SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Tuesday, June 12, 2012

ANDA BERHAK HEBAT

Sebuah filem tayangan tahun 2009 arahan John Lee Hancock yang bertajuk The Blind Side, kisah benar perjalanan hidup seorang pemain American Football - Michael Jerome Oher. Merupakan seorang anak daripada keluarga berkulit hitam yang terbiar dan telah dikutip serta dipelihara oleh pasangan Leigh Anne dan Sean Touhy yang berkulit putih. Beliau telah diberi peluang untuk 'hidup semula' - belajar dan berjaya menjadi seorang pemain American Football yang digeruni . Beliau pernah berkata dalam sesi temubual, satu quote yang sangat memberi impak kepada saya berbunyi - ''Saya mungkin bukan antara yang berbakat tetapi saya telah diberikan peluang itu." 


Saya berharap kita mengambil semangat beliau dan hargailah peluang yang diberikan itu. Untuk itu, saya bersama rakan-rakan di Unit Bimbingan dan Kaunseling PZ, berusaha untuk menjemput En. Jasmi Bahrim (Kaunselor SMV ERT Rembau) yang Master dalam penggunaan kaedah NLP untuk dikongsi bersama pelajar-pelajar PZ yang terpilih....pelajar yang merasakan diri mereka tidak layak untuk sebaris dengan pelajar cemerlang, pelajar yang banyak menyusahkan guru-guru atau ibu bapa serta pelajar yang memburukkan nama sekolah dalam satu program memperkasakan sahsiah pelajar pada hari ini - 12 Jun 2012.

Anda Berhak Hebat adalah satu perkongsian ilmu yang sangat berguna bagaimana untuk menikmati kejayaan dan menjadi insan yang hebat mengikut cara yang tersendiri. Ia adalah anugerah daripada Yang Maha Pencipta. Anda mempunyai potensi diri yang mengkagumkan. Anda mempunyai sumber yang tidak anda dapat bayangkan. Anda juga mempunyai peluang yang melimpah ruah untuk mencapai apa yang dihajati. 

'We Are Start From Zero - From NOBODY to SOMEBODY ' Janganlah kita dibayangi dengan kejayaan atau kegagalan masa lalu hingga meranapkan impian dan harapan mendatang. Namun, bagi mereka yang cemerlang sebelumnya, haruslah mengekalkan momentum kejayaan, bawa semangat kejayaan bersama anda dalam lapangan yang baru ini.  Mereka yang pernah menempuh kegagalan, beranikan diri dan bangkit untuk merubah, pilihan di hadapan anda. GAGAL atau BERJAYA. Pilihlah yang terbaik. 
Pilihan adalah 1 Nikmat
Tidak ada pelajar Bodoh
Tidak ada pelajar Pandai
yang ada hanya pelajar MALAS dan 
pelajar yang RAJIN sahaja...




No comments: