SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Thursday, June 7, 2012

SENTIASA BERSYUKUR...JIKA TIDAK DIMULUT, DIHATI SUDAH MEMADAI..

Kenapa Anda perlu bersyukur selalu? Supaya hati menjadi tenang, supaya Anda berubah jadi semakin bagus.

Apa yang berlaku apabila Anda berterima kasih? Mood Anda berubah jadi baik.

Bila Anda berterima kasih, ia seolah-olah Anda menerima sesuatu yang cukup menggembirakan Anda. Ia seolah-olah Anda telah menunggu lama untuk menerimanya.

Sikap suka berterima kasih menjadikan sesiapa saja berubah jadi periang, mood sentiasa OK kemudian bersemangat pula. Amalan ini memberi impak positif kepada produktiviti juga prestasi.

Orang yang selalu berterima kasih atas pemberian Tuhan akan selalu gembira. Dia akan ‘feel good’ sentiasa kerana dia tahu dia telah menerima sesuatu yang menggembirakan.

Oleh kerana dia gembira, minda separa sedarnya menarik lebih banyak perkara gembira yang membuatkan dia bertambah gembira.

Bila Anda mencapai sesuatu, ucapkanlah terima kasih.

Bila Anda berjaya menyiapkan sesuatu, ucapkanlah terima kasih.

Bila Anda dibantu oleh seseorang, ucapkanlah terima kasih.

Ucapkan terima kasih pada Allah kerana dengan izinNya Anda dapat melakukan apa yang Anda mahu lakukan. Pejam mata lalu ucaplah terima kasih di dalam hati. Itu sudah memadai dari tidak berterima kasih langsung.

Allah tidak suka kepada orang yang sombong terutama orang yang tidak bersyukur. Orang sebegini akan selalu ditimpakan dengan berbagai masalah.

Maka jika hidup Anda sekarang ini penuh dengan berbagai kesusahan, ketahuilah itu sebab Anda jarang berterima kasih pada pemberian Allah dalam bentuk rezeki, wang, sahabat handai serta ahli keluarga yang selama ni berada di sekeliling Anda.

Lebih banyak Anda bersyukur serta berterima kasih pada Allah Yang Maha Esa, lebih banyak perubahan baik akan berlaku dalam hidup Anda. Rezeki akan bertambah, masalah diringankan bahkan seolah-olah ditemukan jalan keluar.

No comments: