SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Wednesday, January 25, 2012

MEMILIH KURSUS SELEPAS SPM

Januari sudah sampai ke penghujung....Februari bakal tiba. Debaran pelajar SPM 2011 semakin kuat. Keputusan yang ditunggu mungkin diketahui pada penghujung Februari atau awal Mac. Waktu inilah masing-masing akan terasa perjuangan yang diharungi sebelum ini menghasilkan kejayaan atau tidak. Ada yang akan menangis kegembiraan dan ada juga yang menangisi kegagalan. Bagi yang berjaya, waktu itulah waktu yang paling sukar untuk menentukan langkah yang seterusnya samada hendak mengikut kehendak ibu bapa, guru atau kehendak sendiri. Untuk memudahkan para pelajar membuat pilihan... saya suka berkongsi cerita sebenar tentang pengalaman seorang pelajar yang telah membuat pilihan kursus yang salah..... klik di sini untuk mengetahui cerita yang selanjutnya.

Monday, January 16, 2012

KUNJUNGAN KASIH....

Merisik khabar Pn. Hazlin bt Ramlan di kediaman beliau di Taman Margosa, Ampangan bersama-sama Tuan Pengetua, Pn. Hjh Norlia bt Abd Karim dan Wakil Kelab Guru Cik Nor Suakma.

Hujung Disember yang lalu beliau menjalani pembedahan kecil jantung. Dalam tempoh sebulan tu beliau mengalami demam panas dan batuk berdarah yang berpanjangan. Pn. Hazlin dimasukkan ke wad kerana peparu sebelah kirinya terkena jangkitan kuman, yang dipercayai kesan daripada pembedahan tersebut. Hari ini (17 Januari 2012), beliau telah sembuh dan mula bertugas. Semoga beliau tabah menerima ujian daripada Allah. Setiap musibah yang terjadi ada hikmah disebaliknya....


Ya Allah Ya Tuhanku Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

"Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"

Thursday, January 12, 2012

JASAMU DIKENANG CIKGU ABDUL MALIK

PZ kehilangan lagi seorang guru senior yang begitu komited terhadap tugas sebagai seorang guru disiplin selaras dengan prinsip "Disiplin Didahulukan, Akademik Diutamakan". Pengalaman, ilmu dan kepakaran yang beliau miliki menjadikan guru ini "tempat bertanya dan tempat berguru". Merupakan abang kepada rakan-rakan guru, beliau diibaratkan sebagai.....
Pohon rendang ditengah padang,
Uratnya tempat bersila,

Batangnya untuk bersandar,
Dahannya untuk bergantung,
Buahnya untuk dimakan,
Daunnya untuk berlindung.
En. Abdul Malik tidak pernah menolak tugas yang diberi. Usaha beliau bersama guru-guru dan pelajar menaiktaraf taman-taman sekolah berkonsepkan edible landskap haruslah dipuji.
Begitulah intipati ucapan Tuan Pengetua, Pn Hjh Norlia Abd Karim (Pengetua Cemerlang) dalam suatu majlis perpisahan meraikan perpindahan En. Abd Malik bin Rejab. Beliau akan menjawat jawatan sebagai Ketua Bidang Teknik dan Vokasional di salah sebuah sekolah di Nilai.
Cikgu Malik sempat meyampaikan pantunnya untuk renungan warga Pendeta Za'ba
Air tenang menghayut kabut
Lebih baik mengasah parang
Hati tenang mulut menyebut
Itulah kita di hati orang

Harapan warga PZ moga di tempat baru nanti Cikgu Malik akan menjadi pelita yang lebih terang daripada pelita yang dinyalakan di PZ.

