SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Sunday, April 14, 2013

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN KE TINGKATAN 6 (PRA U)

Tarikh melaporkan diri untuk pelajar Tingkatan Enam Bawah 2013 adalah pada 8 Mei 2013. Mulai 24 April 2013, pelajar boleh melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://www.emoe.gov.my untuk menyemak dan mencetak sendiri surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2013
Murid-murid dari sekolah kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam Bawah 2013 hendaklah memenuhi tiga-tiga syarat berikut:
1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2012.
2. (A) Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN, calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN        MATA PELAJARAN
I                              Bahasa Melayu
II                             Bahasa Inggeris
III                            Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
IV                            Sejarah
V                             Geografi / Pendidikan Seni Visual
VI                            Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
VII                           Matematik / Matematik Tambahan
VIII                         Sains / Sains Tambahan / Applied Science
IX                            Salah Satu Mata Pelajaran Teknik/Vokasional/Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
X                             Tasawwur Islam/Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah/Syariah Islamiah
XI                            Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tamil
XII                           Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi
                                 Rumah Tangga / Pengetahuan Sains   Sukan

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di sekolah berkenaan.

ATAU

2. (B) Untuk kemasukan ke jurusan SAINS, calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 14 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN          MATA PELAJARAN
I                                Matematik / Matematik Tambahan
II                               Fizik
III                             Kimia
IV                             Biologi
V                       Lukisan Kejuruteraan / Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Rekacipta Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Pengajian  Agroteknologi   / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 15 hingga 18 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(B), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di sekolah berkenaan.

3. Bagi kedua-dua jurusan, umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2013

4 comments:

Anonymous said...

saya da 3b+ 1c+ 1c 2d 1e. sy dapat BM gred d boleh sa dapat tingkatan 6

Unknown said...

saya dapat 4a dlm spm. then, yg lain b. saya nak buat degree kat oversea. klau sya skor time stpm, saya boleh apply scholarship untuk degree kt oversea x?? mohon balas segera. TQ.

Anonymous said...

Yg x ambil subjek kimia fizik biologi boleh mauk aliran sains t6??

Unknown said...

kalau misalnya saya tiada ambil subjek tambahan ketika spm , saya hnya mengambil subjek teras dlm spm , layak kah saya dapat mengambil aliran sains sukan dalam pra u nnti ?