Kemaafan adalah proses melegakan perasaan kesal atau kemarahan terhadap orang lain atas kesalahan atau kesilapan yang dilakukan. Kemaafan boleh ditafsirkan kepada orang yang memaafkan dan orang yang dimaafkan.
Kemaafan Menurut Pandangan Pelbagai Agama:
- Ajaran Buddha melihat kemaafan sebagai latihan menghalang pemikiran jahat daripada menjadi kaca/bilau kepada kesihatan mental seseorang. Perasaan dendam serta hasad dengki boleh meninggalkan kesan jangka panjang dalam karma minda. Oleh itu, agama Buddha menggalakkan percambahan fikiran yang boleh meninggalkan kesan positif yang menyeluruh.
- Ajaran Kristian mengajar penganutnya menerima kemaafan lebih telus melalui perasaan ikhlas bertaubat kepada Tuhan. Pengakuan dan doa oleh pesalah merupakan cara memohon kemaafan. Hal ini disokong dengan pengakuan kepada Tuhan kerana Tuhan Maha Pengampun.
- Ajaran Hindu, iaitu petikan dalam kitab Mahabharata menyebut "Hanya ada satu kecacatan dalam memaafkan sesorang, iaitu ramai menganggap orang yang memafkan bersifat lemah. Hal ini tidak wajar diambil kira kerana kemaafan merupakan kuasa terhebat."
- Ajaran Islam pula menegaskan bahawa Allah Yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun menyuruh kita supaya selalu memaafkan kesalahan orang seperti dalam firmanNya "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'aruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh."(Al-A'raf :199)
Seseorang yang tidak mahu memaafkan kesalahan saudaranya terhadap dirinya maka dia tidak disukai Allah. Sikap yang sedemikianmenunjukkan kesombongan dan hati yang kotor serta penuh dendam. Hal ini demikian kerana sebagai manusia dia pun berharap sangat dimaafkan oleh orang lain.
Sabda Rasulullah s.a.w "Barang siapa yang diminta maaf oleh saudaranya yang Muslim, ia tidak mahu memaafkan, maka ia mempunyai dosa sebesar dosa orang yang merompak."(Hadith riwayat Ibnu Majah)
Kelebihan Orang Yang Suka Memaafkan:- Dapat menyucikan hati
- Dapat ketenangan fikiran
- Dapat menyembuhkan penyakit
- Dapat wajah yang menawan dan ceria
- Doanya akan dimakbulkan Tuhan
- Dapat mengurangkan ketegangan fikiran
Maafkanlah… andai hatimu pernah disakiti
Maafkanlah… andai hatimu pernah dilukai
Maafkanlah… andai hatimu masih dilukai
Maafkanlah… andai hatimu tetap dilukai
Biarlah Tuhan yang membalas semua perbuatan yang melukakan hatimu
Pohonlah maaf… andai kau pernah melukai
Pohonlah maaf… andai kau pernah menyakiti
Pohonlah maaf… andai kata-katamu melukakan insan lain
Pohonlah maaf... andai bicaramu menyebabkan tangisan insan lain
Pohonlah maaf... andai perbuatanmu menzalimi jiwa yang terluka
Memohon maaf tidak akan merendahkan martabatmu
Memohon maaf tidak akan menjatuhkan darjatmu
Memohon maaf tidak akan menghinakan dirimu
Jadi, bermaaf-maafanlah kita untuk memulakan episod baru dalam kehidupan kita.
Teruskanlah amalan ini kerana memaafkan dan meminta maaf ini memberikan kita ketenangan fikiran dan kesucian hati. Menurut Dato' Dr. Fadhilah Kamsah dalam salah satu siri motivasinya ada juga menyarankan agar sebelum kita tidur setiap malam kita dapat memaafkan kesalahan orang lain juga untuk tujuan mendapat ketenangan fikiran dan kesucian hati.
No comments:
Post a Comment