SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Friday, December 23, 2011

DETIK PENANTIAN CALON PMR 2011 BERAKHIR


Akhirnya....segala-galanya telah pun terjawab!!
Detik penantian calon PMR yang hadir sejak jam 10 pagi lagi berakhir apabila Tuan Pengetua, Pn. Hjh Norlia Abd Karim mengumumkan seramai 44 orang calon yang berjaya mencapai keputusan cemerlang dengan 17 orang mendapat straight A. Satu kebanggan buat warga sekolah yang julung kalinya mendapat keputusan yang sebegini rupa.

Dua tahun berturut-turut PZ mengekalkan kecemerlangannya. Tahniah buat para pelajar..ibubapa..dan tidak lupa juga buat guru-guru PZ yang sentiasa memberikan bimbingan, didikan yang terbaik buat anak-anak muridnya...Syabas buat semua!!

Bagi yang berjaya, ini merupakan batu loncatan bagi mereka untuk ke sekolah MRSM / SBP atau sekolah-sekolah idaman pelajar tersebut. Bagi yang kurang berjaya mendapat Full A dalam 8 atau 9 subjek, jangan kecewa dan putus asa... Peluang masih terbuka untuk peperiksaan yang lebih besar iaitu SPM. Jangan kecundang sekarang dan pastikan anda lebih tekun belajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Ketahuilah..kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Ayuh pelajar-pelajar sekalian..janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim.


Berkongsi kegembiraan dengan pelajar-pelajar cemerlang PZ...PMR Straight A!!

No comments: