Akhirnya....segala-galanya telah pun terjawab!!
Berkongsi kegembiraan dengan pelajar-pelajar cemerlang PZ...PMR Straight A!!
Dokumen berkenaan SBPA boleh diakses dan dimuat turun melalui laman web agensi-agensi masing-masing. Senarai agensi boleh dirujuk pada jadual di bawah:
Semua Pekeliling yang di senaraikan di bawah adalah dalam format PDF. Bagi yang tiada perisian Acrobat Reader, sila muatturun Acrobat Reader.Sebarang pertanyaan berkenaan SBPA sila ajukan kepada sbpa@jpa.gov.my
Hotline SBPA mulai 15 Disember 2011 8.30 pagi – 9.00 malam (Hari Bekerja)
Bulan | Tarikh | Catatan |
Januari | 16 Januari 2012 Isnin | Tahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012 |
Februari | 23 Februari 2012 Khamis | |
Mac | 22 Mac 2012 Khamis | |
April | 25 April 2012 Rabu | |
Mei | 23 Mei 2012 Rabu | Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2012 |
Jun | 25 Jun 2012 Isnin | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2012 |
Julai | 25 Julai 2012 Rabu | |
Ogos | 13 Ogos 2012 Isnin | Hari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012 |
September | 25 September 2012 Selasa | |
Oktober | 22 Oktober 2012 Isnin | Hari Raya Haji 26 Oktober 2012 |
November | 6 November 2012 Selasa | Deepavali 13 November 2012 |
Disember | 18 Disember 2012 Selasa | Hari Krismas 25 Disember 2012 |
Kumpulan A :
Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
Tarikh Buka Sekolah: 03.01.2012
Kumpulan B :
Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, pahang Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.
Tarikh Buka Sekolah: 04.01.2012
Diharap semua pelajar dapat menghabiskan masa cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah sebelum memulakan musim persekolahan tahun depan.
Sumber : melvister.com
PEKELILING PERKHIDMATAN 11, 13 & 14 TAHUN 2011:
PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi semua pegawai lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan yang melibatkan struktur perkhidmatan yang merangkumi skim perkhidmatan, syarat perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan serta faedah persaraan.
SBPA bertunjangkan penyampaian perkhidmatan yang mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, maka inisiatif transformasi Perkhidmatan Awam akan dilaksana melalui SBPA yang berpaksikan kepada kepimpinan dinamik, Perkhidmatan Awam kejat, perkhidmatan yang fleksibel, modal insan berkualiti dan saraan yang kompetitif. Ia mengganti Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa sejak tahun 2002.
Transformasi Perkhidmatan Awam adalah diperlukan untuk menjayakan agenda pembangunan negara yang termaktub di bawah Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan inisiatif-inisiatif pembangunan yang lain.
Jadual Pemindahan Gaji:
Antara Kandungan Pekeliling SBPA 2012 ini yang dianggap penting & menarik perhatian ialah :
STRUKTUR GAJI
Jadual Gaji Single Point:
27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier.
Jadual Gaji Minimum – Maksimum:
28. Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Jadual Gaji Sebaris (JGS):
29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.
30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.
30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.
30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua
Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.
31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakala JGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.
Ramai yang bertanya, mana Lampiran C? Lampiran C hanya diserahkan kepada Pegawai Sumber Manusia (PSM) agensi masing-masing.
Prinsip Pemindahan Gaji
Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji
Pergerakan Gaji Tahunan
Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang
Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)
Contoh Jadual Gaji Perkhidmatan Perguruan:
Tangga Gaji Bagi Skim J (Kejuruteraan):-SSM J17 = SBPA J4-1 Gaji RM980-RM2805 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95) => SPM
Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)
Kakitangan awam hanya diberikan tempoh selama 15 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011 bagi memilih samada SBPA atau kekal dalam sistem lama SSM.
Sumber: Berita Semasa
Muat-turun Pekeliling berkaitan (dibuka dalam .PDF - Adobe Reader)
Senarai Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
Jadual Pemindahan Gaji jawatan daripada Skim SSM ke SBPA untuk rujukan semua penjawat awam;
Capaian daripada Agensi berkaitan:
Ini akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU kemasukan ke IPTA, Politeknik, TEVT dan ILKA bagi sesi akademik 2012/2013.
Karvinal Jom Masuk U 2012 akan berlangsung seperti berikut;
Tarikh | Lokasi |
14 – 15 Januari | Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang |
28 – 29 Januari | Terengganu Trade Centre, Terengganu |
4 – 5 Februari | Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah |
11 –12 Februari | Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah |
18 – 19 Februari | Sunway Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang |
25 – 26 Februari | Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan |
3 – 4 Mac | Port Dickson, Negeri Sembilan |
10 – 11 Mac | Permata Exhibition Hall, Kuching, Sarawak |
17 – 18 Mac | Kuala Kangsar, Perak |
24 – 25 Mac | PERSADA, Johor Bahru, Johor |
31 Mac – 1 April | MINES International Exhibition Centre, Seri Kembangan, Selangor |
Tarikh dan lokasi di atas adalah tertakluk kepada pindaan. Masuk adalah percuma. Secara amnya karnival ini bermula daripada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Pameran pendidikan adalah aktiviti utama Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U. Di antara organisasi yang menyertai pameran ini adalah 20 IPTA, 100 IPTS terpilih, Bahagian dan Agensi di Kementerian Pengajian Tinggi – Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengurusan IPS, Bahagian Biasiswa, Bahagian Sukan, Unit Komunikasi Korporat, Perbadanan Tabung Pendidikan Negara dan Malaysian Qualification Agency.
Sementara itu Bahagian dan Agensi di Kementerian Pelajaran Malaysia – Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Matrikulasi, Bahagian Pendidikan Guru, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri.
Di samping itu Yayasan Negeri, agensi pembiayaan pendidikan dan lain.lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan pendidikan tinggi juga turut serta. Di antaranya Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan – IKBN, Kementerian Sumber Manusia – JTM, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – NATC, Jabatan Pembangunan Kemahiran – KSM, Jabatan Pertauliahan dan Kemahiran Lanjutan – CIAST, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan, Unit Pusat Institusi MARA dan Majlis Amanah Rakyat.
Pameran Jom Masuk U ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Karnival Pengajian Tinggi Negara – JOM MASUK U 2012 ini sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Putrajaya. Talian Am 03-8870 6755/ 03-8870 6766, Helpline UPU 03-8870 6777, Hot Line UPU 03-8870 6767, Kaunter KPT UPU 03-8870 6778 atau Faks 03-8870 6864 atau e-mel upu@mohe.gov.my
Ampunan Dosa Satu Tahun
Bagi yang berpuasa ’Asyura, Allah yang Maha Pengampun akan menghapus dosa-dosanya selama setahun terakhir.
Diriwayatkan oleh Muslim dari Qatadah, ujarnya: ”Ditanyakan kepada Rasulullah saw tentang Puasa ’Asyura, maka Rasulullah saw menjawab:
”Yukaffirus sanatal maadhiyat.”
”(Puasa Asyura itu) menutup dosa satu tahun yang lalu.”
Memperbanyak Pemberian di Hari Asyura
Sangat dianjurkan untuk memperbanyak belanja untuk keluarga dan pemberian kepada penduduk di sekitar kita pada hari Asyura.
Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah saw bersabda:
”Barangsiapa meluaskan pemberian untuk keluarganya (orang yang wajib dia nafkahi) dan ahlinya (penduduk sekitarnya) di hari Asyura, niscaya Allah meluaskan pula pemberian-Nya di seluruh tahunnya.”
Oleh karena itu bagi para Bapak, tambahlah pemberian anda kepada anak, istri, ayah, ibu anda. Buat semuanya, berilah hadiah atau sedekah kepada penduduk di sekitar anda di hari ’Asyura. Semoga Allah meluaskan rizqi anda di seluruh tahun hidup anda. Aamiin.
Membedakan Diri dari Umat Yahudi dan Nasrani
Muslim dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ibnu Abbas, ujarnya:
”Manakala Rasululah saw berpuasa pada hari `Asyura dan menyuruh para shahabat berpuasa, para shahabat berkata, ”Ya Rasulullah bahwasannya hari `Asyura itu hari yang dibesarkan oleh orang Yahudi dan Nasrani.”
Maka bersabdalah Rasulullah saw:
”idzaa kaanal ’aamul muqbilu. Insyaa’allaahu shumnaal yawmat taasi’a.”
”Jika tahun depan datang, insya Allah kita berpuasa juga pada hari yang kesembilan (taasu`a)”
Kata Ibnu Abbas: Namun sebelum datang tahun yang dijanjikan itu, Rasulullah saw wafat.
Inilah mengapa Umat Islam berpuasa tidak hanya pada tanggal 10 Muharram (Hari ’Asyura) tapi juga ditambah dengan puasa hari ke-9 Muharram yang biasa dikenal dengan nama Puasa Tasu’a (hari ke-9) untuk membedakan diri dari Umat Yahudi dan Nasrani yang berpuasa di hari ke-10 Muharram saja (Hari ’Asyura).
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2011 warganegara Malaysia yang akan menduduki PMR 2011 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2012. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.
http://eputra.com/permohonan-kemasukan-mrsm-tingkatan-empat-2012/#more-3237
Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dan berminat menyambung belajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2012 bolehlah membuat permohonan sekarang.
Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
Kementerian Pelajaran juga dalam proses menukarkan status Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional secara berperingkat-peringkat sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara serta menghapuskan stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak dapat menguasai bidang akademik. Perubahan nama itu akan melibatkan pindaan Akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal dan vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.
Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menawarkan 3 aliran dan 1 kolej;
Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran teknikal menyediakan 6 pakej kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, Sains Pertanian dan AgroTeknologi.
Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Aliran vokasional menyediakan 17 pakej kursus iaitu Automotif, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Elektrik dan Elektronik, Pengurusan Perniagaan, Fesyen, Katering, Seni Kecantikan, Perkhidmatan dan Perkembangan Kanak-kanak, Bakeri, Pelancongan, Hortikultur Hiasan dan Lanskap, Teknologi Tanaman, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan dan Pengaturcaraan Komputer.
Aliran Kemahiran & Kolej Vokasional
Aliran kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Aliran kemahiran menyediakan 20 pakej kursus iaitu Pemesinan, Jurukimpal, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Juruteknik Automotif, Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Pembuat Perabot, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan (Asas Kayu), Jurukerja Paip, Pelukis Pelan Senibina, Timber Processing and Finishing, Juruteknik Elektrik, Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan, Demi Chef, Pembuat Pakaian Wanita, Pendandan Rambut, Jurukecantikan, Juruteknik Akuakultur, Juruteknik Ladang Pertanian dan Jurupemprosesan Makanan.
Kolej Vokasional pula menyediakan 14 pakej kursus iaitu Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Automotif, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Teknologi Elektrik, Seni Kulinari, Kosmetologi, Fesyen dan Membuat Pakaian, Hortikultur Hiasan, Landskap, Mekanisasi Agro, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Ruminan dan Agroindustri Ternakan Poltri
Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2012 adalah pada 19 Disember 2011.
Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Vokasional (SMV) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang berkenaan.