Tuesday, January 10, 2012

MINGGU JALINAN MESRA (ORIENTASI) PELAJAR TINGKATAN 1

Minggu Jalinan Mesra (Orientasi) tingkatan satu menjadi program wajib sebagai memperkenalkan suasana dan iklim sekolah kepada pelajar baru. Ia menjadi permulaan kepada pandangan dan respon pelajar terhadap persekitaran pembelajaran sekolah baru dan seterusnya diharapkan akan menjamin kerjasama, sokongan dan kefahaman pelajar sepanjang menjadi warga sekolah.
Berlangsung selama 5 hari bermula pada 4 Januari dan berakhir pada 10 Januari 2012, pelajar-pelajar Tingkatan 1 didedahkan dengan pelbagai aspek yang terdapat di sekolah bagi memberi pendedahan awal kepada mereka agar bersedia untuk menjadi warga SMK Pendeta Za'ba. Mereka memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang program tersebut dilaksanakan. Semoga semua pelajar Tingkatan 1 lebih bersedia untuk mengikuti sesi pembelajaran bagi sesi 2012.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan jayanya. Semua pelajar memberi kerjasama yang baik terhadap setiap aktiviti yang dijalankan dengan bimbingan beberapa orang fasilitator (bekas pelajar PZ).

Majlis Penutup Minggu Jalinan Mesra ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Pn Hjh Norlia Abd Karim. Dalan ucapan beliau, beliau mengingatkan para pelajar tentang kepentingan pelajaran, menjaga sahsiah yang baik bersesuaian dengan nama sekolah PENDETA ZA'BA itu sendiri. Turut serta memeriahkan majlis ini ialah Tn Hj. Hashim b Osman (GPK 1) dan Pn Norhayati bt Abd Rahman (GPK Kokurikulum). Majlis ini juga diserikan dengan persembahan deklamasi sajak oleh pelajar KRK. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta dan kumpulan terbaik.

Bergambar kenang-kenangan bersama fasilitator.

Barisan fasilitator yang mantap. Terima kasih daun keladi...lain kali bantu lagi


Saturday, January 7, 2012

7 SECRETS OF SUCCESS LYING IN OUR ROOM

Sesuatu yang perlu saya kongsikan bersama anda....yang perlu direnungi dan difikir-fikirkan yang saya dapat daripada seorang pengetua yang saya hormati dan sayangi....di Mesyuarat Kurikulum sekolah yang pertama 2012.

1. Roof says : "Aim High"

2. Fan says : "Be Cool"

3. Clock says : "Every minute is precious"

4. Mirror says : "Reflect before you act"

5. Window says : "See the world"

6. Calender says : "Be update"

7. Door says : "Push hard to achieve your goal"

Kredit to: Pn. Hjh Norlia bt Abd Karim (Pengetua Cemerlang SMKPZ)


Friday, January 6, 2012

DETIK PENANTIAN CALON PMR 2011 BERAKHIR - PART 2

Merakam kenangan terciptanya sejarah kecemerlangan dalam PMR SMK Pendeta Za'ba Tahun 2011....















Justeru itu, anak2 pelajar sekalian...jadikanlah kejayaan mereka ini sebagai dorongan untuk anda memulakan langkah pertama meraih kejayaan pada hari esok. Jangan jadikan kemiskinan, kesukaran dan kekurangan diri dan keluarga menjadi alasan dan penghalang untuk anda mencipta kejayaan. KALAU ORANG LAIN BOLEH BERJAYA, KENAPA ANDA TIDAK BOLEH ? Tanyalah diri anda, pasti anda mengetahui jawapannya.

Monday, January 2, 2012

SELAMAT TAHUN BARU

Untuk menarik sebiji batu yang besar ke atas bukit adalah amat payah tetapi untuk menolaknya ke bawah adalah amat mudah. Begitu juga dengan kehidupan ….berusaha untuk mencapai kejayaan adalah amat payah tetapi untuk menjunam ke bawah hanya memerlukan satu langkah yang salah.

Setiap dari kita ada kelemahan tersendiri. Set azam untuk perbaiki kelemahan, kesilapan dan kegagalan pada tahun 2011. Masa lalu usah disamakan dengan masa sekarang. Jadikannya sebagai pengajaran, perbaiki diri dan berusahalah untuk menjadi yang terbaik.