun buku tahunan (RM250), elaun alat perkakas (RM25), elaun kertas projek (RM90), elaun jahitan (RM45 sepasang). Pakaian seragam dan kasut adalah percuma. Asrama disediakan. Tempoh latihan selama 3 tahun. Anda diberi Jaminan Kerja selepas tamat latihan. Tangga gaji permulaan RM1493.44. Walaubagaimanapun anda perlu berkhidmat dengan kerajaan bagi tempoh 4 tahun.

Pelatih juga ditempatkan di beberapa buah hospital, wad, klinik dan lain-lain untuk memperoleh pengalaman klinikal.

Pengenalan Blog

Tujuan Blog ini dibuat untuk memberi input kepada pelajar-pelajar khususnya dan kepada mereka yang memerlukan khidmat bimbingan daripada saya. Saya akan berusaha memenuhi kehendak anda semampu yang boleh.