PERHATIAN
Friday, January 29, 2010
Kerjaya 3: Editor Penerbitan
Sains sosial merupakan salah satu cabang bidang sains yang melibatkan kaitan antara hubungan komunikasi sesama manusia. Bidang pekerjaan dalam kelompok sains sosial ini memerlukan kemahiran komunikasi yang tinggi dan juga perlu memahami psikologi manusia. Antara bidang pekerjaan yang tergolong dalam kumpulan sains sosial ini adalah seperti editor, wartawan, kaunselor, guru pendidikan khas,perisik dan lain-lain lagi.
Editor Penerbitan;
Menjadi seorang editor tidak mewajibkan seseorang itu mempunyai kelulusan khusus dalam bidang ini, cukup sekadar mempunyai minat untuk belajar. Menjadi editor bukanlah sesuatu yang mudah. Pekerjaan sebagai editor memerlukan tahap penguasaan bahasa yang tinggi, tekun, cinta akan ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi kemahiran untuk menghasilkan bahan bacaan yang bermutu.
Sebelum seseorang itu layak digelar sebagai editor, dia memerlukan suatu tempoh masa tertentu untuk mempelajari segala selok-belok bidang tugas editor ini. Selain itu apa yang penting anda mestilah menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Asalkan mempunyai minat maka kita haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment