SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Wednesday, January 6, 2010

Aktiviti 8: Program Halatuju Pelajar T4

Salam.....
Program Halatuju Pelajar T4 SMKPZ yang berlangsung selama 3 hari bermula 4 Jan - 6 Jan telah pun berakhir. Pelajar-pelajar diberi taklimat tentang sijil terbuka dan pendedahan tentang pakej-pakej matapelajaran yang ditawarkan di sekolah ini. Pelajar perlu memilih aliran yang bersesuaian dengan keputusan PMR mereka selain daripada minat. Selain itu, pelajar yang memohon aliran Sains Tulen dan Sains Teknikal perlu menjalani ujian diagnostik Sains/Matematik dan Lukisan Kejuruteraan. Ini merupakan kali pertama pihak sekolah mengadakan ujian diagnostik tersebut untuk memilih pelajar yang benar-benar layak memasuki aliran Sains Tulen dan Sains Teknikal.

No comments: