SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Tuesday, March 26, 2013

CABARAN SELEPAS SPM...

Assalamualaikum...

Keputusan peperiksaan SPM 2012 telah pun diumumkan seminggu yang lalu. Ramai calon yang mendapat gred yang terbaik.  Kejayaan yang diperoleh telah membuktikan keazaman dan kesungguhan diri untuk mengubah nasib dan masa depan.  Masa untuk bergembira selepas mendapat keputusan SPM akan berlalu dalam tempoh dua tiga hari sahaja kerana pelajar akan berhadapan dengan cabaran lain yang lebih besar dan penting untuk menentukan haluan hidup. 

Ingatlah....kecemerlangan dalam SPM tidak memberi jaminan kepada pelajar untuk cemerlang di institusi pengajian tinggi (IPT) kerana suasana pembelajaran jauh berbeza berbanding di sekolah. Bagi pelajar yang mendapat tempat di IPT, mereka berhadapan dengan suasana baru pembelajaran yang sama sekali berbeza daripada sekolah. Di sini mereka sendiri menentukan masa, cara hendak belajar dan menguruskan pembelajaran. Sekiranya pelajar berjaya menyesuaikan diri dalam semester pertama, harapan untuk cemerlang adalah lebih tinggi kerana suasana pembelajaran adalah sama bagi setiap semester. Jika tidak dapat menyesuaikan diri, pelajar perlu segera mendapatkan panduan daripada kaunselor supaya tidak menghadapi kesukaran semasa sesi-sesi pengajian yang seterusnya nanti.

Kepada semua anak-anak lepasan SPM 2012...diucapkan Selamat Maju Jaya. Semoga kalian tabah menghadapi setiap cabaran yang mendatang kerana melalui cabaran ini baharulah kalian dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri. InsyaAllah!


Pelajar yang benar-benar cemerlang bukan diukur kepada berapa banyak bilangan A yang diperoleh..tetapi dilihat kepada bagaimana pelajar itu bersyukur dengan nikmat yang diperoleh...berjasa kepada kedua orang tuanya, guru-gurunya, dan berkongsi ilmu bagaimana untuk cemerlang bersama-sama rakan-rakannya.



No comments: