SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Tuesday, January 10, 2012

MINGGU JALINAN MESRA (ORIENTASI) PELAJAR TINGKATAN 1

Minggu Jalinan Mesra (Orientasi) tingkatan satu menjadi program wajib sebagai memperkenalkan suasana dan iklim sekolah kepada pelajar baru. Ia menjadi permulaan kepada pandangan dan respon pelajar terhadap persekitaran pembelajaran sekolah baru dan seterusnya diharapkan akan menjamin kerjasama, sokongan dan kefahaman pelajar sepanjang menjadi warga sekolah.
Berlangsung selama 5 hari bermula pada 4 Januari dan berakhir pada 10 Januari 2012, pelajar-pelajar Tingkatan 1 didedahkan dengan pelbagai aspek yang terdapat di sekolah bagi memberi pendedahan awal kepada mereka agar bersedia untuk menjadi warga SMK Pendeta Za'ba. Mereka memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang program tersebut dilaksanakan. Semoga semua pelajar Tingkatan 1 lebih bersedia untuk mengikuti sesi pembelajaran bagi sesi 2012.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan jayanya. Semua pelajar memberi kerjasama yang baik terhadap setiap aktiviti yang dijalankan dengan bimbingan beberapa orang fasilitator (bekas pelajar PZ).

Majlis Penutup Minggu Jalinan Mesra ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Pn Hjh Norlia Abd Karim. Dalan ucapan beliau, beliau mengingatkan para pelajar tentang kepentingan pelajaran, menjaga sahsiah yang baik bersesuaian dengan nama sekolah PENDETA ZA'BA itu sendiri. Turut serta memeriahkan majlis ini ialah Tn Hj. Hashim b Osman (GPK 1) dan Pn Norhayati bt Abd Rahman (GPK Kokurikulum). Majlis ini juga diserikan dengan persembahan deklamasi sajak oleh pelajar KRK. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta dan kumpulan terbaik.

Bergambar kenang-kenangan bersama fasilitator.

Barisan fasilitator yang mantap. Terima kasih daun keladi...lain kali bantu lagi


No comments: