SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Thursday, December 8, 2011

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2012....JOM MASUK U

Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2012 ini disasarkan menjadi Pusat Sehenti mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi lepasan SPM dan setaraf serta STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kepada pemohon, pelajar, ibubapa, guru dan komuniti setempat.

Ini akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU kemasukan ke IPTA, Politeknik, TEVT dan ILKA bagi sesi akademik 2012/2013.

Lokasi Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2012

Karvinal Jom Masuk U 2012 akan berlangsung seperti berikut;

Tarikh Lokasi


14 – 15 Januari Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
28 – 29 Januari Terengganu Trade Centre, Terengganu
4 – 5 Februari Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
11 –12 Februari Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah
18 – 19 Februari Sunway Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang
25 – 26 Februari Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan
3 – 4 Mac Port Dickson, Negeri Sembilan
10 – 11 Mac Permata Exhibition Hall, Kuching, Sarawak
17 – 18 Mac Kuala Kangsar, Perak
24 – 25 Mac PERSADA, Johor Bahru, Johor
31 Mac – 1 April MINES International Exhibition Centre, Seri Kembangan, Selangor

Tarikh dan lokasi di atas adalah tertakluk kepada pindaan. Masuk adalah percuma. Secara amnya karnival ini bermula daripada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Pameran Pendidikan

Pameran pendidikan adalah aktiviti utama Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U. Di antara organisasi yang menyertai pameran ini adalah 20 IPTA, 100 IPTS terpilih, Bahagian dan Agensi di Kementerian Pengajian Tinggi – Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengurusan IPS, Bahagian Biasiswa, Bahagian Sukan, Unit Komunikasi Korporat, Perbadanan Tabung Pendidikan Negara dan Malaysian Qualification Agency.

Sementara itu Bahagian dan Agensi di Kementerian Pelajaran Malaysia – Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Matrikulasi, Bahagian Pendidikan Guru, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri.

Di samping itu Yayasan Negeri, agensi pembiayaan pendidikan dan lain.lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan pendidikan tinggi juga turut serta. Di antaranya Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan – IKBN, Kementerian Sumber Manusia – JTM, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – NATC, Jabatan Pembangunan Kemahiran – KSM, Jabatan Pertauliahan dan Kemahiran Lanjutan – CIAST, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan, Unit Pusat Institusi MARA dan Majlis Amanah Rakyat.

Pameran Jom Masuk U ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti.

Maklumat

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Karnival Pengajian Tinggi Negara – JOM MASUK U 2012 ini sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Putrajaya. Talian Am 03-8870 6755/ 03-8870 6766, Helpline UPU 03-8870 6777, Hot Line UPU 03-8870 6767, Kaunter KPT UPU 03-8870 6778 atau Faks 03-8870 6864 atau e-mel upu@mohe.gov.my

No comments: