SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Friday, July 30, 2010

Lontaran 9 : Sejenak bersama Sdra Akram Samsuri






Jumaat - 30 Julai...Pelajar-pelajar Kelas Aliran Agama (KAA) T1 -T3 berpeluang untuk bertemu dengan Sdra Akram Samsuri (ex-student KAA PZ 2005-2007) Dalam program tersebut..banyak ilmu motivasi yang disampaikan dengan meyakinkan pelajar2 walau dimana kita berada...kita juga boleh mencapai kejayaan yang cemerlang.
Sdra Akram Samsuri ini akan melanjutkan pelajarannya ke Mesir dalam jurusan perubatan...Semoga kehadiran beliau akan menyuntik semangat pelajar2 KAA khususnya untuk lebih berjaya.

Thursday, July 22, 2010

Catatan 1: Lawatan Kerjaya ke IPTS





Guru-guru Kaunseling Daerah Seremban melawat IPTS
anjuran bersama JPNS dan GETS.
~22 Julai 2010 ~

Monday, July 19, 2010

Aktiviti 21: Seminar Perundangan Syariah






17 Julai 2010 - anjuran MAINS dengan kerjasama SMK Pendeta Za'ba

Aktiviti 20: Lawatan ke Pusat Pemulihan Pencegahan Narkotik (PUSPEN)



Pada 14 Julai 2010.....seramai 40 orang ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling bersama 3 orang guru pengiring berkesempatan berkunjung ke PUSPEN, Tampin, Melaka. Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang kesan keatas tindakan penyalahgunaan dadah oleh individu.
Kami berpeluang melihat bilik DETOX yang menempatkan penghuni-penghuni baru dan mereka yang dikenakan tindakan disiplin. Melihatkan keadaan penghuninya serta keadaan bilik tersebut...menjadikan kami begitu insaf dengan apa yang berlaku.
Sesuatu yang tidak dapat dilupakan.. apabila kami berkesempatan untuk berbual dengan penghuni-penghuni disitu dengan diawasi oleh komandan disana.
Semoga lawatan ini memberi manfaat dan pengajaran kepada pelajar-pelajar ....

Wednesday, July 14, 2010

Aktiviti 19 : Majlis Penutup dan Penyerahan Semula Pelajar-pelajar Bukit Tinggi,Indon..






Sekali lagi, SMK PZ diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah kepada program anjuran JPNS/Kerajaan Negeri/Bukit Tinggi iaitu Majlis Penutupan dan Penyerahan Semula Anak Angkat Pelajar-pelajar Bukit Tinggi, Indonesia....pada 12 Julai 2010.
Majlis makan malam ini cukup 'happening' dan meriah. Tetamu serta keluarga angkat masing-masing turut disajikan dengan persembahan yang hebat dan versatile daripada pelajar-pelajar tersebut. Sebagai tuan rumah...pihak SMK PZ turut memberikan 'buah tangan' yang tidak kurang hebatnya untuk para tetamu dengan beberapa persembahan yang menjadi 'trademark' sekolah PZ!!
Turut hadir ke majlis ini... Dato' Abdullah bin Mohammad (Pengarah Pelajaran NS) serta isteri, Tn Hj. Jamali bin Salam (Timbalan Pengarah Pelajaran NS) dan tetamu yang diraikan iaitu Wali Kota dari Bukit Tinggi, Indonesia.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Dato' Pengarah Jabatan Pelajaran NS...
Semoga hubungan dua hala ini yang telah pun terjalin lebih 5 tahun ini..akan terus berkekalan..

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.....

Friday, July 9, 2010

Lontaran 6 : Erti Kemaafan


Kemaafan adalah proses melegakan perasaan kesal atau kemarahan terhadap orang lain atas kesalahan atau kesilapan yang dilakukan. Kemaafan boleh ditafsirkan kepada orang yang memaafkan dan orang yang dimaafkan.

Kemaafan Menurut Pandangan Pelbagai Agama:
  • Ajaran Buddha melihat kemaafan sebagai latihan menghalang pemikiran jahat daripada menjadi kaca/bilau kepada kesihatan mental seseorang. Perasaan dendam serta hasad dengki boleh meninggalkan kesan jangka panjang dalam karma minda. Oleh itu, agama Buddha menggalakkan percambahan fikiran yang boleh meninggalkan kesan positif yang menyeluruh.

  • Ajaran Kristian mengajar penganutnya menerima kemaafan lebih telus melalui perasaan ikhlas bertaubat kepada Tuhan. Pengakuan dan doa oleh pesalah merupakan cara memohon kemaafan. Hal ini disokong dengan pengakuan kepada Tuhan kerana Tuhan Maha Pengampun.

  • Ajaran Hindu, iaitu petikan dalam kitab Mahabharata menyebut "Hanya ada satu kecacatan dalam memaafkan sesorang, iaitu ramai menganggap orang yang memafkan bersifat lemah. Hal ini tidak wajar diambil kira kerana kemaafan merupakan kuasa terhebat."

  • Ajaran Islam pula menegaskan bahawa Allah Yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun menyuruh kita supaya selalu memaafkan kesalahan orang seperti dalam firmanNya "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'aruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh."(Al-A'raf :199)

Seseorang yang tidak mahu memaafkan kesalahan saudaranya terhadap dirinya maka dia tidak disukai Allah. Sikap yang sedemikianmenunjukkan kesombongan dan hati yang kotor serta penuh dendam. Hal ini demikian kerana sebagai manusia dia pun berharap sangat dimaafkan oleh orang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w "Barang siapa yang diminta maaf oleh saudaranya yang Muslim, ia tidak mahu memaafkan, maka ia mempunyai dosa sebesar dosa orang yang merompak."(Hadith riwayat Ibnu Majah)

Kelebihan Orang Yang Suka Memaafkan:
  • Dapat menyucikan hati

  • Dapat ketenangan fikiran

  • Dapat menyembuhkan penyakit

  • Dapat wajah yang menawan dan ceria

  • Doanya akan dimakbulkan Tuhan

  • Dapat mengurangkan ketegangan fikiran
Berikut adalah sebuah sajak yang cukup berkesan:

Maafkanlah… andai hatimu pernah disakiti
Maafkanlah… andai hatimu pernah dilukai
Maafkanlah… andai hatimu masih dilukai
Maafkanlah… andai hatimu tetap dilukai
Biarlah Tuhan yang membalas semua perbuatan yang melukakan hatimu

Pohonlah maaf… andai kau pernah melukai
Pohonlah maaf… andai kau pernah menyakiti
Pohonlah maaf… andai kata-katamu melukakan insan lain
Pohonlah maaf... andai bicaramu menyebabkan tangisan insan lain
Pohonlah maaf... andai perbuatanmu menzalimi jiwa yang terluka

Memohon maaf tidak akan merendahkan martabatmu
Memohon maaf tidak akan menjatuhkan darjatmu
Memohon maaf tidak akan menghinakan dirimu

Jadi, bermaaf-maafanlah kita untuk memulakan episod baru dalam kehidupan kita.
Teruskanlah amalan ini kerana memaafkan dan meminta maaf ini memberikan kita ketenangan fikiran dan kesucian hati. Menurut Dato' Dr. Fadhilah Kamsah dalam salah satu siri motivasinya ada juga menyarankan agar sebelum kita tidur setiap malam kita dapat memaafkan kesalahan orang lain juga untuk tujuan mendapat ketenangan fikiran dan kesucian hati.

Aktiviti 18 : Program Temu Mesra Ibu bapa, Pelajar dan Guru





Open Day SMK PZ - 9 Julai 2010.....!!!!
Hari yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa...yang prihatin dengan prestasi kemajuan anak2 meraka. Disinilah ruang mereka bertemu dengan guru-guru untuk bertanyakan perkembangan anak2 di sekolah dalam bidang akademik khususnya. Bagi ibu bapa/penjaga yang peka... alhamdulillah....manakala ibu bapa/penjaga yang sibuk dengan kerjaya...luangkanlah masa untuk seketika demi anak-anak yang memerlukan secebis perhatian!!!!!

Wednesday, July 7, 2010

Aktiviti 17 : Program Menzahirkan Zuriat Berilmu Negeri Sembilan







3 Julai 2010...Banyak dugaan yang perlu ditempuhi untuk melaksanakan program bersama Adi Putra. Namun semangat dan sokongan padu daripada Pengetua...khususnya Pn. Siti Azlin dan En. Hashim menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dengan sempurnanya. Terima kasih buat rakan2 guru yang telah memberikan kerjasama yang jitu dalam menjayakannya..
Kebanyakan peserta program berasa puas hati dengan pengisian yang dijalankan...Bermula dengan celoteh pelukis negara, Sham dan Syed Nahar peserta disajikan dengan hasilan lukisan tangan mereka yang cukup menarik dan menakjubkan. Sedikit sebanyak peserta dapat berkongsi ilmu dalam teknik-teknik melukis yang betul
Dr Azmi..pakar motivasi yang sentiasa menceriakan suasana menjadikan program ini lebih meriah. Namun, beliau tetap menyelitkan ilmu-ilmu keibubapaan untuk dikongsi bersama dengan ibu bapa...sehinggakan tips-tips yang disampaikan menyentuh perasaan ....
Kemuncak acara....ialah kehadiran Prof Cilik Adi Putra (Ikon Matematik). Semua peserta memang menunggu2 kehadirannya untuk melihat si cilik yang begitu petah berkomunikasi dan pintar. Banyak kaedah-kaedah matematik yang dapat dikongsi bersama....dan ia kelihatan begitu mudah sekali..menjadikan matematik itu satu subjek yang menarik.
Keseluruhannya..para peserta berasa puas hati dengan program ini.