Semakan keputusan permohonan SBP 2013
bagi Tingkatan 1 secara online akan diumumkan pada 16 Disember 2012.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut
KPM, semua calon boleh ketahui keputusan mereka pada tarikh yang
ditetapkan.
Jumlah Calon Yang Layak Diterima SBP sesi 2013
Dari
jumlah permohonan sebanyak 105,357, seramai 7710 murid dipilih dan akan
ditempatkan di tingkatan 1 SBP tahun 2013. Dari jumlah tersebut 3645
adalah murid perempuan dan 4065 tempat adalah disediakan untuk murid
lelaki. Dasar pengambilan murid ke SBP dengan memberi keutamaan murid
berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Oleh itu sebanyak 5397
iaitu 70% permohonan diterima adalah dari murid-murid berasal dari
sekolah pedalaman dan luar bandar.
Calon Yang Layak Untuk Ke SBP 2013 Tingkatan 1
Murid
warganegara Malaysia dan mencapai 5A dalam UPSR adalah dipertimbangkan,
walaubagaimanapun seramai 2313 ( 30% ) adalah mendapatsekurangnya 3A2B
diterima kerana berasal dari keluarga miskin berpendapatan dibawah Paras
Garis Kemiskinan ( Kumpulan Miskin Tegar )
Cara Semakan SBP 2013 Tingkatan 1
Untuk membuat semakan, sila layari laman http://www.moe.gov.my untuk mengetahui keputusan. Talian semakan hanya dibuka pada tarikh yang telah ditetapkan. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment